Monday, August 24, 2020

3 polis menyamun seorang wanita China..

Kejadian samun seorang wanita warga China di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, Ampang, semalam.

Koperal polis ditahan, samun wanita China

KOPERAL polis ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian samun seorang wanita warga China di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, Ampang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga jurujual berusia 29 tahun sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran lokasi kira-kira 7 malam.

"Mangsa kemudian dihampiri tiga lelaki disyaki warga tempatan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum mereka memegang kedua-dua tangan wanita itu dan menariknya ke kawasan letak kereta.

"Jeritan wanita terbabit meminta tolong didengari orang awam yang berada di lokasi yang kemudian memberikannya bantuan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga koperal polis ditahan orang awam di lokasi terbabit, manakala dua lagi rakannya melarikan diri.

"Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja.

"Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti dua suspek yang masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan," katanya.

Menurutnya, suspek direman bermula hari ini sehingga 30 Ogos ini.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan seorang wanita ditarik dan disamun tiga lelaki tular di media sosial, hari ini. -Isnin, 24 Ogos 2020 @ 8:28 PM

Hibur Hibur Sikit

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa PN batalkan RUU disiplin polis?..

Anonymous said...

Mengapa Pee H bebaskan puak rasis roket dari dakwaan di mahkamah sedangkan perbicaraan masih berjalan ?

Ini menunjukkan puak RBA dan tuan roket mereka dan khadam Pee H mereka bersikap lidah biawak, hipokrit, zalim, buta, pekak dan dungu dan menghina kedaulatan undang-undang !

Maka Kita tidak terkejut melihat puak lidah biawak kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu tanpa merasa malu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails