Saturday, July 25, 2020

Rohingya Murtad, Apa 'K'jaan U/Islam Islam M'sia' Boleh Buat?

Rohingya murtad, masuk Kristian

July 23, 2020 at 10:06 pm 3 com ian

Sesetengah pelarian Rohingya yang menetap di India sudah tukar agama, kata laporan berita hari ini dalam The Economic Times.

Mereka dilaporkan telah masuk Kristian untuk mengambil kesempatan atas kelonggoran dalam undang-undang warganegara India yang dipinda tahun lepas.
Undang-undang kontroversi tersebut kini membolehkan minoriti bukan Islam dari tiga negara jiran – Bangladesh, Pakistan dan Afghanistan – untuk jadi warga India.
The Economic Times (anak syarikat The India Times) juga memetik seorang bekas Muslim yang ditemuramahnya di New Delhi sebagai berkata terdapat juga pelarian Islam yang rela masuk Kristian demi mencerahkan peluang mereka untuk diberi suaka di negara Barat.
Menerusi bantuan UNHCR, ada Rohingya yang sudah diterima oleh Kanada dan negeri-negeri Eropah.

Baca juga ‘Rohingya: Tidak dirotan; akan dibenarkan tinggal di M’sia’ — klik SINI

BAWAH: Seorang pekerja wanita Caritas (sebuah pertubuhan amal Kristian) membuat lawatan ke kem pengungsi Rohingya di Kutupalong, Bangladesh
BERITA ini diangkat dar 'Helen Ang Blog'.. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Komen ini diangkat dari..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya (Ibnu Hasyim) ingin membuka sikit perbincangan mengenai apa yang disebut sebagai 'pendatang' atau 'penghijrah'. Mereka masih ramai tersadai di negara ini, bagaimana penyelesaiannya? Tidak salah kalau kita fikir-fikir sejenak secara ringkas untuk jangka pendek atau jangka panjang umat Islam...

Sebagai Muqaddimah..

Seperti yang selalu saya sebutkan, mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 gergasi kuasa besar Rom dan Parsi.

Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara. Ilmu ini yang perlu ditelusuri dalam kontek masa kini, dunia tanpa sempadan hingga ke zaman Rasulullah SAW. Kerana hal itu termasuk kunci atau sumber kekuatan Islam pada masa itu.

Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan negara-negara. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan. Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan tiada henti-henti sampai sekarang.  Itu cara jahat penjajah-penjajah.

Apa yang boleh kita buat sekarang?

Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal.

Di sekitar pasar besar Selayang contohnya, ramai pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan dimiliki oleh orang tempatan/'ansar' sedangkan pengoperasinya adalah pendatang/'penghijrah' dari negara lain. Gabungan 'ansar' dan 'muhajirin' ini amat penting diperkukuhkan, disokong oleh orang ramai, kerajaan atau NGO-NGO.

Nama buruk mereka sebagai 'pendatang haram' perlu dibersihkan kepada sebutan 'penghijrah' yang dimuliakan, seperti di zaman Rasul SAW. Sifat perkauman kenegerian, seperti yang berlaku di negara-negara bangsa di dunia kini, perlu dibuang jauh-jauh. Mereka perlu dipilih, dididik dengan penghayatan 'cara hidup Islam', walau di bumi mana mereka berada.

Saya sendiri berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain. Ianya agak ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini.

Bagaimana?

Selepas revolusi di Iran 1979, yang berjaya menghambat barua-barua Amerika Syarikat dari Iran, Iran membeli daging ternakan dari Australia. Iran mahu sembelih secara 'halal' ternakan yang dibelinya sendiri. Maka berlakulah pengambilan pekerja-pekarja dari Malaysia oleh Iran untuk berkerja di Australia. Sehingga masih wujud perkampungan dan perbandaran Melayu di sana.

(Sila lihat: Orang Melayu Katanning, Australia Barat. Bagaimana...)

Sekarang pun begitu, Australia masih tidak cukup pekerja untuk menampung keperluan perladangan di negaranya. Ertinya, 'pendatang haram' masih tetap ramai di sana. Jadi, masih ada peluang untuk menguruskan pekerjaan untuk orang yang ingin berkerja di Australia. 

Jadi apa langkah seterusnya? Sehingga menuju ke'padu'an Ansar-Muhajirin seperti zaman Nabi SAW, tetapi berlaku sekarang ini?

Insya Allah, perbincangan bersambung.


Sekian. Hanya sekadar mengajak berfikir ke arah pembangunan ummah.

4 comments:

Anonymous said...

Umat Islam Malaysia asyik berpolitik , tukang blog macam Ibnu ni adalah hulubalang Dajal, umat Islam Malaysia sudah lupa saudara Islam di Palestin dan Myanmar, masing-masing sibuk menjilat bendera UMNO, PAS, Bersatu dsb..asyik2 berpolitik sampai lupa saudara seagama....inilah sifat yg disukai Dajal...Tukang Blog macam Ibnu adalah hulubalang Dajal yang membawa apa yg disukai Dajal....

Anonymous said...

July 25, 2020 at 1:15 PM
Bodo lagi. Otak ditipu penjajah.
Politik sebahagian dari Islam, tak belajar agama Islam ke?
Takut sangat pada Ulama gian eng juboq tak basuh tu..
ok. teruskan jilat dan meroyan..

nak buat maccam mana, dah suka jadi pecacai!!

Anonymous said...

Bila umat islam tidak berpolitik, orang bukan islam akan menguasai politik. Politik israel menyebabkan palestine terjajah. Jangan diikut cara fikir liberal yg melarang umat islam berpolitik.

Anonymous said...

Walaun pas jilat konek MCA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails