Tuesday, July 28, 2020

Lupa Tarik Langsir, Terdedah Hubungan Intim..

Bagaimana hendak menyegarkan semula bilik - Panduan - 2020

Jakarta: Akibat terlupa menarik langsir, satu pasangan tidak menyedari bahawa hubungan intim mereka menjadi tontonan awam.
Tribun News melaporkan kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Kembangan, Jakarta Barat di sini, pada Jumaat lalu.
Penjaga parkir bernama Kumis, 54, berkata, dia terkejut apabila terlihat pasangan kekasih berasmara di sebuah bilik hotel itu.
Menurut Kumis, sebelum dirinya, kejadian itu terlebih dulu disedari oleh seorang penjual sate yang turut berniaga di kawasan itu.


"Ketika itu, saya bekerja di parkir yang bertentangan dengan hotel berkenaan.
"Tiba-tiba, saya terlihat satu pasangan melakukan hubungan intim.
"Kejadian itu jelas kelihatan kerana langsir tingkap bilik hotel itu dibiarkan terbuka," katanya.
Menurut Kumis, bukan saja dirinya, malah ramai lagi individu lain yang menyaksikannya hingga ada yang bertindak merakam video dengan telefon pintar.
"Kebetulan, ada gerai sate di kawasan berhampiran dan ramai yang menjamu selera pada waktu itu.
"Jadi, secara tidak langsung mereka terlihat sama adegan itu dan ada penduduk yang merakam video sebagai bahan bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa," katanya.
Pegawai Penyiasat Balai Polis Kembangan, Niko Purba mengesahkan menerima laporan kejadian.
Susulan itu, polis bergegas ke lokasi dan melakukan pemeriksaan lanjut.
Katanya, ketika itu, kedua-duanya masih berada di dalam bilik berkenaan.
"Berdasarkan siasatan awal, pasangan berkenaan mengakui tidak sengaja dan tidak sedar perbuatan mereka diperhatikan kerana terlupa menarik langsir," katanya.
Selain itu, siasatan mendapati mereka bukan penduduk Kembangan, tetapi dari kawasan lain dan hanya menginap di situ.
"Kami tidak dapat menahan mereka kerana pasangan terbabit bukan di bawah umur atau terbabit dalam aktiviti pelacuran atau pornografi," katanya. (Agensi)
Jejaka Terhangat: Saya Keliru Dengan Aurat Saya..
Komen Weblog Ibnu HasyimPadah lupa tarik langsir seperti kisah di atas, adalah macam seorang wanita muda yang lupa tutup 'aurat', di mana kesannya adalah kepada masyarakat awam.

Kerana itu Islam munyuruh umatnya 'menutup aurat' sebagai langkah bermoral dan bertamadun.
Ameerah Gombak - 'Tutup aurat challenge' @ Ramadhan ...

Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails