PN kerajaan ‘pintu istana’, bukan ‘pintu belakang’
KUALA LUMPUR: Isu kerajaan ‘pintu istana’ yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengundang perdebatan hangat antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ketika mencadangkan usul ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, Ahmad menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan yang sah setelah memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Setiap orang daripada 113 orang (Ahli Parlimen kerajaan) di sini mempunyai mandat rakyat. Ini adalah kerajaan ‘pintu istana’ yang sah, bukan kerajaan ‘pintu belakang’.
“Hentikanlah tuduhan bahawa kerajaan (PN) ini ‘pintu belakang’ kerana (ia) menghina keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.
Ahmad berkata pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan yang diperkenan Al-Sultan Abdullah adalah berdasarkan proses penilaian yang mendapat majoriti kepercayaan ahli Dewan Rakyat.
Malah, rata-rata Ahli Parlimen kerajaan mendedahkan semula bahawa mereka pada mulanya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Kelapan.
“Kami semua sign (tandatangan) SD sokong Langkawi (Dr Mahathir) tetiba Langkawi letak jawatan (sebagai perdana menteri) (jadi) kami sokong (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin) lah…,” kata Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) ketika mencelah ucapan Ahmad.
“Kami semua sign (tandatangan) SD sokong Langkawi (Dr Mahathir) tetiba Langkawi letak jawatan (sebagai perdana menteri) (jadi) kami sokong (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin) lah…,” kata Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) ketika mencelah ucapan Ahmad.
Perkara itu disokong oleh Ahmad dengan berkata: “Kami semua sign SD untuk Tun Mahathir tapi SD itu tidak terpakai bila Langkawi letak jawatan …jadi kami sokong Pagoh (Muhyiddin)”.
Bagaimanapun, Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) bangun mencelah dan mempersoalkan Kerajaan PN bukan dipilih melalui Pilihan Raya Umum (PRU).
“Kerajaan pintu belakang ini bukan dipilih masa Pilihan Raya Umum (PRU), itu sahaja. Tak faham?” katanya.
Justeru, Ahmad bangkit dan mencadangkan supaya istilah ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘pengkhianat’ hendaklah dianggap ‘unparliamentary’ atau bercanggah dengan peraturan Parlimen. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon 'pintu belakang', pun tak boleh buat apa, ini nak cabar 'Pintu Istana' pula? Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang!
Hibur Hibur Sikit.
H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
5 comments:
Apa guna mereka di pangil wakil rakyat kalau mereka jadi wakil parti atau wakil sendiri. Mereka jadi wakil kerana mejoriti dlm bahagian mereka mililih mereka. Itu mandat mejoriti utk bahagian itu.Jika mereka memulangkan mandat itu bermakna mereka telah mendarhaka mandat itu. Kita misti ingat demokrasi bermula dari bawah bukan di parlimen. Pru akan datang mereka akan menerima balasan. Kita tak akan undi sesiapa yg
Mendarhaka mandat rakyat. Plain and simple.
Semoga atok kekal dengan sikap nyanyuknya. Dan atok muda pun tak habis2 nak kerusi pm. Paling bimbang ialah dap yg menolak islam dlm perlembagaan. Mereka suka babi, tapi bila orang islam suka jawi mereka bantah. Orang islam tidak bantah mereka suka makan babi. Tapi dap cukup anti jawi dan logo halal.
Bila dap dapat sikit kuasa, dia mula bawa masuk perkara jahat. Bawa pesta german arak fest, bawa tattoo, bawa pelancong cina yg tak balik dan jadi scammer. Filosofi komunis pun dia cuba bawa. Ltte pun dia bawa. Batu putih dah 100% milik singapura, asalnya bawah jajahan johor.
Ketua dap ada rasuah terowong dan banglo. Sangat rasis dan ada jiwa komunis.
WADUH LAGI TERUK ATOK KENA MAIN KALI INI
SELALU ATOK SUKA MAIN DENGAN LIDAH BERCABANGNYA
APE LAGI TEPOK LER POP CORN KITA TBAH LAGI
BARU HARI KE 2 WAYANG MAKIN MENARIK CERITA NYA
ALAHAIIII....!!
WALAUN SEMUA JANGAN MEMALU YER HAAHHH SILE LER TEPOKK BERSAMA SAMA
Kenapa takut laksanakan undang2 anti lompat parti??
Post a Comment