Hukuman anggota tentera rogol isteri rakan ketika tumpang bermalam, kekal
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dihadapi seorang anggota tentera yang disabitkan kesalahan merogol isteri rakannya semasa bermalam di rumah pasangan itu empat tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan terakhir Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak selepas mendapati rayuannya tidak mempunyai merit.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan P. Ravinthran dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Sesyen Ampang dan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Sesyen Ampang pada 2017, mendapati Mohd Zulkarnain bersalah terhadap pertuduhan merogol wanita itu, ketika itu berusia 25 tahun, di dalam bilik tidur apartmennya di Ampang, Selangor pada 3.30 pagi, 12 Julai, 2016.
Mohd Zulkarnain, 40, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen itu.
Mohd Zulkarnain gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mahkamah itu pada 13 Feb tahun lepas menolak rayuannya, mendorongnya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Menurut fakta kes, mangsa sedang tidur dengan anaknya apabila Mohd Zulkarnain masuk ke dalam bilik dan merogolnya dalam keadaan gelap.
Suami mangsa tiada di rumah ketika itu.
Mohd Zulkarnain, dalam pembelaannya, tidak menafikan yang dia bermalam di rumah mangsa tetapi menafikan dia merogol wanita itu.
Peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin mewakili Mohd Zulkarnain manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim mewakili pihak pendakwaan.

-- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hai, bila lagi negara umat Islam boleh melaksanakan undang-undngnya sendiri? Sebenarnya perlembagaan Malaysia tidak menghalang perlaksanaan undang-undang Hudud di negara ini..
Lihat juga tulisan ini..
Hudud paling praktikal cegah jenayah –Zakir Naik
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.

Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu. (April 20, 2016 12:17 PM FMT News
Hibur Hibur Sikit
1 comment:
tak kan hudud tanggyngjawap pas saja unukt lakasana
pkmb pati islam buat tak kisah saja
pkmb pas dah berstau apa lagi tunggu
usahakan langkah untuk laksana hukum jinayah islam
jnagn cari alasan
ndak ngan tak ndak saja
di akhirat nanti tau la sapa sebenarnya yang tak mau
Dan dalam kisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa
potong tangan tak buat kisas pun tak mau
ni kes berat
tapi kalau cakap bab islam nampak macam warak snagat
Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
tak mau amal ayat ayat quran sama saja macam kaum nabi musa
elok pun bala mai
tu pun tak sedar diri lagi
jarak sosial bukan main kuat aturannya takut kuman
jarak maksiat macam na
tak takut dosa ka
Post a Comment