Thursday, July 23, 2020

Ragbi Sentuh, Mula Dapat Tumpuan Wanita Remaja.. Ikut Syariat?

NUR Ain kini turut mewakili sekolahnya dalam sukan ragbi sentuh.
SUKAN
Lasak tidak agresif
JIKA sebut sahaja ragbi, pasti ramai mengaitkannya dengan sukan lasak yang dimonopoli golongan lelaki.
Namun sejak kebelakangan ini, sukan itu mula mendapat tumpuan wanita termasuk remaja khususnya dalam ragbi sentuh.
Nurul Ain Mohd Zamri, 14, mempunyai pandangan tersendiri selain melihat ia tidak banyak beza dengan permainan ragbi biasa. Berbeza cuma jumlah pemain, ukuran gelanggang, peraturan dan cara bermain.
Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang, Kuala Selangor itu mula menceburi sukan terbabit empat tahun lalu dan kini menjadi kapten pasukan ragbi perempuan bawah 14 tahun untuk kelab, The Musketeers yang berpusat di Putrajaya.



Katanya, dia menyukai sukan itu kerana ia tidak mempunyai banyak peraturan dalam permainan selain memerlukan kepantasan fizikal dan taktikal.
"Secara umumnya, ragbi sentuh adalah sukan yang memberi peluang sama rata kepada semua pemain meraih mata untuk pasukan.
LINCAH dan laju pergerakan Nurul Ain menjadikannya antara pemain ragbi remaja terbaik. LINCAH dan laju pergerakan Nurul Ain menjadikannya antara pemain ragbi remaja terbaik.
PASUKAN ragbi remaja perempuan The Musketeers bawah 14 tahun. PASUKAN ragbi remaja perempuan The Musketeers bawah 14 tahun.
"Permainannya juga tidaklah 'kasar' atau memerlukan terjahan keras seperti ragbi biasa. Malah kami juga jarang mengalami kecederaan teruk.
"Pendek kata, meskipun aktif bermain ragbi sentuh namun ciri kewanitaan kami tidak hilang, " katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada sesi latihan di Putrajaya, baru-baru ini.
Rakan sepasukannya, Nur Ain Shuhada Ismail, 14, pula bersyukur kerana keluarga memberi sokongan penuh kepadanya untuk bergiat aktif dalam sukan terbabit.
Bagaimanapun, pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu berkenaan hanya berpeluang bersama pasukan bertaraf kelab itu ketika cuti sekolah atau menghadapi perlawanan penting saja.
Kata Nur Ain, selain dirinya, adik lelaki dan abangnya juga aktif bermain ragbi menerusi kelab itu.
"Setiap kali perlawanan tidak kira di dalam atau luar Putrajaya, keluarga terutama bapa tidak pernah ketinggalan untuk hadir memberikan sokongan.
TONGGAK pasukan, Nurul Ain, Nur Ain dan Nurin Qashrina Ismadi. TONGGAK pasukan, Nurul Ain, Nur Ain dan Nurin Qashrina Ismadi.

"Seperti sukan berpasukan lain, ragbi sentuh juga dapat membina keyakinan diri dan ketahanan mental serta fizikal.
"Saya bersyukur kerana selain kelab, saya juga terpilih mewakili sekolah untuk sukan ini, " katanya yang bermain di posisi sayap kanan.
Sementara itu, pasukan Nurul Ain dan Nur Ain kini dilatih oleh jurulatih berpengalaman, Abdul Rahman Abdul Wahab, 53.
Mereka bukan sahaja semakin digeruni malah turut menjuarai kategori bawah 20 tahun pada Kejohanan Touch Rugby Wanita 2.0 baru-baru ini.
Kejohanan yang diadakan di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor itu turut disertai 20 pasukan wanita dari seluruh negara.
Pada kejohanan itu, Nurul Ain turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
GIGIH menjalani latihan (sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan). GIGIH menjalani latihan (sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan).

Selain itu, pasukan berkenaan turut menyertai pertandingan ragbi di negara jiran, Singapura bagi memberi pendedahan kepada pemain.
Menurut Pengerusi The Musketeers, Mohd Nasir Zakaria, kelab ragbi yang ditubuhkan sejak 2015 itu memberi tumpuan kepada pendedahan dan peluang kepada generasi muda mengenali sukan ragbi seterusnya melahirkan barisan pemain pelapis negara.
Sejak itu kata Mohd Zakaria, The Musketeers tidak menoleh ke belakang lagi dan meneruskan usaha mempromosikan sukan ragbi peringkat akar umbi melalui kerjasama ibu bapa secara langsung.
"The Musketeers mempunyai platform untuk pelbagai peringkat umur bagi menyesuaikan tahap penguasaan melalui beberapa kategori yang dibentuk seperti Fun (3 hingga 4 tahun), Mini (5 hingga 9 tahun), Junior (10 hingga 12 tahun) dan Youth (13 hingga 20 tahun).
"Elemen kesukarelawanan menjadi idea utama di mana penyertaan ibu bapa sebagai sukarelawan menambahkan lagi semangat pemain untuk kekal aktif.
"Walaupun daripada latar belakang yang berbeza, ini bukan halangan untuk menyemai semangat kesukanan dan 'mutual respect' dalam kalangan peserta," katanya.
SUKAN ragbi sentuh tidak perlukan terjahan keras hanya kepantasan fizikal dan taktikal SUKAN ragbi sentuh tidak perlukan terjahan keras hanya kepantasan fizikal dan taktikal

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang Islam bersukan di Malaysia wajib ikut syariat Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3). Bila lagi Kerajaan Malaysia nak laksanakan agama sendiri di negara umat Islam sendiri? Terlampau menjaga hati bukan Islam sanggup merempuh agama sendiri?

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails