Thursday, July 23, 2020

Terowong dasar laut: Guan Eng dipanggil ke SPRM

Lim Guan Eng hadir di pejabat SPRM, Putrajaya berkaitan siasatan kes terowong dasar laut, Pulau Pinang. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Lim Guan Eng hadir di pejabat SPRM, Putrajaya berkaitan siasatan kes terowong dasar laut, Pulau Pinang. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Ahmad Khusairi, berkata Guan Eng hadir di ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 1 tengah hari.

"Saya sahkan beliau (Lim Guan Eng) dipanggil untuk bantu siasatan kes isu terowong," katanya.
Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu, selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan. - BERNAMA

3 comments:

  1. Elok siasat dan dakwa. Jika bersalah humban jer ke penjara. Lagi pun sekutunya seorang presiden parti adalah bekas banduan. Eloklah mereka berdua jadi rakan segelaran.

    ReplyDelete
  2. Selama ini kepala bapak kafir harbi berlagak bongkak dan bodoh sombong dan rasis terhadap Islam dan umat kerana pelbagai skandalnya ditutup oleh Atuk Kerala dan mr tomato dll. Sekarang dia terketar lutut kerana pelbagai skandalnya sedang disiasat dan dibongkar oleh pihak berkuasa. Padan muka.

    ReplyDelete
  3. Dia bg keterangan. Bkn kena tangkap atau dakwa. Lebai jgk ckp dlu, seseorg tu belum terbukti bersalah sehingga mahkamah dah tentukan. Penganut pas dah lupa ke atau mmg jahil murrakab??

    ReplyDelete