KUALA LUMPUR: Semua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diberi lesen penuh untuk mengambil tindakan terhadap golongan transgender.
Bagaimanapun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, golongan transgender yang ditahan perlu ditarbiah agar mereka kembali ke pangkal jalan.
Bagaimanapun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, golongan transgender yang ditahan perlu ditarbiah agar mereka kembali ke pangkal jalan.
“Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata, tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan.
Gambar hiasan.
“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” katanya menerusi Facebook hari ini.
Jelasnya, lesen yang diberikan adalah untuk melaksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan.
Pun begitu, katanya tindakan yang diambil mestilah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.- HARAKAHDAILY 10/7/2020
3 comments:
Hebat bahasa kesat. Macam kerasokan
Semoga ini titik permulaan hidup semula tulisan jawi. Harapkan ph, utusan melayu pun bungkus. Taat sangat kat dap. Kembalilah bersatu wahai bani melayu, hidupkan semula tulisan jawi, warisan tulisan lebih seribu tahun
Ini malaysia atau the malay state. Tiada salah untuk hidupkan semula tulisan jawi untuk negara sendiri dan rakyat sendiri.
Post a Comment