Saturday, July 04, 2020

Panggil semula 100 saksi kes Adib - Zuraida

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (tengah) semasa mengadakan lawatan ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, hari ini.FOTO/BERNAMA
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (tengah) semasa mengadakan lawatan ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, hari ini.FOTO/BERNAMA


MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyorkan untuk memanggil semula semua saksi kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim bagi mengesan pembunuh sebenar.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata siasatan semula secara menyeluruh perlu dilakukan bagi membawa pelaku sebenar jenayah berkenaan ke muka pengadilan.


"Kes Adib sudah disahkan sebagai kes jenayah dan bukannya kemalangan. Bagaimanapun, hasil siasatan polis sebelum ini tidak dapat mengesan pelaku sebenar.
"Namun, apabila kes ini dibuka semula, saya berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat meneliti kembali dan bertemu dengan lebih 100 saksi berkaitan kes ini dan berharap penjenayah sebenar dapat ditemukan kali ini," katanya selepas melawat Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, di sini hari ini.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).
Rabu lalu, polis mengesahkan akan melengkapkan siasatan dan menyelesaikan arahan yang dikeluarkan Timbalan Pendakwa Raya membabitkan Allahyarham Muhammad Adib selepas Mahkamah Koroner memutuskan punca kematiannya adalah akibat perbuatan jenayah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, kes itu sedang dalam tindakan dan akan dihantar semula kertas siasatan serta berbincang dengan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.(BH)

1 comment:

Anonymous said...

Kita umat Islam memohon pihak berkuasa menangkap, mendakwa dan menghukum semua pengganas yang telah membunuh saudara Adib dan pemimpin-pemimpin politik parti kafir harbi jika mereka bersubahat dengan pembunuh-pembunuh tersebut dan membuat hasutan perkauman yang berkaitan dengan isu dan rusuhan di kuil Hindu.

Kita juga memohon pihak berkuasa menyiasat sama ada bekas peguam negara telah menghina mahkamah dengan membuat keputusan Adib tidak mati dibunuh sebelum hakim membuat sebarang keputusan semasa siasatan mahkamah masih berjalan. Akhirnya mahkamah telah membuat keputusan Adib telah mati dibunuh.

Adakah bekas peguam negara ini juga bertanggung-jawab membebaskan suspek-suspek dalam kes pembunuhan Adib ???

Jika bekas peguam negara terbukti bersalah, maka pihak berkuasa perlu menangkap, mendakwa dan menghukum bekas peguam negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails