PERTENGAHAN bulan Julai 2020 merupakan tempoh masa panas antara saya bersama dengan si anak berumur sepuluh (10) tahun. Semalaman perbincangan antara dua beranak berkenaan permainan video. Hanya kami berdua tanpa penglibatan sesiapapun.
Saya beranggapan bahawa permainan video adalah sangat addictive atau bahasa mudah faham, ia adalah sangat memabukkan. Awal bulan Julai 2020, saya sering berkata terhadap si anak, “Macam orang mabuk”. Saya ulang berkali-kali. Sehingga akhirnya, saya menetapkan satu peraturan baru kepada anak, “Tiada permainan online. Abah hanya benarkan permainan offline”.
Ini bermakna, saya sudah mengharamkan (banned) semua game online bagi si anak termasuk permainan League of Legends, Call of Duty dan Fornite. Saya benarkan permainan lain seperti Street Fighter 4 dan King of Fighter. Saya tawarkan kepadanya, apa-apa sahaja game offline, saya boleh download kan. Semua game original.
Orang rumah mengingatkan, hampir semua game hari ini merupakan game online. Agak sukar untuk mengambil tindakan drastik ini. Saya minta si anak, delete sendiri gamenya. Semua game berjaya didelete kecuali game League of Legends. Saya tidak paksa. Saya biarkan game itu tidak didelete.
Saya tahu dia akan bermain tetapi ia adalah penyebab utama pemantau lebih tegas. Berat tindakan tegas ini semata-mata untuk melihat perubahan pada si anak. Ketegasan kerana beberapa faktor utama kerosakan yang dibawa dalam game online.
Paling ketara, permainan video kini lebih kepada jaringan sosial yang merosakkan adab berucap, adab berbual dan membina emosi yang tidak enak. Si anak akan sering memarahi jikalau teammates tidak sebagaimana diharapkan. Si anak akan menengking di dalam bilik berseorangan.
Kerosakan kedua adalah gangguan terhadap jadual pembelajaran, di mana si anak akan dihubungi untuk bersedia dan log in secara online. Ini kira teruk, tak kira masa, pada waktu pagi, petang, malam dan tengah malam diminta untuk log in. Masa belajar, masa senggang dan masa bersama akan terganggu. Paling menimbulkan kemarahan, si anak boleh bermain di hadapan tetamu yang bertandang dan sambil menjaga adik yang masih bayi.
Kerosakan ketiga adalah sering bersikap bertangguh. Masa bagaikan singkat kerana kebanyakan masa digunakan sepenuhnya pada online. Kerja rumah, kemas bilik, dan apa-apa sahaja pintaan si ayah mahupun si ibu, terus sahaja disebut ‘sekejap’, ‘nanti’ dan ‘sikit lagi’. Bagaikan orang yang sangat sibuk dengan kerja yang mendesak. Ia sangat menggamit memori dan intelektual si anak yang sepatutnya menumpukan kekuatan ini pada pembelajaran.
Tiga kerosakan di atas paling ketara yang menyebabkan saya mengambil tindakan tegas mengharamkan game online. Persoalannya, mengapa saya benarkan permainan ini pada peringkat mula?
Tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sangat membataskan pergerakan si anak. Memang pada awal PKP, saya kerah si anak agar bersama-sama mengemas dan membersihkan rumah. Selepas semuanya selesai, masa si anak di rumah menumpukan pada pelajaran. Bagi mengelakkan kebosanan, permainan game dapat membuka dimensi baru mengisi kebosanan dan mencipta jaringan sosial baru. Ia pada awal adalah intertainment semata-mata.
Memandangkan saya bakal menyambut kehadiran bayi baru, saya masih membiarkannya untuk bermain. Bila tiba hari kelahiran, si anak ditinggalkan dua malam, sebab saya di hospital. Kelahiran anak kedua pada waktu malam dan tentu sekali saya tidak dapat melepasi sekatan untuk pulang ke rumah. Manakala si anak, tetap berani di rumah. Mungkin sebab dia tidak berasa sunyi sebab jaringan sosial dalam game online dapat memenuhi rasa sunyi tersebut.
Itulah peringkat awal saya membenarkan. Namun, musim PKP ini adalah musim permainan online sangat menggila. Dilaporkan permainan berasaskan PC telah mencapai 25 juta pemain dalam satu masa. Permainan Nintendo pula telah meningkat sebanyak 45 peratus. Ini menunjukkan bahawa walaupun Pandemik COVID-19 telah memenjarakan kebanyakan penduduk dunia di rumah masing-masing, tetapi Pandemik COVID-19 ini juga memaksa tawanan lockdown untuk berhubung secara online. Lebih pedih melihat si anak mabuk game gara-gara pandemik ini.
DR. MUHAMMAD ATIULLAH OTHMAN – HARAKAHDAILY 28/6/2020
DR. MUHAMMAD ATIULLAH OTHMAN – HARAKAHDAILY 28/6/2020
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..
Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..
Bagaimana mendapatkan benihnya?
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
No comments:
Post a Comment