KERIUHAN warga Chini sejak 6 mei lalu kini reda dan berakhir dengan pengumuman kemenangan Mohd Sharim Md Zain sebagai wakil rakyat mereka mewakili Muafakat Nasional dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Mohd Sharim memperoleh 13,872 undi menewaskan pencabarnya Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli. Masing-masing calon bebas itu hanya memperoleh 1,222 dan 137 undi sahaja.
Kejayaan Mohd Sharim meningkatkan majoriti 2.7 kali ganda dari 4,622 undi pada PRU14 kepada 12,650 undi adalah satu kejayaan bergaya yang dijangka akan mewarnai keputusan PRU15 nanti.
Latar belakang
N.23 DUN Chini terletak dalam Parlimen Pekan yang diwakili oleh Datuk Sri Najib Razak. Chini bersempadan dengan N.20 DUN Pulau Manis (Parlimen Pekan) di Utara, N.22 Bebar (Parlimen Pekan) di Timur, N.40 Bukit Ibam (Parlimen Rompin) di Selatan dan N.24 DUN Luit (Parlimen Maran) di sebelah Barat.
Selain parti BN yang secara tradisi memenangi kawasan ini, Chini pernah dimenangi oleh calon Barisan Alternatif dari parti Parti Keadilan Nasional (PKN) dalam Pilihan Raya Umum ke-10 (1999).
85 peratus dari kawasan Chini merupakan kawasan tanah rancangan FELDA, selebihnya adalah kampong tradisional dan juga perkampungan Orang Asal dari suku Jakun.
Dari 20,972 orang pengundi di DUN ini, 93.8 peratus berbangsa Melayu, 0.6 peratus Cina dan 5.6 peratus adalah kaum peribumi Orang Asal.
PRU14 (2018) menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara PAS, BN dan PKR. PAS yang diwakili Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Fadhil Noor Abd Karim memperoleh 5,405 undi tewas kepada calon BN, Dato’ Seri Abu Bakar Harun yang meraih 10,027 undi. Manaka calon PKR, Razali Ithnain hanya memperoleh 1,065 undi sahaja. Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi.
PRK Dun Chini kali ini diadakan berikutan kematian Abu Bakar pada 6 Mei lalu akibat sakit jantung.
Kejujuran PAS
Walaupun PAS dan Umno sudah secara rasmi menjalin hubungan di peringkat nasional, namun ramai yang menjangkakan hubungan ini sukar diserasikan di peringkat bawah khususnya dalam PRK DUN Chini.
Sebelum penamaan calon sudah ada ura-ura PAS akan menuntut untuk bertanding di kawasan berkenaan. Tiba-tiba Umno mengumumkan akan bertanding.
Apabila PH pula mengumumkan tidak akan bertanding di dalam PRK Chini, ramai menjangkakan PAS tidak akan menurunkan jenteranya. Sudahlah Umno yang bertanding, lawannya pula bukan PH. Untuk apa PAS menurunkan jenteranya?
Namun jangkaan itu meleset apabila Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang berkampung sepenuh masa di Chini. Semua Jentera Pilihan Raya Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat serta PAS Kawasan-kawasan berganding bahu membantu kempen Muafakat Nasional.
Kesemua 8 orang ADUN PAS Pahang turut turun membantu.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Zuridan Mohd Daud berkata, PAS tidak pernah khianat kepada rakan-rakan politiknya apabila menjalinkan kerjasama. Sebab itu PAS menurunkan jenteranya di Chini, biarpun yang bertanding adalah dari Umno.
Seperti dalam menghadapi mana-mana PRU atau PRK, PAS melancarkan kutipan derma jihadnya dalam kalangan ahli. Tidak menjadi kehairanan jika kutipan infaq dilakukan untuk membantu calon PAS. Tetapi kali ini kutipan infaq dibuat untuk membantu calon dari parti yang selama ini mereka lawan. Suatu keajaiban yang tiada siapa dapat membayangkan!
Inilah salah satu faktor utama kemenangan calon yang mewakili Muafakat Nasional. Iaitu kejujuran.
Faktor calon
Tidak dinafikan Umno telah menurunkan calon yang selayaknya untuk dipilih oleh warga Chini. Mohd Sharim disenangi oleh para pengundi yang kebanyakannya merupakan anak muda. Sebagai anak tempatan yang berasal dari FELDA Chini 3, beliau terkenal sebagai aktivis belia di peringkat daerah dan negeri Pahang.
Selain memegang jawatan politik dalam Umno, Mohd Sharim juga adalah Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan.
Beliau juga berpengalaman berkhidmat di bawah ADUN Chini yang lalu, Dato’ Abu Bakar Harun.
Isu nasional mempengaruhi
Dalam dunia serba pantas hari ini, penduduk Chini tidak ketinggalan mengikuti perkembangan politik di peringkat nasional. Mereka menyaksikan kegagalan pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan ketika menguasai Putrajaya.
Mereka tidak ketinggalan menyaksikan bagaimana khazanah negara dijual satu persatu dengan alasan untuk memulihkan ekonomi. Mereka juga sensitif dengan peningkatan isu yang mencabar agama Islam yang gagal dibendung oleh kerajaan PH.
Mereka turut mengikuti perkembangan perebutan jawatan ‘bakal Perdana Menteri’ dalam kalangan pemimpin-pemimpin parti komponan Pakatan Harapan.
Kesemua ini menjadikan orang Chini muak dengan politik PH dan kembali menyokong muafakat PAS-Umno dan gabungan Perikatan Nasional.
Biarpun yang bertanding menentang calon Umno itu tidak mewakili mana-mana parti, namun pengundi-pengundi bertindak bijak membulatkan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional.
Simulasi PRU15
ADUN Luit, Sufian Abdul Jalil berkata, keputusan nekad pengundi-pengundi DUN Chini memberi gambaran kehendak rakyat untuk PRU15, bahawa majoriti rakyat menolak gabungan Pakatan Harapan sebagai pemerintah negara.
Ketika ditanya, kenapa Dewan Ulamak menurunkan petugas-petugasnya dalam kempen PRK Chini, ADUN Damak, Ustaz Zuridan Daun menyatakan ia adalah satu medan latihan kepada anggota Dewan Ulamak untuk berhadapan dengan PRU15.
ARIS HAZLAN ISMAIL – HARAKAHDAILY 5/7/2020
6 comments:
Tahniah dan syabas kepada MN dan PN.
Kelebihan atok ialah ke mana pegi akan ada perpecahan. Umno pernah berpecah semasa atok jadi presiden. Bersatu berpecah bila atok jadi pengerusi. Ph berpecah bila atok jadi pengerusi. Pkr hancur bila atok tolak presiden pkr bakal pm. Terbaru, warisan berpecah bila atok pilih presiden warisan bakal pm. Tapi pelik pulak atok tak mampu gugat dap. Tapi kesimpulan ada atok ada perpecahan.
Tagline atok
'ADA ATOK ADA PERPECAHAN'
terbaekkk..!!
Tagline Bang Non
'SAYA ULANG..!!'
Parti lain menang, parti lain yg bersorak
Apabila parti Harbi menang, khadam Melayu liberal bersorak gembira yang menunjukkan mereka adalah puak munafik .
Kasihan melihat pengkhianat sanggup menjadi lembu dicucuk hidung untuk mengkhianati agama dan bangsa kerana upah dedak cap roket.
Merekalah 'pelacur politik' murahan.
Saya kekurangan kata-kata untuk keuntungan luar biasa yang Anda bantu saya hasilkan dalam opsi biner hanya seminggu, maaf saya ragu pada awalnya, saya menginvestasikan $ 200 dan mendapatkan $ 2.500 hanya dalam satu minggu, dan terus berinvestasi lebih banyak, hari ini saya sukses secara finansial, Anda bisa menghubunginya
via email: carlose78910@gmail.com
Via whatsapp: (+12166263236)
Saya menyarankan Anda jangan ragu. Dia hebat.
Post a Comment