Friday, July 24, 2020

K/Siang akui PH silap. Sepatutnya Lepaskan Jawatan..

KIT SIANG
Kit Siang akui PH lakukan kesilapan selama 22 bulan jadi kerajaan

PEMIMPIN vateran DAP, Lim Kit Siang mengakui Pakatan Harapan (PH) telah melakukan kesilapan selama 22 bulan menjadi kerajaan.
Sehubungan itu beliau mengingatkan para pemimpin pakatan itu supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut termasuk yang membabitkan kedudukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Katanya, jika mahu dapatkan kembali mandat yang diberikan rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) lalu semua kesilapan itu tidak boleh diulangi.
“Kesilapan telah berlaku sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dan kita tidak boleh mengulangi semula kesilapan-kesilapan ini jika kita berjaya mengembalikan semula mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam catatan di blognya.
Pada PRU14 9 Mei 2018, PH yang terdiri daripada gabungan PKR, DAP, Bersatu dan Amanah telah berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan.
Itu merupakan kali pertama dalam tempoh lebih 60 tahun dalam sejarah Malaysia merdeka, BN hilang kuasa sebagai kerajaan.
Bagaimanapun kerajaan PH itu hanya mampu bertahan selama 22 bulan apabila pada Mac tahun ini, Bersatu bertindak keluar daripada pakatan itu yang tercetus apabila Dr. Mahathir bertindak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri secara tiba-tiba.
Selepas itu Bersatu bertindak meninggalkan PH dan membentuk gabungan dengan BN dan Pas membentuk Pakatan Nasional lalu menubuhkan kerajaan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Sepanjang 22 bulan pemerintahan PH juga rakyat tidak berpuas hati dengan polisi-polisi yang dilaksanakan termasuk kegagalan PH menunaikan manifesto yang mereka canangkan pada kempen PRu14.
Oleh itu kata Kit Siang, kesilapan itu tidak boleh diulangi oleh PH.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga mengingatkan PH tidak boleh dibelenggu sejarah silam termasuk soal Anwar menjadi Perdana Menteri.
“Jika tidak, keputusan bersejarah 9 Mei 2018 untuk membawa pertukaran kerajaan secara aman dan demokratik mungkin tidak akan berlaku.
“Selesainya persoalan mengenai calon Perdana Menteri dan perihal peralihan kuasa di antara Mahathir sebagai Perdana Menteri kesembilan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri kesepuluh, satu sistem untuk mencapai persetujuan berkenaan lantikan utama dalam pakatan haruslah dipersetujui.

“Namun, kita harus bersifat realistik. Dengan semua faktor ini sekalipun, tidak ada jaminan yang kita akan berjaya untuk mengembalikan semula mandat rakyat ini,” katanya. – SM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kit Siang akui PH lakukan kesilapan selama 22 bulan jadi kerajaan. Mengaku saja, tapi masih berkuasa dan memegang pimpinan. Mengapa masih tidak lepaskan jawatan? Dosa perosak negara selama 22 bulan mahukah rakyat maafkan?
Junamkan mereka dalam PRU 15 ini!

8 comments:

Anonymous said...

PH lakukan banyak kerosakan? Bagaimana pula kerosakan yang dilakuknan oleh pemerintahan BN sebelum ini yang ditentang hebat oleh PAS. Boleh dikatakan semua pemimipin UMNO termasuk juga dari BERSATU adalah dari rejim pemeribntahan BN terdahulu. Apakah kerana dah jadi sekutu, pejam mata je lah. Ini kah pendirian PAS, parti yang diwar-warkan sebagai part Islam!

Anonymous said...

PAS PARTI LEMBU. ruu355 pun dah fail. Baru ckp nak selaraskan dgn pelembagaan. Masa jd pembangkang, bape ramai dikapirkan. Pengikut pulak mcm lembu fidlot. Bodoh x berkesudahan.

Anonymous said...

Ada yg taubat ada yg terus buat. Macam dap terus menerus kafir. Dan pkr dan pan terus menerus berjuang bersama kafir. Jadi tidak layak sembang ttg islam. Siang Kit tidak silap, dia terus dengan agendanya mengkomuniskan malaysia. Siang kit dan eng guan dan dap tidak akan menang jika tidak kerana ada orang melayu yg khianat kepada orang melayu. Sanggup menabur fitnah bertan2 kepada orang melayu.

Anonymous said...

RBA 11:17 ternakan roket adalah kepala bapak hipokrit kerana dia enggan mengakui banyak kerosakan @ kesilapan telah dilakukan oleh PH walaupun lks sendiri telah mengakuinya.

RBA juga bersikap prejudis dan hipokrit kerana baru sekarang baru dia mengungkit dan mempersoalkan tentang Bersatu.

Semasa Bersatu dalam PH dahulu, RBA pejam mata je lah jadi syaitan bisu @ pasu bunga. Paku dulang, paku serpih.

Ini membuktikan RBA 11:17 suka kencing rakyat sebagaimana boss dia kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dalam manifesto bukan kitab.

Anonymous said...

RBA 11:53 adalah seperti lembu fidlot menulis komen karut marut dalam asap ganja.

Bukankah pemimpin-pemimpin PH sendiri yang menentang RUU355 ? Sila beritahu siapakah pemimpin PH yang menyokong RUU355 ? Mengapa sekarang RBA ini baru sibuk menyalak histeria berpura-pura konon mahu RUU355 dilaksanakan ?

RBA ini adalah sebahagian dari lakonan wayang opera roket untuk menimbulkan kebencian dan fitnah terhadap parti Islam.

megat panjialam said...

Jika ada kerosakan pun semasa BN ianya berlaku diera PM ke4. 22 th PM4 memerintah tidak dinafikan pelbagai salahlaku dan kerosakan. Namun apabila beliau keluar UMNO dan menubuhkan BERSATU dan menyertai PH seterusnya dilantik sebagai PM7, selama 22 bulan itu banyak kerosakan yg beliau lakukan bersama PH.

Anonymous said...

Woi mangkuk! Bahas kat parlimen dlu la. pastu undi. Dari undi tu dah sah confirm sokong ke tidak. Malang betul bapak ko ni. Anak bodoh macam lembu! Simpan skit bodoh ko tu. Bg kat anak cucu ko.

Anonymous said...

Hoi lembu, belum bahas di parlimen pun parti kafir roket dan khadam liberal mereka sudah sibuk menfitnah dan memburukkan RUU355. Lembu seperti kamu mengharapkan mereka sokong RUU 355. Kasihan bapak lembu mempunyai anak lembu seperti kamu memalukan keturunan lembu sahaja. Simpan sikit bodoh kamu untuk keturunan kamu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails