Berdasarkan statistik, pada 2016 sahaja terdapat seramai 14,023 penerima kemudahan rawatan dialisis yang disediakan oleh PERKESO iaitu mewakili 35 peratus daripada 39,711 orang yang mengalami kegagalan buah pinggang dan menerima rawatan dialisis di seluruh negara.
Jika syarat ini diperketatkan, pasti akan mengurangkan jumlah penerima sedangkan pada tahun ini dijangkakan jumlah pesakit buah pinggang ini adalah melebihi 50,000 orang dan mencecah 106,000 orang pada 2040 yang sebahagian besarnya sudah pastilah adalah pekerja-pekerja yang berkhidmat untuk produktiviti isi rumah masing-masing dan negara.
Ditambah pula, 64 peratus penerima rawatan dialisis ini juga menghidapi penyakit kencing manis atau diabetis. Sekiranya golongan pekerja ini tidak diberikan bantuan rawatan, mereka pasti terjejas dengan beban kewangan yang lebih besar.
Justeru, saya menggesa supaya Menteri Sumber Manusia memberikan maklum balas segera dan memainkan peranan sewajarnya supaya PERKESO menarik semula keputusan tersebut. Sikap Menteri yang masih berdiam diri mengenai perkara ini adalah sangat mengecewakan. Sekian.
“Islam Memimpin Perpaduan”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus – HARAKAHDAILY 5/2/2020
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
2 comments:
Ckp mcm duk dlm pembangkang
Sokong yg ni. Elok jumpa pengurusan perkeso dan lakukan perubahan ikut keperluan. Tak perlu dedah kelemahan secara live.
Post a Comment