ORANG ramai mengunjungi kedai khas, ‘Rumah Makanan Percuma’ disediakan sepasang suami isteri bantu ringankan beban masyarakat terkesan akibat COVID-19. Foto/Noorazura Abdul Rahman
ALOR SETAR: Sepasang suami isteri di sini menyediakan makanan percuma kepada orang ramai bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat COVID-19.
Pasangan itu sanggup membuka kedai khas yang dinamakan 'Rumah Makan Percuma' untuk memberi makan tengah hari kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama dan status.
Jaffri Ahmad, 56, berkata dia merancang melakukan kerja amal itu bersama isterinya, Mazlina Makaruddin, 53, sejak sekian lama, namun tertangguh akibat sibuk dengan urusan perniagaan.
Katanya, hasrat mereka direalisasikan segera selepas melihat ramai terkesan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
"Idea sudah lama, sebab setiap kali kami pergi menunaikan umrah, masyarakat di sana berlumba-lumba memberi makan percuma, apabila COVID-19 melanda negara, ramai susah dan saya rasa ini masa paling sesuai melakukan kerja amal ini.
JAFFRI (tengah) bersama Mazlina menunjukkan ‘Rumah Makan Percuma’ disediakan mereka.- Foto/Noorazura Abdul Rahman
Mazlina yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd, berkata rumah makan percuma itu beroperasi pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang setiap Isnin hingga Sabtu. Katanya, modal sebanyak RM30,000 dikeluarkan bagi melakukan kerja amal berkenaan.
Mazlina yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd, berkata rumah makan percuma itu beroperasi pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang setiap Isnin hingga Sabtu. Katanya, modal sebanyak RM30,000 dikeluarkan bagi melakukan kerja amal berkenaan.
"Antara menu adalah nasi putih, ayam dan sayur pelbagai jenis masakan serta air. Jika ada sambutan kita tambah jumlahnya.
"Ada pihak mahu beri sumbangan kepada kami, tetapi buat masa ini nanti dahulu. Boleh hantar makanan seperti beras dan buah-buahan boleh hantar ke sini," katanya ibu kepada empat anak ini. (BH)
No comments:
Post a Comment