Thursday, July 30, 2020

PN goyang atau PH yang bakal ‘karam’? -Syahirah Salleh.



SETELAH empat bulan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk pemerintahan negara, akhirnya pada Julai, Dewan Rakyat mula bersidang setelah beberapa kali ditangguhkan akibat daripada pandemik Covid-19.

Sepanjang empat bulan itu juga kita mendengar PH yang kini berada di kerusi pembangkang berzikir ‘kerajaan pintu belakang’, ‘pengkhianat’, ‘undi tidak percaya’ dan sebagainya.

Pada 13 Julai, akhirnya Dewan Rakyat dibenarkan bersidang dengan ketetapan-ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan serta amalan norma-norma baharu memandangkan Covid-19 belum diusir sepenuhnya dari bumi Malaysia.

Siapa sangka ini akan menjadi sidang yang paling ditunggu-tunggu Pakatan Harapan yang rindu akan Dewan Rakyat yang ‘sejuk’.



Hari pertama, cukup panas dengan dendam kesumat yang tersimpan selama empat bulan setelah takhta mereka hilang dalam sekelip mata sehinggakan persidangan terpaksa ditangguh lebih awal.
Ia susulan kekecohan disebabkan perkataan ‘gelap’ oleh Dato’ Seri Abdul Aziz Abdul Rahim (BN-Baling) ketika pencelahan P Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang disifatkan rasis dan seksis.
Bagaimanapun, hari pertama bersidang sudah pastinya memberi tamparan buat PH apabila usul bagi mengosongkan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diluluskan, yang mana sekaligus membuktikan PN dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti.
Walaupun tipis dengan 111 menyaksikan 109, ia pastinya memberi rasa tidak yakin PH terhadap Usul Undi Tidak Percaya yang akan dibawa mereka nanti yang dijangka akan dibentangkan dalam sesi kali ini juga.
PN tidak perlu khuatir, ini kerana, sekiranya diteliti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11, kubu kuat PAS iaitu di Kelantan telah bertahan selama lebih setahun berbekalkan lebihan dua kerusi mengatasi Umno.
Lebih genting, dua kerusi ini kemudian menjadi satu kerusi iaitu 23-22 apabila Dato’ Hanafi Mamat (Umno) menang dengan majoriti 134 undi ke atas Dato’ Hanifa Ahmad (PAS) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N12 Pengkalan Pasir ekoran kematian ADUN-nya, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar.
Perbezaan yang sangat tipis, namun PAS kekal sehingga ke hari ini. Oleh itu, PN tidak perlu khuatir untuk membawa Usul Undi Percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang ini.
Meneliti perbahasan di dalam Dewan Rakyat, PH nampaknya masih menggunakan strategi yang sama, ‘play victim’ seperti Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, mereka dalam mata rakyat nampak begitu kasihan, dikhianati, dimalukan di Dewan Rakyat dan tidak diberi peluang untuk bersuara di Parlimen.
Sedangkan apa yang mereka mahu bersuara jelas tidak berkaitan dengan perbincangan yang bernas.
Mungkin kerana rakyat Malaysia sangat terkenal dengan hati yang lembut, kalau tidak tak keluarlah Tabung Harapan yang khas untuk membayar hutang negara. Sehingga kini wang tersebut entah kemana dan tidak digunakan untuk membayar hutang negara. Ini adalah kesempatan di dalam kesempitan.
Strategi hutang negara bertambah juga nampaknya masih dimainkan oleh segelintir pihak seolah-olah amat dengki wang-wang negara dibahagikan kepada rakyat.
Sepatutnya negara tidak mempunyai hutang dan rakyat dibiarkan merana, begitukah gambarannya? Atau kecewa kerana tidak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?
Melayu mudah lupa, inilah yang selalu disebut bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mungkin benar, itu hanya bakal ditebak sekiranya PRU diadakan sekali lagi, sama ada benar kita rakyat Malaysia lupa sengsara yang dibawa PH 22 bulan itu.
Namun, khabar mengenai Tun Dr Mahathir yang secara rasmi keluar dari PH Plus baru-baru ini, menjadikan laluan PH lebih samar. Malah, beliau secara jelas memaklumkan bahawa beliau tidak boleh bekerjasama dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Mampukah PH bertahan tanpa Tun Dr Mahathir?



Bersatu dan kem Azmin lah yang dalam dilema ketika ini, namun mereka selesa dengan PN kerana tiada desakan dalaman seumpamanya seperti yang dihadapi mereka ketika didalam PH. Mampukah jiwa mereka dibeli semula oleh PH sekali lagi?
Sementara itu, walaupun jumlah penduduk lelaki di Malaysia lebih ramai berbanding perempuan iaitu dengan nisbah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan, namun PH mempunyai suara wanita yang kuat didalam dewan berbanding PN.
Bukanlah PN tidak mempunyai suara wanita, tetapi PH mempunyai Ahli Parlimen wanita yang bersuara lebih lantang walaupun ada segelintir yang tin kosong.
Tapi perbezaan jumlah penduduk wanita dan lelaki tidak terlalu ketara dengan lelaki berjumlah 16.86 juta dan wanita 15.80 juta. Tidaklah keterlaluan untuk dikatakan Ahli Parlimen wanita juga memainkan peranan penting dalam memancing undi penduduk perempuan.
Hanya itu sahaja kelemahan PN ketika ini yang mungkin boleh ditambah baik dimasa akan datang kerana kualiti Ahli Parlimen yang dilahirkan baik PAS mahupun Umno bukan tin kosong dan tidak bertengkar perkara tidak penting diluar bidang parlimen.
Tidak guna juga kuantiti yang banyak tapi tidak mempunyai kualiti untuk membahaskan hal-hal rakyat.
SYAHIRAH SALLEH- HARAKAHDAILY 29/7/2020
Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

4 comments:

  1. HAHAHAHA PN MAMPUS HAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita faham ini luahan hati RBA yang sangat kecewa dengan kegagalan PH sehinggakan sanggup menyalak woof woof woof memaki hamun secara memBABI buta. Jika diberi tulang mungkin RBA akan berhenti menyalak.

      Tepuk ...... Ha ha ha ha ha

      Delete
  2. PH sibuk menyerang PN tetapi malang bagi PH negeri PH sendiri terlepas ke tangan PN. Kesian.

    Tepuk ...... Ha ha ha ha ha

    ReplyDelete
  3. Balasan tebuk atap dan sumpah laknat

    ReplyDelete