Friday, July 03, 2020

Saran bomba wanita diberi peranan sesuai fitrah


KUALA LUMPUR: Muslimat PAS menyifatkan cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengkaji semula syarat pengambilan anggota bomba wanita dapat meningkatkan jumlah golongan itu di jabatan berkenaan.


Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, tugas anggota bomba dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) mempunyai pelbagai fungsi, namun diharap tugasan diberi kepada wanita selari dengan fitrah kewanitaan.
“KPKT disarankan membuat survey dan perbincangan lanjut dengan kepimpinan wanita sebelum melaksanakan perkara tersebut. Seterusnya kita mengharapkan pihak kerajaan meningkatkan dan meletakkan wanita (seramai) 30 peratus dalam pembuat dasar pentadbiran negara,” pintanya.
Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan mengkaji perkara tersebut untuk meningkatkan jumlah anggota wanita sehingga 30 peratus dari keseluruhan anggota di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurutnya, hanya terdapat 5 peratus atau 700 anggota wanita daripada keseluruhan 14,400 anggota di JBPM serata Malaysia, maklumnya di Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka hari ini.
Muslimat PAS kembali menyuarakan untuk Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional dapat melaksanakan dasar tersebut semasa bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Seri Rina Harun baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 2/7/2020

8 comments:

Anonymous said...

Apa yang diharapkan bukan sahaja meningkatkan usaha lebih ramai golongan wanita untuk sertai bomba tapi tingkatkan usaha juga untuk menarik lebih ramai kaum termasuk Cina dan India untuk sertai bomba. Sebabnya nak selamatkan nyawa orang tak kira kaum.

Anonymous said...

Tiada paksaan dalam bomba, sesiapa sahaja pun boleh memohon menjadi ahli bomba maka komen 1:08 tidak masuk akal.

Anonymous said...

Apa pasal x msk akal? Kan menteri ada sarankan kaum bkn melayu pun digalakkan join anggota keselamatan? Kata bodoh kang marah

Anonymous said...

mestilah bagi tugas ikut kesesuaian sebagai pompuan
ikut adap islam
inikan negara islam
tak kan tak paham lagi
tak kan laung saja lebih islam islam

Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

tak yakin ngan Allah ka lagi

Anonymous said...

Sesiapa sahaja boleh memohon kerja bomba, polis, askar dll maka tidak timbul isu menteri
perlu menggalakkan kaum bukan Melayu join pasukan keselamatan kerana menteri mempunyai tugas yang jauh lebih penting dari isu remeh ini.

Anonymous said...

Anon 3:01,

Pengambilan anggota keselamatan adalah secara sukarela maka orang yang berminat sudah tentu akan memohon jawatan tersebut.

Maka tak perlulah menteri campurtangan dalam minat dan cita-cita individu sebab rakyat ini mempunyai kebebasan untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Semua menteri sekarang sibuk berusaha memulihkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat selepas wabak covid-19.

Adakah kamu mahu menteri disibukkan dengan isu-isu remeh ???

Anonymous said...

Kita sokong Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, tugas anggota bomba dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) mempunyai pelbagai fungsi, namun diharap tugasan diberi kepada wanita selari dengan fitrah kewanitaan.

Anonymous said...

Jika semua semua orang tahu ini negara Islam, mengapa masih terdapat puak kafir Harbi seperti puak roket dan puak liberal menghina Islam dan menafikan hak umat Islam ???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails