Monday, July 06, 2020

Perang idealogi dan pertarungan di M'sia


IDEALOGI yang menyerap sebagai undang-undang

Sebelum ini saya ada menulis beberapa artikel tentang Falsafah Zaman Pertengahan, Reinassance dan banyak lagi yang menggambarkan asal-usul idealogi. Kemudian saya juga telah menulis bagaimana idealogi-idealogi ini menyerap masuk dalam pemerintahan Islam, sejak pembukaan Iraq di zaman Saidina Umar R.A pada 633 Masihi, merebak di zaman Umawiyyah (661-750), dan seterusnya berkembang segar di zaman Abbasiah (750-1256/58).

Kemudian pada akhir zaman Uthmaniah menyaksikan idealogi-idealogi ini menyerap masuk dalam pemerintahan Uthmaniah menjadikan mereka tak kekal lama. Akhirnya jatuh pada 1918-1924. Sekularism contohnya, apabila idealogi ini diaplementasikan dalam bentuk sistem dan undang-undang negara, maka ia akan melahirkan rombakan yang besar.

Antara yang kita boleh lihat ialah, pengasingan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, pengasingan sekolah agama dan sekolah kebangsaan, dan sebagainya. Contoh yang lain idealogi Kapitalism apabila diaplementasikan menjadi sistem, maka akan wujudnya ‘debt trap’ yang berasaskan riba, wujudnya persenggangan antara rakyat marhean dan golongan korporat, dan banyak lagi.

Kita perlu lihat beberapa bentuk ‘praktikal’ beberapa idealogi apabila diaplementasikan sebagai sistem atau undang-undang. Secara umumnya, idealogi ini diperjuangkan oleh parti-parti politik sehingga mereka memperoleh kemenangan dalam pilihan raya. Lalu apabila diberi kuasa, mereka akan mengatur undang-undang mengikut jaluran pemikiran mereka. Maksudnya, betapa saluran demokrasi itu dimanfaatkan oleh mereka untuk menjelmakan idealogi mereka.

Pertembungan idealogi blok Timur dan blok Barat

Apabila kita meneliti sejarah, kita akan dapati bahawa Pasca Perang Dunia Kedua, para penjajah Barat yang terkesan dengan Reinassance mula mengubah dasar imperialism kepada idealogi Liberal Demokratik. Maka, beberapa negara jajahan mereka diberi kemerdekaan sejajar dengan dasar itu. Mereka hakikatnya tidak beri ‘kemerdekaan percuma’. Jadi, mereka perlu memastikan plan perancangan neo-colonialism berjalan dengan baik terlebih dahulu [Gambar 1].

Selain itu, dalam sejarah mencatatkan banyak pertembungan dan pertempuran bermula daripada perselisihan idealogi. Contoh yang paling jelas ialah Perang Dingin yang berlaku antara 1945 hingga 1991. Ia merupakan suasana ketegangan geopolitik setelah Perang Dunia II antara kuasa Blok Timur dan Blok Barat. Blok Timur dianggotai oleh Kesatuan Soviet dan rakan-rakan yang beridealogikan Komunis Sosialis dan Autokratik.

Manakala Blok Barat dianggotai oleh Amerika dan rakan-rakan yang beridealogikan Liberal Kapitalis dan Demokratik. Umum mengetahui bahawa Kapitalis mula diperkenalkan oleh Adam Smith kerana situasi kerencaman ekonomi di saat itu yang disebabkan peperangan. Manakala Sosialis pula diperkenalkan oleh Karl Marx kerana melihat kepincangan Kapitalism yang menyebabkan terganggunya ‘ekosistem’.

Dalam masa yang sama kongkongan sistem autokratik dan Komunis mungkin menyebabkan empayar Soviet sukar ditembusi. Justeru, Amerika perlu menghancurkan dasar itu untuk muncul sebagai jaguh yang tidak terkalah. Amerika membawa idealogi Liberal Demokratik dan Kapitalis. Mereka cuba mencairkan idealogi-idealogi ini menjadi sebuah sistem kenegaraan.

Platform ‘pencairan’ idealogi

Untuk memastikan idealogi-idealogi ini berjaya dicairkan, mereka perlukan kepada pemikir-pemikir yang ‘bertugas’ dalam platform-platform khusus. Maka, mereka telah menubuhkan banyak badan seperti NDI, NED, USAID, CIA, dan sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam artikel-artikel sebelum ini. Badan-badan ini ditubuhkan untuk mencairkan Demokrasi Liberal ke dalam politik-politik negara.

Selain daripada itu, Liberal International (LI) dan National Liberal Club (NLC) yang berpusat di United Kingdom adalah badan yang berperanan untuk menyuntik fahaman Liberal dan dicairkan sebagai sistem negara. Dalam rangkaian Liberal International (LI) kita dapati bahawa kebanyakan rangkaian di seluruh dunia bergerak atas nama parti termasuk PKR di Malaysia.

Amerika walaupun katanya membawa konsep Democratic, hakikatnya demokrasi mereka itu sealiran dengan Liberal. Bahkan di Malaysia sendiri gerakan Liberal turut ditaja oleh National Endowment Of Democracy (NED) yang ditubuhkan oleh Amerika. Manakala Sosialism pula mempunyai jaringan seluruh dunia atas nama Socialist International (SI). Parti DAP di Malaysia dikatakan pernah menyertai konferens SI yang diadakan di Switzerland pada 1967.

Kadangkala pergerakan idealogi atas nama parti ini dipanggil sebagai idealogi politik. Hakikatnya tidaklah sepenuhnya sedemikian, kerana ada idealogi yang bergerak atas nama pertubuhan non partisan. Walau bagaimanapun ia bukan menjadi masalah perbahasan, yang perlu dibahaskan ialah bagaimana idealogi-idealogi ini dicairkan menjadi undang negara yang rasmi.

Liberalism dan Pluralism

Liberal secara asasnya adalah kebebasan dan kesamarataan. Apabila dihuraikan dengan maksud kebebasan beragama, tiada masalah kerana Islam juga menetapkan sedemikian. Cumanya, yang menjadi masalah ialah ‘kebebasan murtad’. Liberal hakikatnya menafsirkan kesamarataan agama, yang membawa maksud Pluralism. Iaitu fahaman bahawa semua agama adalah sama.

Justeru, ironinya apabila mana mereka memegang tampuk pemerintahan, mereka akan menggazetkan prosedur khas untuk murtad. Mereka juga akan mengubah Perlembagaan Islam sebagai agama rasmi, dan akan wujudkan kuil atau gereja di RNR. Contoh isu yang agak sengal untuk dibangkitkan iaitu tandas khas untuk golongan Transgender. Apabila mereka benar-benar menguasai 2/3 daripada kerusi Parlimen, mereka boleh gazetkan undang-undang yang lebih dahsyat.

Liberal juga berkaitan dengan emansipasi atau Feminism. Iaitu kebebasan bagi golongan wanita. Mereka cuba gambarkan wanita di dalam Islam berada dalam  kongkongan. Kemudian, mereka akan bangkitkan isu kewanitaan sehingga menjadikan kehendak wanita itu segalanya tertunai. Contoh yang terjadi di Sudan. Sejurus penggulingan Omar Basyer pada April 2019, mereka mula merasmikan liga bola sepak wanita.

Contoh yang lain, pada September 2019, YB Hannah Yeoh membangkitkan isu Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu anak yang lahir di luar negara kerana ibunya berkahwin dengan orang luar, supaya diberi kewarganegaraan. Kalau dahulu, ketika PH belum lahir dan belum memerintah, sekitar tahun 2001 timbulnya isu murtad, isu Lina Joy, Interfaith Council (IFC) dan sebagainya.

Keperluan memahami idealogi politik

Pluralism walaupun dikatakan kesamarataan agama, hakikatnya mereka menjulang Sekularism. Kerana apabila agama-agama itu digariskan secara sama rata, maka ia perlu ‘diurus’ oleh Sekularism yang memisahkan agama daripada pemerintahan. Dengan bahasa lain, agama yang ada sembahan masing-masing akan dikuasai oleh idealogi yang bercirikan Ateism. Secara kasarnya kita boleh lihat bahawa idealogi Pluralism itu dicipta, hanyalah untuk memberi saham kepada Sekularism.

Beberapa contoh yang disenaraikan di atas menceritakan kepada kita bagaimana idealogi itu memainkan peranan besar dalam mewujudkan ‘pertempuran’ pada hari ini. Kadang-kadang idealogi ini diserapkan ke dalam proksi-proksi supaya perancangan dan pergerakannya tidak disedari. Kadangkala dalam bentuk NGO, sekolah, institut pemikiran, dan banyak lagi.

Di dalam hal ini, kita sepatutnya perlu memahami idealogi perjuangan setiap parti sebelum bermudah-mudahan tergelojoh menyokong parti tersebut. Kita perlu faham apa yang PKR dan DAP perjuangkan. Kerana setiap rentak seni perjuangan mereka, selaras dengan idealogi mereka. Sebab itu awal-awal lagi kita tak wajar percaya terhadap janji manis mereka, kerana janji-janji hancing itu tak selaras pun dengan idealogi perjuangan mereka.

Contohnya menghapuskan percukaian. Percukaian adalah nutrisi utama kepada Kapitalis. Apabila kita sedar bahawa mereka memperjuangkan Liberal Kapitalis, maka kita takkan mudah-mudah tertipu dengan janji manis itu. Kalau mereka hapuskan sekalipun, hanya sekadar wayang. Sementara untuk meraih keuntungan pengaruh. Kemudian setelah mendapat pengaruh, mereka akan laksanakan jua dasar itu. Ini juga kaedah Kapitalism.

PAN dan Post-Islamisme

Situasi di Malaysia agak getir apabila munculnya idealogi-idealogi ini. Sehingga ke hari ini, tidak ditemui lagi apa-apa sistem yang benar-benar adil dan berjaya melainkan sistem Islam. Sistem Islam dibawa secara idealogi pemikiran Islam, yang diperjuangkan oleh Parti Islam Semalaysia PAS. Namun, sepanjang sejarahnya, muncul serpihan-serpihan sehingga ke hari ini. Apabila kita meneliti, kita akan dapati bahawa ia berpunca daripada perbezaan idealogi.

Walaupun serpihan-serpihan itu mendakwa mereka perjuangkan Islam, namun hakikatnya mereka tercorak dengan Islam corak Barat. Contohnya PAN mengatakan dasar mereka adalah Islam, walhal mereka terlekat dalam rentak Barat yang ingin mewujudkan kumpulan ‘Muslim Moderate’. Ini merupakan salah satu strategi Post-Islamisme yang dilukis oleh Tokoh Barat seperti Oliver Roy dalam beberapa penulisnnya.

Oliver Roy menafsirkan Post Islamisme adalah idealogi yang meminggirkan Islam sebagai sistem kehidupan. Atau dengan kata lain, melahirkan Muslim yang tidak lagi mempedulikan hal-hal berkaitan Idealogi (fikrah). Sebagai gantian kepada idealogi itu, mereka melukiskan gaya pragmatis. Mereka juga menggariskan ‘reformasi’ sebagai kaedah menjatuhkan kepimpinan negara yang zalim dan digantikan dengan sistem demokrasi.

Golongan ini menolak tuntutan jihad akbar dan golongan ini juga digambarkan sebagai golongan yang terbuka dengan dialog dan wacana. Tidak pelik apabila sebelum kelahiran PAN, pimpinan mereka yang masih dalam PAS ketika itu mula menitipkan ‘Post Islamisme’ antaranya Dr Dzulkefli Ahmad. Antara isi kandung pembentangan sekitar menghalalkan Sekularism, mendukung demokrasi dan mengenepikan pelaksanaan syariat.

Islamic Reinassance Front (IRF) dan Civil Democtaric Islam

Islamic Reinassance Front (IRF) yang dipimpin oleh Dr Farouk Musa merupakan kumpulan yang membawa idealogi Post Islamism di Malaysia. Antara yang diterbitkan oleh mereka pada 2016 ialah Wacana Pemikiran Reformis dengan prakata oleh Dr Mujahid Yusof Rawa. Pada Mac 2017 mereka merasmikan Wacana Pemikiran Reformis Jilid 3 oleh Izzah Anwar dikatakan beliau merupakan jawatankuasa penggubal Manifesto Andorra (Liberal International), dan salah seorang panelisnya ialah Shaari Sungip.

Dalam carian tahun 2012, 2014 dan 2015, National Endowment Of Democracy (NED) mengakui telah mendanai IRF sebanyak USD50,000, USD60,000 dan USD75,000 [Gambar 2]. Dengan bahasa mudahnya, sekiranya pengakuan NED ini benar, konsep Post Islamisme yang dibawa oleh beberapa pimpinan PAN ada menerima tajaan Amerika. Idealogi-idealogi ini berkaitan antara satu sama lain. Walaupun PAN mendakwa bahawa mereka beridealogikan Islam, tetapi Islam itu mengikut neraca Barat.

Dalam satu buku yang dikarang oleh Cheryl Bernand bertajuk ‘Civil Democtaric Islam’ membahagikan orang Islam itu kepada 4 jenis, iaitu Fundamentalis, Modenis, Tradisionalis dan Sekularis. Fundamentalis adalah golongan yang menterjemahkan Islam dari sudut kesempurnaannya. Golongan ini meletakkan matlamat mewujudkan pemerintahan Islam. Modenis pula adalah mereka yang membawa kemajuan ala Barat, mendakwa Undang-undang Islam lapuk dan sebagainya.

Golongan Tradisionalis pula bersifat konservatif, pesimis terhadap kemodenan, dan lebih menumpukan soal kerohanian dan keilmuan. Golongan Sekularis pula mempercayai bahawa agama itu hanya untuk peribadi dan tidak boleh diaplikasikan dalam bentuk kenegaraan. Bernand meletakkan bahawa Fundamentalis adalah ancaman. Manakala Modenis perlu diberi peluang dan ditonjolkan. Golongan Tradisionalis perlu dilagakan dengan Fundamentalis. Manakala golongan Sekularis perlu dianggap sebagai rakan. – HARAKAHDAILY 31/10/2019

6 comments:

Jigit said...

Buat apa pergi jauh membincangkan pertembungan ideologi di peringkat global. Sebagai permulaan, elok diulas dulu evolusi ideologi dan perubahan yang telah dilalui oleh Parti PAS sejak ditubuhkan seawal tahun kemerdekaan sehingga ke hari ini. Di zaman pemerintahan Perikatan dulu PAS berjuang secara bersendiri menawarkan pilihan suatu kepimpinan yang berteraskan kepada Islam.

Kemudian perjuangan PAS di tahun 70-80an melalui perjuangan yang lebih fanatik dan agresif sehingga timbul isu kafir mengkafir sehingga mencetuskan peristiwa Memali yang berakhir dengan pertumpahan darah. Kemudian PAS berbaik pula dengan "si Kafir" UMNO dan menyertai kerajaan, walau tidak lama.

Bila kepimpinan PAS diambil-aleh oleh Fadzil Noor, parti itu membawa pendekatan baru untuk mendekati masayarakat bukan Islam. Pendekatan tersebut diteruskan oleh TGNA sehingga masayarakat bukan Islam bukan saja tidak lagi takut kepada PAS, malahan tampil memberi sokongan kepada calun-calun PAS yang bertanding di kawasan mereka.

Setelah kematian Nik Aziz, Hadi membawa PAS ke arah yang bertentangan. Mungkin ianya berpunca dari kegagalan beliau untuk menguasai Pakatan Rakyat. Kita kena ingat, kepimpinan PAS ini adalah merupakan suatu 'cult'. PEMIMPIN UTAM SENTIASA BETUL DAN WAJIB DITAATI SEGALA PERINTAH. Bila berada di dalam suatu kesatuan yang dianggotai oleh berbagai kumpulan dan ideologi, mana mungkin kata-kata atau kemahuan beliau dipersetujui oleh kumpulan lain. Pantang ulama besar bertaraf dunia mahu dipersoalkan. Akhirnya PAS Hadi menjadikan DAP sebagai kambing hitam. PAS juga mengalami krisis dalaman yang kritikal ekoran pertembungan golongan berkelulusan Timur Tengah dengan golongan cerdikpandai dalam PAS. Lahirlah parti Amanah yang menjadi duri dalam daging ponggong haji Hadi.

Untuk terus relevant, PAS menukar arah mendekati dan bersekongkol dengan musuh tradisinya UMNO atas nama Islam. Tidak salah dengan langkah tersebut, cumanya agak pelik kerana mereka terpaksa menerima penyangak dan penyamun dalam UMNO. Akhirnya mereka sendiri turut berkongsi harta rompakan.

Kini adalah sukar untuk mengenali wajah sebenar PAS kerana fatwa saling bertukar dan polisi sering berubah. Di mana ada laba dan habuan, ke situlah Hadi membawa bahtera PAS. Kelmarin mau buat UNDI PERCAYA pada Tun Tua, hari ini mau buat undi percaya pada Muhyidin pula. Esok entah untuk pula mahu dilacurkan undi percaya mereka.

Anonymous said...

Dulu dulu ilmu fiqhnya tak banyak bidang. Sekarang dengan perkembangan semasa muncul ilmu fiqh yg baru. Maka berlaku perubahan fatwa. Perubahan fatwa bukan dibuat sesuka hati. Tapi setelah ada konsensus di kalangan ulamak, maka fatwa baru dikeluarkan bagi menepati masalah semasa. Dulu orang tak tahu pun fiqh al mizan. Sekarang ulamak seluruh dunia iktiraf fiqh yg baru ini.

Anonymous said...

RBA 3.42 ternakan parti kafir harbi menulis komen yang penuh dengan pelbagai dakwaan yang tidak berasas kerana RBA gagal menunjukkan sebarang bukti konkrit untuk menyokong pelbagai dakwaan ciptaannya.

Maka semua dakwaan tanpa bukti adalah fitnah dan RBA adalah penyebar fitnah yang mahu melaga-lagakan parti Islam dengan parti Melayu supaya kaum Melayu berpecah-belah dan menjadi lemah supaya parti kafir Harbi dan khadam liberal mereka boleh berkuasa di negara ini. Cukup-cukuplah Islam dan umat Islam ditindas selama 22 bulan.

Umat Islam perlu menolak semua dakyah jahat yang disebarkan oleh RBA.

Anonymous said...

Saya kekurangan kata-kata untuk keuntungan luar biasa yang Anda bantu saya hasilkan dalam opsi biner hanya seminggu, maaf saya ragu pada awalnya, saya menginvestasikan $ 200 dan mendapatkan $ 2.500 hanya dalam satu minggu, dan terus berinvestasi lebih banyak, hari ini saya sukses secara finansial, Anda bisa menghubunginya
via email: carlose78910@gmail.com
Via whatsapp: (+12166263236)
Saya menyarankan Anda jangan ragu. Dia hebat.

Anonymous said...

Awas scammer !!!!

Anonymous said...

Pkr dan pan tolak hudud. Presiden pkr membawa aliran liberal. Presiden pan membawa aliran syiah. Dua parti ini bergabung dengan dap. Dap terkenal dengan chauvinese dan menolak islam. Mungkin boleh dikeluarkan fatwa haram menyokong pkr dan pan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails