38 Sebab Kenapa Muhyiddin MESTI Pecat Dan Siasat Lembaga Pengarah TH7/17/2020 |Di samping membantu masyarakat Islam menunaikan fardu haji, antara tujuan utama Tabung Haji ditubuhkan adalah untuk membantu ekonomi masyarakat Melayu Islam dengan menambah pegangan ekuiti masyarakat Melayu Islam dalam kek ekonomi negara (BACA DI SINI).
Tabung Haji ditubuhkan hasil dari kertas kerja 'Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal Bakal Haji' yang dibentangkan oleh Al Marhum Profesor Di Raja Ungku Aziz pada tahun 1959.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji, TH telah menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dan berkembang dengan cukup pesat.
Namun selepas pemerintahan negara bertukar kepada Pakatan Harapan pada tahun 2018, kesemua Lembaga Pengarah TH yang dilantik oleh Pakatan Harapan telah hampir berjaya menghancurkan dan menyebabkan prestasi TH merudum dengan begitu teruk.
Mesti ramai yang masih ingat lagi, akibat prestasi perniagaan yang merudum ini, pada tahun kewangan 2018, TH telah mencatatkan sejarah yang cukup buruk apabila hanya mampu memberikan hibah sebanyak 1.25% kepada penyimpan Tabung Haji, kadar terendah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Lantikan Politik Dalam Barisan Ahli Lembaga Pengarah Telah Menghancurkan TH
Kronisma dan Dr Mahathir adalah ibarat saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan.
Di dalam Lembaga Pengarah TH, Dr Mahathir mempunyai 3 orang wakil, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, Datuk Akhbar Samon dan Datuk Ahamed Basheer Mohd Hussain.
Dikatakan Basheer adalah anak angkat Dr Mahathir dan dia telah banyak campur tangan dalam urusan anak-anak syarikat TH (BACA DI SINI).
Berstatuskan anak angkat Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, apakah ada yang mampu menentang semua keputusan-keputusan penting yang dibuat oleh Basheer, walau pun keputusan itu ternyata akan merugikan TH.
Anggota sembilan orang Lembaga Pengarah TH diketuai oleh Pengerusinya Tan Sri Md Nor Yusof yang merupakan bekas Pengerusi Malaysia Airlines.
Bukan lagi rahsia bahawa bekas Banker ini adalah orang Tun Daim Zainuddin dan dilantik atas permintaan 'Council of Emminent Persons' (CEP), di mana Dr Zeti Akhtar Aziz adalah salah seorang anggota.
Bekas Banker ini memainkan peranan penting dalam penjualan aset TH secara besar-besaran dan atas arahan Daim, operasi niaga TH dilumpuhkan secara sistematik dengan menghentikan sepenuhnya semua kegiatan pelaburan.
Mohd Nor bertanggungjawab mereka naratif penipuan dan fitnah yang ditulis untuk Pakatan Harapan dan digunakan terhadap pentadbiran Barisan Nasional yang lepas dan pengurusan TH sebelum ini.
Dia menimbulkan suasana takut sehingga menyebabkan fenomena 'bank run' yang mana penyimpan menarik keluar simpanan dari TH dan ini menguntungkan Bank Islam yang mendapat manafaat dari aliran simpanan dari TH.
Untuk melindungi diri mereka dan salahlaku yang di lakukan di masa depan, Mohd Nor tidak letak balik anggota pengurusan yang ditangguh perkhidmatan tetapi sebaliknya membawa masuk pengurus-pengurus dari Malaysia Airlines untuk mengepalai urusan kewangan di TH.
Setelah puluhan tahun, Mohd Nor gagal memulihkan operasi Malaysia Airlines, adakah dia mengharapkan pengurus-pengurus dari Malaysia Airlines dapat menyelesaikan masalah kewangan TH akibat salahurus dan salahlaku Lembaga Pengarah dan pengurusan yang ada persekongkolan jahat dengan Bank Negara Malaysia?
Orang yang berperanan untuk menjadikan kakitangan BIMB menguasai semua peringkat TH dan walaupun tidak pengalaman dengan Operasi Haji, bertegas menghantar mereka untuk bertugas ke Mekah untuk Haji beberapa tahun kebelakangan adalah bekas Pengarah Bank Islam dan Pengarah TH, Datuk Zaiton Mohd Hassan.
Zaiton dianggap sebagai tali barut kepada Lim Guan Eng untuk membantu hasrat DAP menghancurkan TH.
Tali barut adalah istilah yang sering diguna untuk menggambarkan pembelot yang bersekongkol dengan musuh komunis sehingga mengakibatkan kekejaman dan kematian terhadap orang-orang Melayu semasa Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu setelah berakhirnya Perang Dunia II.
Atas jasanya, Zaiton dilantik Guan Eng menjadi Pengerusi Bank Pembangunan dengan pakej imbuhan RM800,0000 setahun.
Daripada memulihkan Bank, seperti biasa, dia hanya sibuk dengan politik organisasi. Mencatur orang dan mencari salah secara besar-besaran serta membuta tuli mempersalahan ahli-ahli pengurusan bank seperti yang dilakukannya di Bank Islam dan TH.
Majalah perniagaan The Edge berulang kali menulis tentang kegagalannya untuk memulihkan di Bank. Sebarang pencapaian yang dikatakan Zaiton dicapai pastinya hanya perhiasan luar sahaja. Tengku Zafrol, sebagai Menteri yang bertanggungjawab, harus memecatnya dari bank!
Bersama dengan Mohd Nor, Zaiton memainkan peranan utama dalam mereka-reka pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional dan penjualan aset TH yang murah. Dan, dia secara peribadi bertanggungjawab di atas kerugian RM50 juta yang ditanggung TH kerana melanggan bon yang dikeluarkan oleh syarikat rakannya ketika berkhidmat di Maybank, Offshore Works Sdn Bhd.
Firma kepunyaannya berperanan sebagai konsultan dalam penerbitan bon. Sebagai anggota Lembaga Pengarah Bank Islam, jelas sekali terdapat konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa.
Tetapi Bank Negara seolah-olah melindunginya.
Zaiton berperanan untuk memberhentikan kerjasama antara TH dan Sultan Pahang dalam sektor perladangan. Dia dipercayai memberikan maklumat yang salah untuk diterbitkan oleh Sarawak Report.
Ini telah mencemarkan nama baik DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong. Dia berbohong, memfitnah dan dengan kejam mengenakan enam pengurusan tertinggi TH dengan tuduhan palsu dalam laporan polis TH dengan niat untuk menggantikannya.
Polis mendapati tiada salahlaku yang dilakukan oleh mereka untuk dijadikan sebarang pertuduhan jenayah dan kesemua mereka ini belum lagi dikembalikan ke jawatan asal mereka sebelum ini.
Dalam satu persekongkolan dengan Bank Negara, khususnya dengan mantan Gabenor BNM, Dr Zeti Akhtar Aziz, dan Gabenor yang ada, Dato Nor Shamsiah, Zaiton, bekas CEO Dato Zukri dan disokong dari luar oleh CEO semasa Dato Nik Hasyudeen, mereka membuat tuduhan palsu berlaku manipulasi akaun, hibah yang tidak wajar dan pelanggaran piawaian perakaunan dan Akta Tabung Haji oleh pihak pengurusan sebelum ini.
Hingga hari ini, pengurusan semasa masih belum mendapat pengesahan untuk akaun 2018 sebagai telah memenuhi piawaian perakaunan yang dikehendaki dan diluluskan oleh Ketua Audit Negara sebagai mematuhi undang-undang mentadbir TH.
Ketika itu, orang ramai telah ditipu permainan media massa oleh pembangkang dan pensimpati pembangkang yang menimbulkan persepsi bahawa terdapat salah laku besar berlaku di TH.
Bekas Pengerusi, Dato Azeez Rahim dan bekas CEO, Tan Sri Ismee Ismail yang disasarkan secara politik masih belum dikenakan sebarang tindakan atas sebarang kesalahan. Bahkan tidak ada perintah reman oleh polis atau SPRM.
Hingga hari ini, semua pembohongan palsu Zaiton TIDAK terbukti benar. Kesemua tuduhan beliau haya pembohongan belaka!!!
Selepas peletakan jawatan oleh Dato Zukri, dia digantikan oleh rakan dalam sebuah firma audit, Datuk Nik Hasyudeen. Nik adalah ahli parti Amanah yang terkenal dan mempunyai kaitan hubungan dengan kumpulan aktivis Islam yang membawa agenda anti-Islam, IKRAM.
Dia melaksanakan agenda Zaiton untuk memangkas peranan TH menjadi lebih kecil dengan memotong subsidi Haji dan meningkatkan kos haji ke tahap yang tidak termampu oleh orang biasa. Dia juga meluluskan penutupan16 cawangan TH di seluruh negara.
Zaiton dan BNM pernah menuduh pengurusan lepas TH melakukan salah laku membayar hibah di luar kemampuan kewangan. Di bawah Nik, dia dipercayai melakukan salah laku sama baru-baru ini.
Nik juga menggunakan wang dari sumber yang 'haram' untuk mengedarkan makanan kepada barisan hadapan semasa wabak Corona Covid 19 baru-baru ini.
Dia dipercayai bekerjasama dengan Zaiton untuk mencemarkan nama baik SPB YDP Agong. Sebelum bergabung dengan TH, Nik lantang menyerang pengurusan dan Lembaga Pengarah sebelum ini, dan secara terbuka menyokong Zaiton di dalam Facebook kepunyaannya.
Hari ini dia mengelak dari untuk menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya di Facebook atas amalan tidak sesuai yang sedang berlaku.
Kesalahannya diketahui ramai dalam TH.
Dia cuba menutup dengan meluangkan banyak masa untuk berkhutbah dan memutar ayat-ayat Al-Quran untuk memberi inspirasi, tetapi sebenarnya dia bersalah kerana sengaja melanggar undang-undang yang dituduh terhadap pihak pengurusan sebelumnya!!!
Wakil yang dilantik Mujahid adalah Prof Dr Ashraf Md Dia berperanan untuk mengubah asas akaun simpanan TH dari Wadiah Yad-Dhamanah menjadi Wakalah sebagai langkah untuk menghapus jaminankepada akaun simpanan.
Wakil Azmin Ali adalah Datuk Noordin Sulaiman dan dia adalah anggota anggota BOD yang lemah dan mengecewakan. Dia hanya mengikuti pandangan ahli Lembaga Pengarah yang lain dan mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang bermotifkan politik.
Tempoh perkhidmatan ahli-ahli Lembaga Pengarah (BOD) Tabung Haji (TH) akan tamat dalam masa terdekat.
Sekiranya Muhyiddin Yassin berhasrat untuk kekal sebagai Perdana Menteri, dia harus mengatasi (over ride) kuasa Menteri di Jabatan PM yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Islam dan memecat seluruh Lembaga Pengarah yang berniat jahat, terutamanya Dato Zaiton binti Hassan.
Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan tujuan untuk menyiasat dan mendakwa semua pesalah laku di mahkamah atas kesalahan jenayah.
Masyarakat Melayu Islam terutamanya pendeposit TH berhak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kepada TH ketika Pakatan Harapan berkuasa selama 22 bulan.
Mereka telah melakukan manipulasi, membuat kepalsuan dan fitnah yang bertujuan untuk memperkecilkan operasi TH untuk menjadi hanya ejen pelancongan dan pengambilan deposit, dan kakitangan-kakitangan TH menjadi jurujual produk Bank Islam!!!
Muhyiddin harus mengatasi (over ride) kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Islam, Dr Zulkifli Mohamad al Bakri.
Zulkifli Mohamad al Bakri yang berfahaman Wahabi harus diberi amaran keras oleh Muhyiddin agar tidak mengganggu dan bersuamuka dengan Lembaga Pengarah TH untuk memutihkan imej jahat mereka.
Pada masa lalu dan masih dilakukan sekarang, Dr Zul sering memberi perlindungan kepada pesalah agama, penyeleweng akidah, dan gerakan anti-Islam dan mengganggu siasatan melalui tindakan bersuamuka dengan pesalahlaku-pesalahlaku agama ini.
Tindakannya hanya menyusahkan untuk sebarang tindakan diambil dan mereka boleh meneruskan kegiatan subversif menentang amalan dan institusi Islam yang ada.
Pilihan Muhyiddin sekarang ialah ambil tindakan segera terhadap BOD TH atau hadapi kemarahan rakyat pada PRU 15 nanti.
In Sya Allah besok, laman blog ini akan memperincikan apa yang telah dilakukan oleh BOD TH lantikan politik yang ada sekarang dalam menjahanamkan TH.
Kredit:
Blog Another Brick In Wall
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Muhyiddin harus mengatasi Menteri Agama di JPM? Mengapa?
Sila jelaskan..
10 comments:
Prof ungku aziz masih hidup..apanya Almarhum?
Apa yg pH buat semua tidak betul.. Pas buat terbaik.. Dulu kutuk lantikan politik. Org pas dilantik tak pe.. Asalkan Melayu islam( Pas)
Fitnah kepada org bukan Islam pun rasanya tidak di benarkan wpun kepada org yang bukan islam
Udah udahlah.. Nanti kesian kat padang masyhar cari untuk minta maaf
Aduhhh.. Sampai tak tahu ungku aziz masih hidup lagi.. Syok tu sampai tak siasat
Perkara pokok siasat dulu. Baru tahu betul atau salah. Baru tahu fitnah atau tidak. Apa apa pun yg berkait dengan kewangan islam dan ibadat haji biarlah orang ada ilmu islam yg mengurusnya. Orang islam tapitiada ilmu islam pun boleh merosakkan institusi islam.
Yg penting dakwa yg bersalah. Yg lain eloklah bersatu bawah satu ummah. Berpayung bawah jemaah dap dibimbangkan mendapat kemurkaan Allah sedangkan ada pilihan di bawah payung orang ada ilmu islam. Elak berpecah sesama sendiri. Yg salah didakwa supaya institusi jadi bersih.
tak habis2 blog huyung hayang ni. sampai kiamat pun lagi tak puas hati suruh siasat tabung haji. pm dah kata jelas. lagi dia nak pertikai. ni kira dah mendurhakai agong ni. perangai jenis apa la dah x tau nak kata apa. senang2 ko halau jer juak2 cina yg ada kaitan dengan dap dari malaysia ni. mungkin tenang sikit hidup dia spesis islam tulen. blog suruh org melayu huru hara ni. insaf2 la. pas boleh kata kafir tahap bape ke ameno dulu. loni boleh maaf jer. ni takat penulis blog apa la sangat. baik ko dok diam2 sudah la pasal TH. pm dah jelaskan. niat busuk tu sudah2 la. dah jadi hitam legam dah ni.
ALL MY BITCHES (DOG) LOVE ME..!!
Nama cucu kesayangan Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ini adalah Othman Bin Mirzan.
https://troopersantidapclub.blogspot.com/2017/11/syok-betul-cucu-madey-kutty-dengan.html?m=1
Anak cucu nih dengan penuh angkuh dan bongkak memuat naik gambar beliau tidur bersama anjing-anjing kesayangan dengan kapsyen “All my bitches love me” dalam lama instagram yang dikongsikan secara umum.
Hebat sungguh Gaya hidup cucu Melayu Baru ni yang beragama Islam. Menyentuh anjing yang merupakan najis mughallazah kecuali dalam beberapa kondisi tertentu.
Memelihara anjing dan tidur bersama najis berat tersebut bukan kondisi yang dibenarkan dalam Islam.
Oleh itu jangan memanipulasikan agama Islam untuk menghalalkan gaya hidup Melayu Baru bersama anjing-anjing kau..!
Bapanya yang bernama Mirzan pernah dikaitkan dengan pembelian kilang arak San Miguel Corp di Filipina.
Makciknya yang bernama Marina@Gereja Mahathir sering dikaitkan dengan kebebasan seksual Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender(LGBT) dan gerakan COMANGO
Datuknya pula Mahathir dikatakan cuba berlagak bagaikan malaikat apabila mendakwa semua orang salah dan yang menunaikan haji sah melalui 1MDB adalah haram.
Othman Mirzan anak cucu Melayu Baru yang sering memaparkan gaya hidup mewah dalam laman sosial beliau kini memalukan rakyat Malaysia.
Hanya berstatus cucu terkaya melalui rompakan khazanah orang Melayu dan bailout beratus billion. Jangan perasan bagus wahai anakcucu Melayu Baru ini.
Cucu Saudara CEO PNB jual Plaza Damansara kepada kroni Daim pun fake degree jugak ker..!?
Langit tak selalu cerah wahai cucu cucu sekelian.!!
Siasat dulu. Jika yg hitam legam salah, ambil hukuman. Jika yg tak hitam legam salah juga ambil tindakan. Pintu istana terbuka untuk pentadbiran yg bersih. Dap jelas kafir tanpa selindung.
Ko asek menyalak je, smpi lari topik admin. Ko gi tanya lebai, dlu siapa nk undi percaya sokong atok. Skrg sibuk cari salah org tua tu. Blajar la jadi manusia. Malu skit la kat anjing tu. Kurang2 ia x fitnah org.
Post a Comment