Wednesday, July 15, 2020

Terowong dasar laut: Dr Afif tampil ke SPRM

Terowong dasar laut: Dr Afif tampil ke SPRM
Kata Dr Afif, ini adalah kali pertama dia dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan kes itu dengan notis panggilan diterimanya pada Isnin lepas. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Pulau Pinang Dr Afif Bahardin hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, dipercayai berkaitan siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Dr Afif yang ditemui wakil media sebelum memasuki ibu pejabat SPRM itu pada kira-kira 2 petang berkata beliau difahamkan dipanggil atas kapasiti sebagai Exco kerajaan negeri berkenaan bagi tempoh 2013 hingga Mac 2020.


Katanya ini adalah kali pertama beliau dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan kes itu dengan notis panggilan diterimanya pada Isnin lepas.

"Saya tidak tahu apa soalan yang akan ditanya, saya akan tengok," katanya, sambil menambah pihak SPRM setakat ini juga tidak meminta sebarang dokumen daripadanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan dan beberapa Exco kerajaan negeri dilaporkan turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega tersebut yang melibatkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

-- BERNAMA


Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails