Tuesday, August 04, 2020

Arab Saudi bersedia untuk umrah?

GAMBAR pada 2 Ogos menunjukkan jemaah haji mematuhi penjarakan fizikal. FOTO AFP

Riyadh: Arab Saudi akan menilai pengendalian ibadah haji tahun ini yang dilaksanakan ketika penularan Covid-19, dalam tempoh dua minggu lagi, lapor Al-Arabiya.
Setiausaha Kedua Kementerian Haji dan Umrah negara itu, Dr Hussein al-Sharif berkata, ia termasuk memperhalusi isu logistik dan prosedur kesihatan yang diguna pakai ketika musim haji.
"Hasil kajian itu akan digunakan sebagai persediaan untuk umrah akan datang," katanya seperti yang dilaporkan akhbar Arab Saudi, Okaz
Pada akhir Februari, Arab Saudi menangguhkan kemasukan individu ke negara itu bagi tujuan umrah di Mekah dan ziarah di Madinah.
Langkah itu bertujuan mengekang penularan wabak Covid-19.
Pada 4 Mac lalu, pihak berkuasa negara itu juga sudah tidak membenarkan rakyatnya dan penduduk negara itu menunaikan umrah.
AFP semalam melaporkan Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan tiada kes Covid-19 di Tanah Suci Makkah sepanjang musim haji tahun ini.
Musim haji tahun ini yang pertama kali dilaksanakan secara terhad dengan penyertaan hampir 10,000 jemaah berakhir pada Ahad.
Jumlah itu amat kecil berbanding 2.5 jemaah daripada seluruh dunia, pada tahun lalu.
Ia adalah keputusan pertama seumpamanya dalam sejarah moden Arab Saudi.
Pada haji tahun ini, jemaah perlu sentiasa menjalani pemeriksaan suhu.
Selain itu, mereka diberikan kit berisi batu yang sudah disanitasi, cecair pebasmi kuman, tikar solat dan kain ihram.
Mereka juga diarah menjalani kuarantin mandatori selepas selesai menjalani ibadah berkenaan.
Setakat ini, Arab Saudi merekodkan lebih 278,000 kes Covid-19 dengan lebih 2,900 kematian. (Agensi)

Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails