Tuesday, July 07, 2020

Peguam Kanan Persekutuan didakwa terima rasuah RM100,000

Peguam Kanan Persekutuan, Lim Cheah Yit, didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Alor Setar. - NSTP/Danial Saad
Peguam Kanan Persekutuan, Lim Cheah Yit, didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Alor Setar. - NSTP/Danial Saad


ALOR SETAR: Seorang Peguam Kanan Persekutuan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 bagi mempengaruhi kes pendakwaan seorang ahli perniagaan pada Mei lalu.
Tertuduh, Lim Cheah Yit, 42, yang bertugas di pejabat Penasihat Undang-Undang Pulau Pinang, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.


Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang pegawai awam bersetuju bagi dirinya menerima suapan wang tunai RM100,000 daripada Goh Kim Heong sebagai dorongan mempengaruhi Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang menuduh Chan Eng Leong di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sini, pada jam 12.43 tengah hari, 18 Mei lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Mohd Mukhzany Faiz Mohd Mokhtar dan Fairos Danial Mazlan, manakala tertuduh diwakili peguam, Ang Chun Pun.
Mohd Mukhzany kemudian meminta mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 ke atas tertuduh, namun Murtazadi membenarkan Cheah Yit dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh turut diarah melaporkan diri pada minggu pertama setiap bulan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan mahkamah menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta penyerahan dokumen.
Semalam, Cheah Yit didakwa atas dua pertuduhan meminta sendiri suapan wang tunai berjumlah RM500,000 dan menerima RM100,000 daripada Kim Heong sebagai dorongan mempengaruhi Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang menuduh Eng Leong di mahkamah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat karaoke di Gurney Paragon pada 8 Mac dan di AC Hotel Penang, Jalan Bukit Jambul pada 1 Jun lalu.(BH)

6 comments:

Anonymous said...

"Selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran"?

Guna bahasa Tamil ke apa dalam mahkamah sehingga pertuduhan dibacakan jurubahasa?

Anonymous said...

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Harapkan pegar, pegar makan padi.

Harapkan roket, roket melingkupkan ekonomi negara dan menindas Islam dan umat Islam.

Harapkan khadam roket , khadam hanya pandai angguk sahaja dan menjawab "Yes master !"

Anonymous said...

Kepada umat Islam dan pemimpin Islam, sila hayati ayat Al-Quran ini:

Surah Ali Imran: 28

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ

Maksudnya:

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu).”

Anonymous said...

Jangan kira bangsa. Setiap yg buat salah, hukum. Penggubal dasar pun tak boleh pilih kasih. Patuh perlembagaan. Pulihkan kerosakkan yg telah dibuat oleh atok semasa jadi pm 22 tahun.

Anonymous said...

dunia dah rosak setiap lapisan orang banyak lalukukan jinayah
dulu orang jahat dikatakan tak ada pelajaran
lani ngaji sampai u pun jahat jugak

tolak petunjuk Allah pasti sesat

amno pas bila nak jalankan hukum jinayah islam
dah puluh tahun dah pakai hukum jinayah kapir

tak takut ka ingakr perintah Allah

Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

tak yakin nagn Allah ka

Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka,


malu la idup kat bumi Allah ingkar perintah Allah

Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.

Anonymous said...

Mengapa PKR, PAN dan DAP membenarkan industri dosa besar seperti arak dan judi beroperasi tetapi pada waktu yang sama mereka enggan melaksanakan hukum Islam semasa mereka berkuasa selama 22 bulan ??

Mengapa baru sekarang RBA dan barua PH mendesak hukum Islam dilaksanakan ? Mengapa mereka tidak mendesak semasa PH berkuasa ???

RBA dan barua PH sila jawab.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails