Thursday, July 02, 2020

Terdedah lagi, Mujahid jual ladang Tabung Haji rugi RM357 juta


KISAH RM247 JUTA

Pada awal tahun ini, kita telah dikejutkan dengan kisah bagaimana anak syarikat Tabung Haji telah menjual sebahagian ladang-ladang aset umat Islam kepada sebuah syarikat non bumi di bawah harga penilaian RM170 juta. Rujuk di sini.

Saya fikir itu adalah perkara paling merepek. Tetapi rupanya tidak. Ada benda yang lebih mengejutkan bila saya membuat kajian lebih lanjut. Ia melibatkan penghapusan hutang bernilai RM247 juta. Kisahnya begini:

1. Tabung Haji mempunyai sebuah anak syarikat iaitu Tabung Haji Plantations Bhd (THP) yang terlibat dalam industri perladangan. THP pula mempunyai beberapa anak syarikat lain termasuk THP Suria Mekar Sdn Bhd (THPSM) dan Bumi Suria Ventures (BSV) yang dah diumum untuk dijual kepada syarikat non bumi.


2. BSV sebenarnya mempunyai hutang sebanyak RM247 juta kepada THPSM melalui langganan sukuk. Wang ini datang daripada Tabung Haji.

3. Apabila penjualan BSV dibawah harga penilaian kepada syarikat non bumi Tamaco, diumumkan, saya beranggapan hutang tersebut akan ditanggung oleh pemilik baru berdasarkan perenggan pada mukasurat 1 pengumuman. (Lihat gambar).

(Semakan mendapati 5 pengarah Tamaco adalah Lim Sing Hua, Lim Chun Leng, Lim Wai Foong, Lim Chun Hsiung dan Lee Ban Loong. -pent)

4. Maknanya kerugian Tabung Haji pada penjualan tersebut sepatutnya hanya sekadar sekitar RM110juta. Ini mengambilkira perbezaan harga jualan RM170 juta dan harga penilaian jurunilai bebas RM280juta.

5. NO!! Saya salah.

6. Pada muka surat ke 10, terang-terang ditulis bahawa hutang RM247 juta ini akan DIHAPUS KIRA (WRITE -OFF) apabila penjualan ini berlaku.

7. Maknanya bukan sahaja kita jual dengan harga yang RM110 juta lebih murah daripada penilaian pasaran, kita juga tidak akan mendapat semula RM247 juta yang telah dipinjamkan kepada BSV.

8. Amboi sedapnya. Siapa Tamaco ni? Dah la dapat harga murah, tak payah bayar hutang pula.

9. Lebih penting, kenapa pada ms 1 ditulis hutang tersebut akan di-assigned kepada pembeli tetapi pada ms 10 pula ditulis akan di write-off? Bodoh atau sengaja nak mengelirukan rakyat?

10. Sebab itu Tuntutan Suruhanjaya Diraja (RCI) ke atas Tabung Haji adalah satu kewajipan kerajaan hari ini. RCI mempunyai bidang kuasa tidak terhad untuk menentukan sama ada apa yang berlaku adalah jenayah kerajaan BN atau kejahatan kerajaan PH atau ada orang bodoh yang tak reti buat kerja.

Saya belum habis. Ada lagi 😉

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Penganalisis Politik dan Ekonomi


ARTIKEL BERKAITAN:

Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? 
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

6 comments:

Anonymous said...

PAN, sebuah kisah KHADAM kepada DAP yang wajib dibukukan untuk menjadi sejarah dan pengajaran kepada anak bangsa dimasa akan datang!

KHADAM2 ini sangat mudah DITIPU oleh tuannya!

Mereka juga sangat patuh kepada arahan2 tuannya!

Anonymous said...

Sebab itu la pemimpin2 kena bijak bukan bodoh macam KHADAM2 DAP ini?

KHADAM ni kena jawab la kepada semua kepada stakeholders yakni rakyat yang punyai pelaburan, punyai akaun TH!

Anonymous said...

Depa dok fitnah ulamak simpan ghanimah dalam jubah. Ghupenyer ghanimah kena songlap dengan khadam dap. Makin jauh dari Islam, makin rapat dengan dap, tiada lain tujuan hanya untuk melingkup Islam dan umatnya.

Anonymous said...

Apabila seorang pemimpin Melayu liberal menjadi khadam kepada kepala bapak kafir Harbi, maka sifat, tingkahlaku dan mentalitinya akan berfungsi sebagai alat kafir Harbi untuk memusnahkan Islam dan menipu dan menyesatkan umat Islam.

Unknown said...

Hamba rakyat dah bunyi..
Mandat dan demokerasi aubur lagi

Anonymous said...

Seseorg itu x bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Bkn aku ckp, lebai yg ckp. Aku share je. Kalo korg maki, sm la gi maki lebai tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails