Saturday, July 11, 2020

PRU S'pura: PAP Menang Tapi Kecewa.

PRU Singapura: Kemenangan yang mengecewakan - Lee Hsien Long
Hsien Long berkata PAP memperoleh 83 kerusi Parlimen atau 89 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi namun menyatakan bahawa undi popularnya merosot kepada 61 peratus. - AP Photo
PRU Singapura: Kemenangan yang mengecewakan - Lee Hsien Long

SINGAPURA: People's Action Party (PAP) pimpinan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long menang selesa pada pilihan raya umum (PRU) 2020 di tengah kerisauan rakyat terhadap wabak COVID-19, pada Jumaat.

Bercakap pada Sabtu, Hsien Long berkata PAP memperoleh 83 kerusi Parlimen atau 89 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi namun menyatakan bahawa undi popularnya merosot kepada 61 peratus.

"Pada keputusan pilihan raya, undi popular adalah 61.2 peratus.

"Kami memenangi 83 kerusi daripada 93 dan kami mempunyai mandat yang jelas.


"Tetapi peratusan undi popular tidak setinggi yang saya harapkan dan kami kalah satu GRC (kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan (GRC).

“Namun demikian, hasilnya mencerminkan sokongan luas untuk PAP.


"Warga Singapura memahami apa yang dipertaruhkan dan mengapa kita harus bersama-sama menegakkan kepentingan nasional.

“Ini bukan mandat yang kuat seperti yang saya harapkan tetapi ia adalah mandat yang baik.

"Saya rasa undi popular, 61 peratus, sangat dihormati dalam keadaan seperti ini,” katanya.

Parti pembangkang mencatatkan pertambahan kerusi dalam PRU kali ini.

Parti Pekerja merupakan satu-satunya parti pembangkang yang memenangi kerusi di Parlimen berjaya menambah daripada enam kepada 10 kerusi.

Keputusan itu menandakan penurunan prestasi PAP dari PRU 2015 di mana ia memperoleh 93 peratus kerusi dan hampir 70 peratus keseluruhan undi.


Pengundian dilakukan hanya beberapa minggu selepas Singapura, antara negara paling teruk terjejas akibat COVID-19, melaksanakan sekatan untuk mengekang virus itu.

Negara yang mempunyai populasi 5.8 juta orang itu merekodkan lebih 45,000 kes COVID-19 yang kebanyakannya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama yang sesak.

Dengan ramalan ekonomi meleset tahun ini sehingga tujuh peratus, kerajaan Hsien Long melancarkan beberapa pakej rangsangan ekonomi berjumlah hampir S$100 juta namun memberi amaran kesan ekonomi sepenuhnya masih belum dirasai. (AA)


Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 06 -Beautiful Japanese Islamik Nasheed.

1 comment:

Anonymous said...

Singapore Frees Amos Yee, 16, Blogger Who Criticized Lee Kuan Yew

Alfred Dodwell, a lawyer for the Singaporean blogger Amos Yee, spoke on Monday as Mr. Yee was released after four weeks in detention for criticizing Lee Kuan Yew on YouTube.

A teenage blogger who was convicted of two charges after criticizing Lee Kuan Yew, the founding father of modern Singapore, was released on Monday after a court sentenced him to four weeks’ detention, which he had already served.

The blogger, Amos Yee, 16, brought international attention to Singapore’s tight restrictions on speech after he posted an eight-minute video celebrating Mr. Lee’s death in March. Singapore need more Amos Yee to fight the super nepotisme in Lee Kwan Yew family which controlled the goverment in all aspect of life in Singapore.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails