CIRI-ciri wanita yang baik menurut Islam
Kedudukan wanita dan peranan wanita dalam Islam tidak dapat diremehkan. Mereka memiliki kelembutan, kesabaran, dan kehangatan yang diperlukan dalam menjalankan rumah tangga, dan mengurus keluarganya. Adapun ciri wanita yang baik menurut islam adalah:
(1) Taat kepada Allah S.W.T.
Ciri wanita yang baik atau wanita shalehah yang utama adalah taat pada Allah S.W.T. Ia akan senantiasa melaksanakan perintah Allah S.W.T dan menjauhi larangannya. Wanita shalehah akan selalu berusaha mengerjakan solat wajib lima waktu mahupun solat sunnah, puasa, zakat, haji, membaca al-Qur’an, sedekah dan ibadah lainnya!
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada.” (an-Nisa’: 34)
(2) Senantiasa menutup aurat.
Salah satu pembeza wanita dan lelaki adalah kewajipannya mengenakan hijab atau menutup aurat. Wanita yang baik dalam Islam adalah mereka yang menjaga pakaiannya dan menutupi tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan. Sesuai dengan firman Allah berikut ini:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin: “Hendaklah mereka mendekatkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka“. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzab: 59)
Islam juga mensyariatkan wanita untuk mengenakan pakaian yang longgar, menutup aurat dan tidak ditujukan untuk berhias sebagaimana mengenakan perhiasan serta menjauhi penggunaan perfume jika ia keluar dari rumahnya.
(3) Menjaga pandangannya.
Seorang wanita yang baik dalam Islam akan senantiasa menjaga pandangannya dan berusaha untuk tidak menatap lawan jenis yang bukan mahramnya. Ia akan senantiasa menjaga dirinya dari pandangan orang dan berusaha menjauhi tempat di mana laki-laki dan wanita berbaur:
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
(4) Senantiasa diam dalam rumahnya.
Wanita yang baik dalam Islam akan merasa betah tinggal dan diam dalam rumahnya untuk menghindari bertemu lawan jenis dan menjaganya dari fitnah. Meskipun demikian ia tetap diizinkan keluar rumah atas izin orang tua atau suaminya jika ada kebutuhan yang mendesak seperti bekerja dan mencari nafkah bagi keluarganya. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T berikut:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“Dan tinggallah kalian di dalam rumah-rumah kalian dan janganlah kalian berdandan sebagaimana dandan ala jahiliah terdahulu.” (al-Ahzab: 33)
Adapun Rasulullah S.A.W bersabda:
إِنَّ الْمَرْأَةَ عَوْرَةٌ، وَإِنَّهَا إِذَا خَرَجَتْ مِنْ بَيْتِهَا اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ فَتَقُولُ: مَا رَآنِي أَحَدٌ إِلا أَعْجَبْتُهُ، وَأَقْرَبُ مَا تَكُونُ إِلَى اللَّهِ إِذَا كَانَتْ فِي قَعْرِ بَيْتِهَا
“Sesungguhnya perempuan itu aurat. Jika dia keluar rumah maka syaitan menyambutnya. Keadaan perempuan yang paling dekat dengan wajah Allah adalah ketika dia berada di dalam rumahnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah)
(5) Taat dan menyenangkan hati suaminya.
Wanita terutama Isteri yang baik adalah mereka yang taat pada suaminya dan senantiasa berusaha untuk menyenangkan hati suami sebagaimana yang disebutkan dalam Hadis berikut:
قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ
“Pernah ditanyakan kepada Rasulullah S.A.W, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab beliau, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.” (Hadis Riwayat An-Nasai)
Begitu pentingnya ketaatan isteri pada suami sehingga seorang isteri bisa masuk syurga mahupun neraka akibat perilakunya terhadap suami. Seorang isteri harus selalu mensyukuri pemberian suaminya dan menyenangkan hatinya dengan cara berhias dan berperilaku lemah lembut:
وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. قَالُوا: لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: بِكُفْرِهِنَّ. قِيْلَ: يَكْفُرْنَ بِاللهِ؟ قَالَ: يَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ وَيَكْفُرْنَ اْلإِحْسَانَ، لَوْ أَََحْسَنْتَ إِلىَ إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
“Dan aku melihat neraka. Aku belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari ini. Dan aku lihat ternyata majoriti penghuninya adalah para wanita.” Mereka bertanya, “Kenapa para wanita menjadi majoriti penghuni neraka, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Disebabkan kekufuran mereka.” Ada yang bertanya kepada beliau, “Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang isteri kalian pada suatu waktu, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) nescaya ia akan berkata, “Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu”.” (Hadis Riwayat Bukhari)
قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ
“Pernah ditanyakan kepada Rasulullah S.A.W, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab beliau, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.” (Hadis Riwayat An-Nasai)
(6) Memiliki sifat malu.
Wanita yang baik akan senantiasa merasa malu apabila bertemu lawan jenis dan ia akan merasa malu apabila melakukan hal-hal yang dilarang dalam agama. Rasulullah S.A.W bersabda:
الْحَيَاءُ لاَ يَأْتِى إِلاَّ بِخَيْرٍ
“Rasa malu tidaklah mendatangkan kecuali kebaikan.” (Hadis Riwayat Bukhari)
فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ قَالَتْ إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا
“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan penuh rasa malu, ia berkata, “Sesungguhnya bapaku memanggil kamu agar ia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami.””
(al-Qashash: 25)
Ayat tersebut menjelaskan bahawa seorang wanita seharusnya memiliki akhlak mulia dan memiliki rasa malu agar ia terhindar dari fitnah dan godaan syaitan.
Demikian sifat-sifat wanita yang baik dalam Islam dan sebagai wanita, hendaknya sifat-sifat tersebut selalu melekat dan berusaha menjaga sifat-sifat tersebut.
YB DATO’ HAJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – HARAKAHDAILY 13/7/2020
Hibur Hibur Sikit.
H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – HARAKAHDAILY 13/7/2020
Hibur Hibur Sikit.
H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
No comments:
Post a Comment