KOTA BHARU: Dakwah Halaqat Negeri Kelantan kini menjadi rujukan kerajaan Kedah, Perak dan Terengganu untuk dilaksanakan di negeri tersebut selepas landskap politik tanah air berubah sekarang.
Ketua Pengelolanya, Ustaz Mohamad Bakhari Hamat berkata, pengalaman Kelantan mengurus Dakwah Halaqat yang menjadi teras utama kerajaan di bawah Membangun Bersama Islam (MBI).
Kata beliau pihaknya menerima kunjungan dari Kedah untuk mendapatkan pandangan serta idea bagi melaksanakan badan seperti Dakwah Halaqat.
“Kita juga menerima kunjungan dari Perak dan Terengganu juga akan mengikut jejak langkah Kelantan,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob di pejabat tingkat 10 Mabna MBI di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengelola 2, Ustazah Raziah Zainal Karip dan 12 Pengelola Halaqat Kawasan.- HARAKAHDAILY 14/7/2020
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS
No comments:
Post a Comment