HALAMAN HIBURAN
"RASANYA seperti sudah ada di syurga. Saya tak terfikir sampai macam ini sekali orang mengambil berat terhadap saya.
"Insya-Allah, selagi hayat di kandung badan, saya akan buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang."
Itu kata-kata penyanyi To'ki yang ditulis di laman Facebook PPZ-MAIWP selepas menerima kunci rumah flat tiga bilik di Taman Setapak Indah, di sini, semalam.
Ia diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ustaz Ahmad Shukri Yusoff kepada penyanyi lagu popular Biasan dan Seni Berzaman itu.
To'ki, 53, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur hanya mampu meluahkan rasa syukur atas kediaman dan kemudahan yang diterima.
To'ki, 53, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur hanya mampu meluahkan rasa syukur atas kediaman dan kemudahan yang diterima.
"Saya salah seorang model dalam usaha PPZ-MAIWP menghulurkan bantuan. Jangan ingat PPZ-MAIWP buat pungutan sahaja, sebaliknya mereka juga menggunakannya untuk membantu orang susah seperti saya.
"Saya berterima kasih kepada PPZ-MAIWP. Terima kasih memberikan saya sokongan untuk terus berkarya. Saya berjanji setiap mesej karya saya nanti meletakkan Allah SWT di hadapan," katanya.
Menurut Ustaz Ahmad Shukri, To'ki tidak perlu bimbang mengenai bayaran sewa bulanan selama setahun.
"Alhamdulillah, PPZ-MAIWP sudah menyerahkan kunci rumah kepada To'ki.
"Selepas melawat To'ki di Batu 12, Gombak, minggu lalu, kami menjanjikan tempat tinggal yang lebih selesa dari pondok yang didiami. Kami jumpa sebuah rumah flat di Taman Setapak Indah yang sesuai dengannya.
"PPZ-MAIWP menyediakan keperluan asas seperti perabot untuknya dan isteri yang kurang sihat akibat kemalangan jalan raya," katanya.
Kediaman berkenaan memuatkan katil yang bersesuaian untuk isteri To'ki, Sharifah Fairuz yang masih cedera dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
PPZ-MAIWP turut menghulurkan beberapa bentuk bantuan seperti peralatan asas rumah, komputer riba dan kewangan.
"Diharapkan, bantuan diserahkan PPZ-MAIWP dapat membantu membangkitkan perjalanan hidup ke tahap lebih baik dan memberikan sinar baharu kepada To'ki untuk terus berkarya dan berjaya dalam kehidupan," katanya
Terdahulu, nasib To'ki dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang tinggal di pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12, Gombak mendapat perhatian apabila menjadi tular di media sosial.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 10:41 PM
To'Ki - Seni Berzaman (Live In Juara Lagu 93) HD - YouTube
No comments:
Post a Comment