Wednesday, July 01, 2020

Kes Rasuah Terowong Dasar Laut Pula. -Jeffrey Chew Ditahan.


JEFFREY ChewFOTO Arkib NSTP
Jeffrey Chew ditahan bantu siasatan kes rasuah terowong dasar laut
MyMetro Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, menahan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam berkaitan kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sumber SPRM berkata, bekas Timbalan Bendahari DAP Pulau Pinang itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah, dekat Georgetown, 2 petang, tadi.

"SPRM menyiasat kes terowong itu selepas mendapat bukti baharu. Ramai saksi sudah dipanggil termasuk Chew dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang selain individu dari pejabat kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk direkod percakapan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Difahamkan, Chew akan didakwa di mahkamah, esok.

Beberapa pegawai SPRM turut dipercayai sedang membuat pemeriksaan di kediaman bekas Pengerusi PPC itu di Batu Ferringhi.

Bagaimanapun sumber enggan mengulas lanjut siapa lagi yang akan bakal ditahan.

SPRM dalam satu kenyataan 4 Mac tahun lalu, suruhanjaya itu mengesahkan sudah membuka enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Dalam kenyataan itu, SPRM memaklumkan, kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017, manakala lima lagi dibuka pada Januari 2018.

"Sebanyak lima kertas siasatan sudah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Tiga kertas siasatan sudah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya.

"Selebihnya, masih dalam siasatan SPRM," katanya dalam satu kenyataan, pada 4 Mac tahun lalu itu.

Sebelum kenyataan itu dikeluarkan, pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, dalam siri artikel tahun lalu yang dikata berdasarkan kertas siasatan SPRM, mendakwa Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, dan empat Exco Kerajaan Pulau Pinang terbabit rasuah berhubung projek bernilai RM6.3 bilion.

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun menegaskan dakwaan itu adalah satu penipuan dan mengarut kerana projek terowong dasar laut berkenaan dibuat menerusi proses tender terbuka, sekali gus tidak memungkinkan wujud unsur rasuah dalam pelaksanaannya.
(Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 9:03 PM)

4 comments:

Anonymous said...

Pn kena mulakan penghakiman yg jujur. Tanpa kira bulu. Nanti tiada yg terlepas setelah melakukan kesalahan. Penghakiman terpilih dimulakan dulu oleh atok. Kontrak royalti petronas pun atok rogol, tukar royalti kepada ihsan. Kerosakan yg atok dah buat menyulitkan atok untuk insaf. Masih bernafsu pada harta seperti waktu muda.

Anonymous said...

Ramai yakin banyak lagi penyelewengan2 yang dilakukan oleh LGE semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kepada semua kakitangan kerajaan, swasta atau sesiapa sahaja yang punyai bukti2 kukuh atau sebarang maklumat, simpan dan salurkan bukti2 tersebut kepada pihak SPRM dan pihak polis.

Pasti kali ini mereka2 yang melakukan rasuah dizaman LGE menjadi Ketua Menteri tidak akan terlepas!

Jom bagi kerjasama penuh kepada pihak SPRM dan pihak polis!

Anonymous said...

Ramai juga yang nak tahu apa perkembangan terkini berkenaan PENYELUDUPAN DADAH TERBESAR di Pulau Pinang yang telah tumpas baru2 ini.

Bagaimana kaitannya dengan ahli2 politik DAP?

Minta kerjasama orangramai untuk salurkan maklumat kepada pihak polis!

Anonymous said...

Abis la gone eng. Sikit hari lagi masuk lokap. Kerajaan pn skrg laju gila buat keje

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails