K’jaan Pusat digesa tidak beri kelulusan PSR
KUALA LUMPUR: Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) bakal memberi impak negatif yang lebih besar berbanding manfaat akan didatangkan, oleh itu kelulusannya mesti dibatalkan.
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, Kerajaan DAP ternyata gagal mengatasi banyak isu alam sekitar pada pemerintahannya di negeri itu.
Hal tersebut ujarnya, dapat dilihat dalam mengatasi masalah banjir dan tanah runtuh yang semakin banyak dan kerap berlaku hingga memberi kesan ke atas kehidupan rakyatnya.
Sehubungan itu PAS Pulau Pinang telah mengemukakan memorandum bantahan dan menggesa Kerajaan Persekutuan supaya tidak memberi dan meneruskan kelulusan yang berkaitan.
Serahan memorandum kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, juga Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya, kelmarin dahulu.
Ia diwakili Setiausaha bersama Ahli Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim serta Saiful Lizan Yusoff dan Yaacob Omar secara serahan tangan ke pejabat kementerian berkenaan.
Menurut Ustaz Fauzi, PSR yang bertujuan menampung projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bukan sahaja menelan kos besar RM46 bilion, tetapi juga kesan buruk.
Impak bakal dialami
Beliau menyenaraikan antaranya akan membawa kemusnahan kekal ke atas ekosistem daratan lumpur, kawasan perikanan, pendaratan penyu dan terumbu karang di Pulau Rimau.
Projek itu juga katanya, akan merosakkan rantaian makanan untuk burung-burung hijrah mencari makanan berhampiran Kuala Gula, Perak apabila berlaku aktiviti pengorekan pasir.
Paling teruk tambah beliau, apabila seramai 4,996 nelayan dan 511 penternak akuakultur marin selaku anak jati Pulau Mutiara bakal terjejas mata pencarian dan kehidupan keluarga mereka.
“Jabatan Perikanan Malaysia pula secara jelas menyatakan PSR akan memberi kesan kepada hasil tangkapan ikan dan tangkapan nelayan disebabkan kemusnahan kekal sumber perikanan di kawasan sekitar projek.
“Pada masa ini jumlah tangkapan marin di Pulau Pinang dianggarkan sebanyak 51,184 tan metrik dengan nilai RM555 juta setahun manakala pengeluaran akuakultur ikan marin dianggar sebanyak 45,742 tan metrik bernilai RM1.67 bilion setahun,” ujarnya membayangkan kehilangan bakal dialami negeri itu.
Bergantung kepada negeri lain
Maklum beliau lagi, pada ketika ini 80 peratus sumber mentah air di Pulau Pinang bergantung kepada Sungai Muda, Kedah di mana tahun 2019 sahaja PBA Pulau Pinang menghasilkan 1,093 juta liter sehari (MLD).
Tegasnya, dengan bilangan penduduk semakin bertambah, kerajaan negeri tidak boleh terlalu bergantung pada satu sumber, sedang usaha untuk mendapatkan sumber air lain dari Perak masih gagal.
Apabila PSR siap menurut Ustaz Fauzi, dianggarkan seramai 446,300 orang akan menghuni pulau ini dalam tempoh 50 tahun di mana pada ketika itu Pulau Pinang dijangka memerlukan 1,884 MLD untuk keperluannya.
“Pada waktu itu juga Pulau Pinang dijangka akan mengalami masalah kekurangan air yang ketara apabila tiada sumber lain bagi memenuhi keperluan satu negeri. Apatah lagi jumlah air yang banyak yang diperlukan untuk disalurkan kepada penduduk di PSR nanti,” hujahnya.
Tambah beliau, sejumlah 189.1 juta meter padu pasir laut akan diperolehi dari dasar laut yang terletak di kawasan ‘offshore’ negeri Perak di mana terletak lebih 3 batu nautikal dari pesisiran pantai, iaitu dalam kawasan Perairan Persekutuan.
Kemukanya, pengorekan pasir ini akan menjejaskan sumber perikanan dan memerlukan masa untuk dipulihkan dengan kesannya sejumlah 35,000 tan metrik pendaratan marin yang bernilai RM250 juta setahun akan terjejas.
Seterusnya terang beliau, perkara ini akan menjejaskan pendapatan kira-kira 2,300 nelayan pesisir pantai dan 30 penternak akuakultur di Tanjong Piandang, Kuala Kurau, dan Kuala Muda.
“Persatuan Nelayan Negeri Perak (PENGGERAK) menolak projek PSR ini kerana akan menjejaskan pendapatan mereka di samping mereka risau keselamatan dan kerosakan kepada peralatan tangkapan ikan mereka disebabkan kapal dan yang membawa batu dan pasir akan melalui laluan yang sama,” maklumnya.
DAP menyusun komposisi kaum?
Ustaz Fauzi turut membentangkan angka penduduk di mana statistik tahun 2017 menunjukkan Daerah Barat Daya mempunyai 132,900 orang penduduk Melayu mewakili 58 peratus penduduk di daerah ini.
Tetapi katanya, bilangan ini dijangka berkurangan dengan pembangunan pesat dan pembinaan rumah mewah yang tidak mampu dibeli oleh kebanyakkan orang Melayu pada hari ini.
Nasihat MPFN dan syarat EIA
Kerajaan Pulau Pinang kata Ustaz Fauzi, perlu mematuhi 18 nasihat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) dan 72 syarat Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) dalam melaksanakan projek PSR ini.
Menurutnya, MPFN juga tidak membuat sebarang kelulusan atau persetujuan ke atas projek PSR ini kerana memandang serius terhadap pembangunan tebus guna secara besar-besaran yang mempunyai pelbagai isu.
“Meskipun Laporan Impak Sosial (SIA) telah diluluskan namun kelulusan ini masih tertakluk kepada kelulusan EIA dan kelulusan Fisheries Impact Assessment (FIA). Kami melihat bahawa bilangan syarat yang banyak ini hampir mustahil untuk dipantau dan dipatuhi oleh kerajaan negeri sepanjang 50 tahun projek ini berjalan.
“Kegagalan sekarang kerajaan negeri dalam mengatasi masalah banjir dan tanah runtuh di Pulau Pinang telah banyak memberi kesan kepada rakyat dan alam sekitar di Pulau Pinang.
“Sekiranya nasihat dan syarat projek ini gagal dipatuhi, dijangka lebih banyak kesan buruk akan berlaku di Pulau Pinang dan negeri-negeri sekitarnya,” tegas beliau. – HARAKAHDAILY 21/6/2020
Hibur Hibur Sikit
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
3 comments:
Jilat juboq gian eng masih ada lagi.. sampai mampuih..
Luloq sikulup pungkok tak basuh. ha ha
Dekat PP je ke masalah alam sekitar??
Post a Comment