Friday, July 10, 2020

Kepada Rakan-rakan Kabinet PH, Muhyiddin Dan... -Dr Dzulkefly

Surat terbuka buat Muhyiddin, Azmin dan Saifuddin.

Surat terbuka ini penulis tujukan kepada bekas rakan-rakan kabinet Pakatan Harapan (PH), khasnya Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri kelapan, Azmin Ali dan Saifuddin Abdullah.


Lama penulis tunggu untuk terbitkan surat terbuka ini, kerana permintaan PM8, supaya 'jangan berpolitik' semasa Covid-19. Arahan itu nyata sukar dilaksanakan beliau sendiri. Rasa terpanggil untuk terbitkan setelah membaca penulisan Prof Ulung Shamsul Amri. 


Tahniah dan syabas seluruh 'frontliners' di seluruh negara, berjaya mengawal penularan virus SARS CoV-2 dengan berkesan. Kedepan ini, jangan bermudah-mudah dan selesa. Ya, sangat berat dan terlalu besar impak sosio-ekonominya kepada negara dan dampaknya ke atas seluruh kehidupan rakyat bukan kepalang. 


Justeru PM8 dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) jangan ambil kredit (keterlaluan, atas kerja gigih dan berterusan warga besar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta penggemblengan komitmen seluruh segmen masyarakat (swasta, NGO, dan lain-lain).


Empat pakej rangsangan dilaksanakan menelan RM65bilion. RM20 bilion dimulakan kerajaan PH sejak Disember 2019. Berbelanja sebegini sememang mudah. Lebih besar peruntukan lebih baik untuk ringankan bebanan rakyat.


Hanya diralati, perbelanjaan besar ini tidak langsung kerajaan PN izinkan dibahas dan dilulus di Parlimen. Lebih demokratik andainya, Parlimen bersidang seperti negara-negara lain.


Surat terbuka ini tidak berhajat mengulangi kronologi 'Langkah Sheraton' yang sarat dengan 'tipu-helah' dan 'kecurangan'. Cukuplah. Kepada yang masih musykil sila rujuk video terbitan mantan Menteri Belia & Sukan, YB Syed Sadiq. Buat penulis, video ini paling epik, tuntas serta autoritatif. 


Sebaliknya, tujuan surat ini adalah bagi mewakili rakyat-pengundi yang telah memandatkan PH untuk memahami, kenapa tuan-tuan rancang dan dalangi kesemua ini? Mereka mahu kepastian. Sebabnya mudah? Sejak 21 bulan kita bersama-sama memimpin Kerajaan PH, dalam jatuh-bangun, suka-duka, baik-buruk dan kalah-menang PH setiap PRK, kita harungi segalanya, bersama.


Seikhlasnya, kami simpati Muhyiddin yang terpaksa bertarung nyawa dengan masalah kesihatan, menyebabkan beliau terkadangkali tidak bersama. Tetap kami panjatkan doa dan solat hajat.

Hampir setiap minggu mesyuarat jemaah menteri diadakan. 


Semua berhak bersuara, mengemuka usul, berbicara atas apa jua tajuk dan agenda. Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri izinkan semua, terkadangkali mengundang kontroversi, sensitiviti, emosi serta suhu tinggi. Seingatan penulis, tuan-tuan tidak pernah mengusulkan 'ketidakpuasan' atau 'penentangan' terhadap isu atau pihak serta golongan tertentu. Seolah-olah tidak ada 'pertikaian besar'.


Surat terbuka ini ulangi rakaman keberanian Muhyiddin menentang kleptokrasi PM6 sehingga dipecat. Juga terserlah penentangan Muhyiddin terhadap PAS semasa berkempen. Mengikut rakaman, Muhyiddin pernah sebut PAS 'Parti Ajaran Sesat' dan parti 'Penunggang Agama'. Penulis sendiri belum pernah buat kenyataan sehebat atau sedahsyat itu!


Azmin pula, lebih 'ngeri' lagi herdikannya terhadap Umno dan PAS. Apa lagi yang tidak dikatakan Azmin terhadap Umno? Nah, apakah semua itu kini, adalah 'wayang' dan 'silap-mata' tuan-tuan? Pastinya tidak wajar kalau kini penulis tuduh itu semua sebagai lakonan tuan-tuan!


Pertikaian ini tidak lagi bererti. Jelasnya, tuan-tuan korbankan prinsip-prinsip perjuangan, kompas moral serta pendirian politik tuan-tuan apabila bersedia 'bersekongkol' dengan PAS-Umno untuk menjatuhkan kerajaan dimandat rakyat.


Bolehkah diterima rakyat-pengundi PH bahawa segala ini dilakukan, hanya kerana Muhyiddin mengambil peluang, sekali dalam seumur hidupnya, untuk diangkat menjadi PM8? Semudah begitu sahaja?


Bolehkah pengundi PH terima dakwaan Muhyiddin bahawa segala-galanya adalah kononnya untuk 'menyelamatkan negara'...meskipun terpaksa 'bekerjasama' dengan kleptokrat Umno dan golongan yang bermuafakat dengan mereka, untuk menjatuhkan kerajaan PH? Amat ironis dan songsang sekali!


Di sebalik seluruh rentetan kebrantakan politik termasuk mendapat persetujuan Dr Mahathir dengan 'rancangan rapi' tuan-tuan untuk tinggalkan PH, tersimpan satu persoalan besar yang surat terbuka ini tuntut untuk dijawab!


Persoalan maha besar dan maha penting ini mestilah dijawab tuan-tuan dengan lidah yang fasih dan hati yang jujur. Surat terbuka ini mendakwa, sementara ahli kabinet PH yang lain berusaha gigih membangunkan negara dengan cita-cita murni "kemakmuran bersama", Tuan-Tuan tidak bersama kami, bahkan sebalik sebaliknya merancang secara sulit menjatuhkan kami.


Surat terbuka ini juga mendakwa, sementara kami berusaha keras membina kembali sebuah negara yang inklusif dan adil, demokratik dan bersih.... berteraskan tujuan-tujuan besar Syariah (Maqasid Syariah)... buat merealisasikan 'keharmonian dan kesejahteraan perhubungan antara kaum serta penghormatan antara agama'....


Tuan-tuan menyangsi serta menyimpan penentangan terhadap cita-cita murni kami ini.


Maka apakah benar kalau surat terbuka ini mendakwa bahawa 'Cita-Cita & Impian Malaysia Baru' atau 'The New Malaysian Dream' yang kami perjuangkan sememangnya berbeza dengan Malaysian Dream yang tuan-tuan impikan? Bilakah bermula episod 'tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain' ini? 21 Februari atau lebih awal lagi?


Hari ini tuan-tuan mahu rakyat percaya bahawa segala-gala yang kami lakukan dalam 21 bulan dalam kerjaan PH kononnya adalah salah dan tersasar? Ataukah tuan-tuan sebenar-benarnya yang tidak pernah memahami, apatah lagi untuk menghayati cita-cita dan perjuangan PH yang kita sepatutnya dukungi bersama?


Nah, surat terbuka ini ingin bertanya, apakah tuan-tuan juga turut mendakwa bahawa segala-galanya adalah berpunca dari DAP, sebagai parti yang kononnya menjadikan sebab kerajaan PH itu salah dan tersasar?


Apakah benar bahawa kesemua perubahan sikap ini terbit dari 'jalur pemikiran politik' yang tuan-tuan baru anuti dan dokongi sejak akhir-akhir ini ataukah mungkin juga sudah untuk kesekian lamanya?


Sementara surat terbuka ini bersedia menerima kelemahan mahupun kesilapan individu-individu pemimpin mahupun parti-parti komponen PH termasuk dari DAP, apakah rasional atau wajar untuk meletakkan segala-gala punca masalah kerajaan PH berpusat dan bermula dengan DAP dan kerana DAP?


Apakah tuan-tuan juga turut menuduh seluruh dasar-dasar PH ditentukan oleh DAP dan PH kononnya diperkudakan dan dikontrol sepenuhnya oleh DAP? Masuk akal ke itu? Dan DAP cita-citanya adalah untuk memusnah Melayu.


Mungkin tuan-tuan tidak suka atau benci DAP, itu munasabah. Tetapi kalau segala-gala adalah salah DAP, itu tidak munasabah! Itu zalim namanya! Tuan-tuan wajar dan wajib jawab kerana tuan-tuan juga adalah ahli Kabinet! Kalau kami tunggul, mungkinkah tuan-tuan pun sama tunggul? Kalau kami penakut, maka tuan-tuan juga sama penakut ke?


Lupakah kita dengan satu amaran keras dari Pencipta Yang Maha Agong dalam FirmanNya supaya kita sama-sama ambil peringatan tentang melakukan kezaliman terhadap sesuatu kaum atau pihak.


“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;


“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil, kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.”


Ya, kita boleh berbeza pandangan politik, bahkan boleh bersaing dan 'bertentangan'' di pentas demokrasi secara sivil, tetapi jangan tularkan politik kebencian dan politik peras-ugut serta ketakutan, kerana ia akan menjurus kepada sikap kezaliman.


Akhir sekali, penulis kembali tegaskan bahawa PH adalah usaha 'Koalisi Politik Kontemporari' oleh golongan Muslim Demokrat. Kami amat memahami tuntutan bersilang antara kaum dan agama yang kerap menjadi pertikaian.


Namun kami bercita-cita membangunkan sebuah negara-bangsa yang memahami tuntutan 'kepelbagaian' (diversity) sebagai realiti sosio-demografik negara bertuah ini.


PH adalah komitmen politik Muslim Demokrat yang dipimpin Anwar Ibrahim yang kini menggembleng usaha bersama Dr Mahathir dan Shafie Afdal untuk mengangkat daya saing ekonomi negara serta maruah dan martabat negara di kaca mata dunia.


Cita-cita murni kami adalah untuk melahirkan kepimpinan Melayu-lslam (Malay/Muslim-led Govt) yang teguh, berprinsip, jujur-amanah dan kompeten. Kami pasakkan perjuangan ini dengan berlandasakan tuntutan tujuan-tujuan besar Syariah (Mqasid Syariah), cita-cita mendukung "Islam dalam mengurus kepelbagaian' serta "kepelbagaian dalam bingkai kesatuan" seperti yang dituntut dalam agama Islam.


(Sila rujuk kitab "al-Islam wa al-Tanawwu' : al-lkhtilaf wa al-Tanawwu' fi Itar al-Wihdah - Islam dan Pluraliti : Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan - karangan tokoh besar pemikiran lslam.kontemporari, Dr Muhammad 'lmarah.


Hari ini tuan-tuan telah nyata meninggalkan 'Jalur Pemikiran Muslim Demokrat,' yang didukungi oleh PH. Amat ironis dan malang sekiranya tuan-tuan cenderung dan memilih untuk menganuti Pemikiran Jalur Pemikiran Kanan (Far Right) yang mengadu-domba permusuhan antara kaum secara sempit dan perseteruan antara agama secara ekstrem.


Namun semua itu akhirnya adalah hak masing-masing. Cuma rakyat mahukan kejelasan halatuju atau 'clarity of intent-purpose'. Tegasnya, pimpinan PH bebas dari terperangkap dalam 'time-warp' 'politik identiti' dan pemikiran terkepung' (siege mentality) 'Jalur Pemikiran Bangsa' secara keterlaluan serta bersadurkan agama secara emotif.


Semoga surat terbuka ini akan memulakan satu 'National Conversation' - 'Bicara Nasional' - dalam rangka ke arah 'nation rebuilding' tanah air bertuah ini. 


Surat terbuka ini merakamkan pelbagai persoalan yang perlu dijawab khasnya oleh tuan-tuan. Jutaan terima kasih kerana sudi membaca. Pohon jutaan maaf atas laras bahasa yang tidak dapat dielakkan.


DR DZULKEFLY AHMAD 

adalah pengarah strategi, Amanah dan bekas menteri kesihatan. (https://gigitankerengga.blogspot.com/2020/07/surat-terbuka-buat-muhyiddin-azmin-dan.html )



  • Perhatian:
  • Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
  • Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.
  • Perhatian:
  • Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
  • Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.
Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

10 comments:

Anonymous said...

Pendukung kefahaman liberal.

Anonymous said...

Puak liberal adalah khadam parti kafir harbi Yang diperalatkan untuk memusnahkan Islam dan menyesatkan umat Islam.

Oleh sebab itu, umat Islam wajib menolak parti kafir dan khadam munafik liberalnya supaya mereka gagal untuk melaksanakan rancangan jahat mereka terhadap Islam dan umat Islam.

fairus yaski said...

Tak payah nak rebuilding la sangat,..cukup la yang rakyar rasa selama 22 bulan,..akan ku ceritakan kpd anak cucuku bahawa akan sentiasa ada Melayu jalang yg akan jadi talibarut dan barua parti ala-ala komunis ni,.

Unknown said...

Kesian sungguh.. nama jer dr.. sendiri yg bodoh nak dibodohkanya khalayak.. siapa yg bermain politik semasa covid klau bkn ph.. siapa yg gagal pada mulanya menangani covid klau bkn ph

Unknown said...

Asik kata mandat rakyat. Memang PRU14 itu mandat rakyat, rakyat yg ditipu oleh PH. Menyedari penipuan PH yg diketuai oleh DAP lah berlakunya langkah sheraton untuk akhiri derita rakyat yg jelas ditunjukkan 6 PRK terakhir dimenangi oleh UMNO. Ini cukup jelas sebagai mesej kepada PH bahawa rakyat sudah tidak memerlukan lagi gabungan PH yang menteri2 nya raja pembohong. Sudah sudah lah...rakyat kini tenang dibawah kerajaan PN. Jangan lah perasan PH terbaik, tapi ketahui lah...PH menjadi gabungan parti kerajaan yang mengerikan buat rakyat selama 22 bulan. Syukur alhamdulillah PH berjaya ditumbangkan oleh Tun Mahathir🙏🙏🙏

Anonymous said...

Menyalak kerana Mandat Rakyat telah dkencing hancingkn Punah Harapan sifat Munafik

Unknown said...

Kaki kencing..memang cakap pandai..masa jadi menteri...apa buat...
kencing aja kuat

Anonymous said...

perSembahkan surat terbuka ini pada YDPA...JIKA BERANI dan BUKAN PENGKHIANAT YDPA dan RUKUN NEGARA...MANDAT RAKYAT tapi di CINI semua meNIKUS HILANG TELOR dan jatuh kemaluan utk bertanding alasan covid.jadi GILA BABI minta sidang parlimen 14hari.

Unknown said...

Bila pemikiran kita tak sama dgn oemikuran org lain kenape di gelar liberal, kan ke kura dlm negara demokrasi berlainan pandangan tidak salah du segi undang2.Kebanyakan org dah bijak menilai keatas sesuatu kejadian,

Unknown said...

Sedih baca Surat terbuka seorang doktor yg entah ditujukan utk.siapa.Mungkin rasa kecewa tad dapat memerintah utk satu penggal sehingga tidak dapat muhasabah diri atas kelemahan,isu berbangkit selama 22 bulan,semuanya salah org main

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails