Sunday, August 02, 2020

Baru Anwar Sedar, Tun M Sebenarnya Memperdaya...


PH yang dilanda krisis sukar bangkit kembali


SEJAK gagal menyekat kemaraan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen baru-baru ini khasnya dalam isu pelantikkan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat menggantikan yang dilantik Pakatan Harapan (PH) sebelumnya, PH terus dilanda krisis.

Gembar-gembur kononnya PH mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang cukup untuk mematahkan pengaruh Kerajaan PN ternyata kosong dan bohong belaka. PN kini memiliki 113 kerusi manakala PH hanya 109, itupun mungkin berkurang lagi dalam waktu terdekat apabila beberapa Shli Parlimen dijangka mengambil sikap menyokong PN termasuklah dari Sabah.

Malah hari ini keupayaan PH sendiri mula dipertikaikan, apabila blok pembangkang mereka itu telah berpecah dua, iaitu antara PH asal yang dianggotai PKR, DAP dan PAN dan blok Tun Dr Mahathir yang didokong wakil parti WARISAN dari Sabah.

Di dalam sebuah wawancara khas dengan akhbar Sin Chew Daily baru-baru, Presiden PKR Anwar Ibrahim mengakui bahawa hanya kini baru beliau sedar yang Tun Dr Mahahtir sebenarnya telah memperdayakan beliau.

Menurut Anwar dari sejak mula lagi bersama Tun dalam PH beliau menyangkakan yang Tun sejujurnya akan menepati janjinya dengan menyerahkan jawatan Perdana Menteri ke beliau selepas tempoh dua tahun setelah kemenangan PH.

Namun Tun acapkali merubah tarikh yang telah dipersetujui sehinggalah akhirnya beliau menyatakan kononnya berjanji akan melepaskan jawatan PM ke Anwar sejurus selesai Persidangan APEC dalam bulan November.  

Rupanya dengan takdir Tuhan, belum sempat November, pada 24 Febuari Tun tanpa berbincang sesama pimpinan PH telah mengambil keputusan meletakkan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sehingga mengakibatkan Kerajaan PH roboh dan perjanjian yang dimaksudkan menjadi sia-sia.

Sekiranya Tun tidak meletakkan jawatan Kerajaan PH mungkin masih berkuasa hingga hari ini.
Anwar menafikan bahawa PKR terlibat dalam memaksa Tun melepaskan jawatannya. Sebaliknya tindakan Tun adalah buatan tangannya sendiri.

Kekecewaan Anwar itu berasas dan dalam wawancara ini Anwar meluahkan betapa Tun memang tidak berkenginan melihatnya menjadi PM. Sepatutnya jika benar Tun berhadapan dengan masalah, ianya wajar dibincang sesama keluarga PH, dan jika terdesak mahu melepaskan jawatan atas apa sebab sekalipun, mengapa tidak diserah sahaja pada Anwar?
Mengapa perlu letak jawatan begitu sedang beliau sedar akibatnya Kerajaan PH akan roboh?

Kata Anwar lagi Tun sesungguhnya perlu bertanggungjawab atas kejatuhan Kerajaan PH. Tambahnya beliau tidak pasti adakah Tun terlibat dalam merancang membawa keluar BERSATU dari PH, tetapi pasti ada restunya dalam insiden ini.

Kerana itu pada hari ini Anwar mengakui walau kecewa beliau masih bersedia berkerjasama dengan Tun dari blok pembangkang. Namun demikian beliau sekali-kali tidak akan lagi bersetuju jika Tun dicalonkan sebagai PM, sebaliknya mendakwa kini calon bakal PM PH adalah beliau sendiri.

Kata Anwar di dalam wawancara itu lagi, Tun kini sudah tidak lagi mampu meraih sokongan dari kalangan Ahli-ahli Parlimen.

Berdasarkan perkembangan ini terbuktilah robohnya Kerajaan PH dan naik terbentuknya kerajaan baru PN benar-benar berpunca dari  masalah dan krisis dalaman PH yang terus berpanjangan dan membara sehingga ke hari ini.

Sudahlah mereka gagal menghadapi asakan PN di Parlimen, mereka pula bertelagah dan berpecah sesama sendiri.

Saban hari dilaporkan ahli-ahli dan pimpinan PKR dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak berbondong-bondong mengambil keputusan keluar parti kerana tidak lagi yakin kepada perjuangan dan saf kepimpinan parti.

Malah dalam PAN juga, ahli-ahli termasuk wakil-wakil rakyatnya sedang berura-ura untuk melompat meninggalkan parti serpihan itu.

Selain Kerajaan Negeri-negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah yang roboh kerana sokongan PH semakin rapuh di neger-negeri berkenaan, tidak mustahil dalam waktu terdekat ini Sabah, malah juga Selangor dan Negeri Sembilan juga berpotensi bertukar tangan.

Lalu bagaimanakah nasib dan masa depan PH sebenarnya dan blok para penyokong Tun?

Yang pastinya dalam keadaan berkecamuk dan berpecah sedemikian rupa, mereka sudah tidak lagi mampu mengancam kedudukan kerajaan PN di peringkat Persekutuan apatah lagi negeri-negeri yang PN kuasai.

Dalam pada itu rekod menunjukkan mereka juga gagal memberi ancaman pada Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional apabila kecundang berterusan dalam enam pilihan raya kecil, terakhir di DUN Chini dan kini mereka bakal kalah lagi dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim di Perak pula.

Anwar Ibrahim ternyata sudah tiada lagi memiliki aura sebagaimana dahulu. Rakyat sudah tidak mengindahkan lagi pekikan dan laungan “Reformasi” beliau. Apatah lagi Tun sendiri dan Mohamad Sabu, langsung tidak memiliki dukungan rakyat dewasa ini.

Sementara itu DAP pula terus terencat sejak hilang kuasa secara mengejut dan kini terkedu apabila Setiausaha Agung mereka naik turun dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas isu siasatan rasuah projek terowong Pulau Pinang.

Kesimpulannya PH sukar bangkit kembali dan jika kesempatan ini diurus dengan baik oleh MN dan PN, tidak mustahil PH akan disisihkan rakyat dan akhirnya pupus begitu sahaja dalam PRU15 nanti.

Lantas permuafakatan dan kerjasama dalam MN dan kini PN perlu diperkasakan.
Rundingan dan perbincangan perlu dipertingkatkan. Segala jenis masalah kecil mahupun besar perlu dicungkil keluar dan di atasi jangan dijadikan sebagai penghalang arus kebangkitan rakyat hari ini.

PH dijangka tersungkur, nafsunya kuat tetapi kekuatan tiada, maka ucaplah selamat jalan buat mereka dan dalam pada itu segera binalah kekuatan baru buat rakyat demi masa depan negara.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 1/8/2020
Lihat sebelum ini..

Hibur Hibur Sikit


Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

25 comments:

  1. Kehadapan Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
    YB Dato’,
    RUU 355 : TIADA MASALAH BERAPI-RAPI
    1. Jadilah pembangkang yg rasional dan bertanggungjawab. Bukan semata-mata mendesak atau membangkang tanpa peduli kepada segala prosedur berkaitan.
    Silap besar bila YB Dato’ mengatakan pembangkang tak perlu fikir kaedah, sistem dan peraturan.
    Pembangkang perlu / mesti setaraf dengan kerajaan soal-soal asas perundangan, Parlimen dan kenegaraan.
    Bermaksud, pembangkang mesti / perlu arif tentang kaedah, sistem, dan peraturan.
    “Dalam isu RUU 355, menjadi pembangkang mudah. Dalam Parlimen mendesak usul gubal peraturan agar RUU 355 dilaksanakan sebab kita pembangkang.
    “Pembangkang tak perlu fikir perkara-perkara kaedah, sistem, peraturan-peraturan itu bukan kerja kita, itu kerja kerajaan.
    2. Antara punca perpecahan berlaku dalam PAS, adalah kerana Cadangan untuk membawa usul persendirian RUU 355.
    Bukanlah content atau isi yg utama diperdebatkan, tetapi tentang prosedur, kaedah, sistem dan peraturan.
    Satu pihak mengatakan ‘mustahil’ berjaya usul persendirian RUU 355 dari pembangkang, kerana ianya melibatkan Majlis Raja-Raja dan prosedur lain.
    Apakah hujah balas Pemimpin Agamawan / Ulama pada masa itu?
    Munafik Haraki!
    3. Berapi-rapi mengecam menghentam sesama Muslim, sesiapa sahaja yg tidak setuju usul persendirian RUU 355 dibawa oleh PAS.
    Tiada masalah berapi-api JIKA KENA pada tempatnya. Tapi yg salah adalah MENGHUKUM orang lain BERAPI-API sebagai MUNAFIK.
    Lebih mendukacitakan Pemimpin Agamawan / Ulama sendiri yg mengatakan demikian, dan langsung TIDAK MENEGUR ahli bawahan yg melampaui batas!
    4. Sebenarnya, itu punca UTAMA saya keluar dari PAS. Kerana PAS berapi-api secara melampaui batas menghukum orang lain sebagai MUNAFIK!
    Saya bukan keluar PAS sebab G18 gugur setandan, tapi kerana sikap pemimpin agamawan dan ulama seperti di atas.
    5. “Sekarang apabila kita jadi kerajaan, kita nak buat RUU 355, kita kena buat mesyuarat dengan mufti-mufti, mesyuarat dengan Majlis Raja-Raja, kena bentang satu persatu kepada Raja-raja Melayu sebab urusan agama di bawah Raja-Raja.
    “Kemudian kena pergi kepada majlis jawatankuasa agama Islam peringkat kebangsaan, (ada) prosedur-prosedur, kena jumpa Peguam Negara, kena bincang mekanisme perundangan, kena tengok perlembagaan, kena tengok undang-undang sedia ada, banyak kerjalah”.
    BUKANKAH itu yg diperkatakan, dihujahkan oleh kami dahulu? Tapi agamawan / ulama menuduh kami sebagai “munafik yg beralasan”.
    6. “Tapi kalau (sebagai) kerajaan kita berapi juga, berapi kepada siapa?
    Berapi kepada diri sendiri! Diri sendiri WAJIB berusaha bersungguh2 menjaya dan melaksanakannya.
    YB Dato,
    Dah berapa kali jumpa PM bincang untuk bawa RUU 355?
    TAK ADA KAN?
    7. “Dulu kita bergaduh dengan pak cik itu sebab pak cik itu tak jadi bapa mertua kita. Tiba-tiba jadi pak mertua, lainlah caranya,”
    BAB RUU 355 tak perlu lah ambil analogi sketsa keluarga! Ia perkara amat serious, yg PAS begitu luar biasa berkobar2 menentang yg tidak setuju dgnnya!
    Dr Zaidi Zakaria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen anti-RUU355 di atas adalah pembohongan besar yang dicipta oleh puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam kerana:

      (1) Walaupun RUU355 untuk umat Islam sahaja, puak munafik liberal dan puak kafir harbi tetap mencipta alasan karut-marut untuk menentang, menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan usaha memperkasakan dan memartabatkan undang-undang syariah dan mahkamah atau RUU355.

      Musuh Islam membenci RUU355 ini kerana RUU355 adalah usaha yang baik, berkesan dan cekap untuk mendorong umat Islam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kesesatan.

      (2) Kemenangan pakatan hancing pimpinan parti kafir harbi dalam PRU lepas adalah disebabkan oleh pakatan hancing menggunakan pelbagai janji palsu, fitnah dan pembohongan yang sangat kotor untuk menghasut rakyat mengundi pakatan hancing dan membenci dan menolak parti Islam dan perjuangan Islam termasuklah usaha memartabatkan dan memperkasakan undang-undang syariah dan mahkamah syariah kerana musuh Islam tidak mahu industri dosa besar menanggung kerugian besar jika umat Islam enggan minum arak, berjudi, berzina dll.

      Semua kejahatan pakatan hancing ini terhadap Islam dan umat Islam terdedah dalam tempoh pendek mereka memerintah negara.

      RUU355 telah mendedahkan sikap anti-Islam sebenar puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka iaitu mereka membenci, memusuhi dan menentang apa sahaja yang berjenama 'Islam'.

      Umat Islam wajib pastikan Pakatan hancing pimpinan parti kafir harbi kalah dalam semua PRK dan PRU supaya mereka tidak berkuasa untuk menindas Islam dan umat Islam.

      Delete
  2. Terdahulu, ketika mitigasi, peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, anak guamnya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang menyiasat kes itu pada 2015.

    “Pada 2018, beliau terus memberi kerjasama kepada polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) apabila Barisan Nasional tumbang (pada pilihan raya umum) dan siasatan dijalankan semula oleh kerajaan baru, walaupun bekas peguam negara membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.”

    Katanya, Najib malah tidak pernah menerima sebarang saman trafik.

    Beliau berkata, Najib tidak biasa dengan hal ehwal korporat dan benar-benar percaya lembaga pengarah SRC International akan menjalankan tugas mereka dengan baik.

    Katanya, Najib tidak pernah terbabit dalam mengendalikan bekas anak syarikat 1MDB itu.

    “Jika beliau bersalah, beliau hanya silap mempercayai orang yang sepatutnya mengendalikan syarikat itu. Orang boleh kata beliau terlalu mempercayai mereka.”

    Shafee mengulangi beliau berdepan halangan dalam mitigasinya, dengan menekankan beliau tiada masa mengkaji semula penghakiman semalam lapor FMT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan plg senang. Lqwyer najib nak putar belit kenyataan yg segala urusan transaksi melibatkan 1MDB dan anak syarikat 1MDB mesti melalui mendapat persetujuan PENGERUSI LEMBAGA PENASIHAT iaitu merangkap PM, merangkap Menteri Kewangan pd waktu tu. Kalau korang rasa aku merapu, sila google artikel 117, M&A 1MDB

      Delete
    2. Jawapan plg senang. Lqwyer najib nak putar belit kenyataan yg segala urusan transaksi melibatkan 1MDB dan anak syarikat 1MDB mesti melalui mendapat persetujuan PENGERUSI LEMBAGA PENASIHAT iaitu merangkap PM, merangkap Menteri Kewangan pd waktu tu. Kalau korang rasa aku merapu, sila google artikel 117, M&A 1MDB

      Delete

  3. TAKHIYUDDIN HASSAN S/U AGONG PAS (KINI MENTERI UNDANG2 MALAYSIA) SEMASA MENENTANG KERAJAAN PH PERNAH BERKATA : RUU 355 MESTI DILAKSANAKAN DAN PARLIMEN MALAYSIA TIDAK BOLEH MENGHALANG WALAU DENGAN APA ALASAN SEKALIPUN KERANA IA PERINTAH ALLAH.

    KAMU (PAS) MENTERI UNDANG2 MALAYSIA SEKARANG MEMBERI BERGAGAI ALASAN? MUNAFIQQQQQQ!!!!!!

    ALLAH BUKTIKAN KESESATAN PEMIMPIN2 PARTI PAS SELAMA INI ADALAH SEBAGAI ORANG2 YANG MEMPERDAGANGKAN UGAMA ISLAM SEMATA MATA UNTUK KESENANGAN DAN KEMEWAHAN HIDUP MEREKA DI DUNIA.

    INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUUN

    PADANG MERBOK MENJADI SAKSI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka melabelkan:

      (1) parti Islam PAS sebagai 'sesat' kerana PAS berjuang menegakkan Islam dan menyeru manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kesesatan.

      (2) parti kafir harbi roket sebagai 'benar' kerana berjuang menegakkan kemungkaran dan kesesatan untuk membentuk masyarakat yang tidak bermoral.

      Ini adalah bukti yang sangat jelas bahawa parti kafir harbi dan khadam munafik liberal adalah pesakit mental yang sangat kronik.

      Delete

  4. Tragisnya ahli2 dan penyokong2 PAS tak sedar2 bahawa mereka telah ditipu oleh pemimpin2 mereka yang bertopengkan agama, sedangkan bukti ALLAH dah berikan di depan muka hangpa.

    Betui kata anon 225pm tu. saya sokong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tragisnya ahli2 dan penyokong2 Pakatan Hancing pimpinan gonna end tak sedar2 bahawa mereka telah ditipu oleh pemimpin2 mereka yang bertopengkan janji palsu, sedangkan bukti ALLAH dah berikan di depan muka hangpa selama 22 bulan.

      Delete
  5. Saya pulak tak setuju dengan anon 2.25 pm. Mari semua yg beragama islam tanpa mengira kaum, kita sokong ruu355. Jangan ada melayu islam yg sokong dap untuk menentang ruu355. Dulu anuar menentang ruu. Mat sabu menentang ruu. Dap, mca dan mic menentang ruu sedangkan tak de kena mengena dengan mereka pun. Mb perak yg dulu nizar pun tentang ruu dan sokong dap. Sekarang mari anuar, pan dan yg menentang, kita semua sokong ruu. Berhentilah hina ulamak dan pas. Jika semua sokong ruu tiada masalah nak bentang di kabinet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah DAP semua ni. Otak dah di program semuanya salah DAP. Nampak teruk sgt DAP ni sampaikan sesiapa yg ckp pasal PH, dilabel RBA. DAP le perosak negara, agama. Dengar terukkan? Tp bila berkuasa dari mula Malaysia tertubuh sampai le kalah dgn PH, knp tak haramkan sj DAP?

      Delete
    2. Jika semua islam sokong ruu355 tiada masalah. Yg masalah ada orang islam yg sokong dap tolak ruu355. Sokong dap bawa arak dan mabuk. Sokong dap bawa icerd. Sokong dap bawa avengalist. Sokong dap hina institusi raja2. Ini bukan kes otak diprogram, tapi kes dap programkan otak khadam terima konsep malaysia baru yg jijik. Mujur cuma pkr dan pan saja yg berjaya diprogramkan dan dirosak fius islam menjadi liberal.

      Delete
    3. Bahas dan undi dlu la. Baru tau sapa tolak. Ni baru smpi usul terus salahkan dap

      Delete
    4. 100% dap tolak ruu355 tanpa kompromi. Eng guan dan siang kit tolak. Campor khadam dap,pan dan presiden liberal tolak. Kecuali yg sokong dap, yg tidak sokong akan cop dap sebagai parti chauvanist yg menolak islam dan mereka anti islam. Yg sealiran dengan dap akan cop islam dan orang melayu sentiasa tidak betul. Hanya dap saja yg betul. Dap ini suka khinzir dan mereka mencemar sungai dengan najis khinzir. Mereka suka berniaga tapi tipu pengguna dengan tulisan jawi pada produk.

      Delete
    5. Jgn lupa mca pun lantang tolak ruu355.sekawah gulai ada babi bak kata simunafik hadi geng penyamun najib.

      Delete
  6. DAP tidak pernah membantah tulisan Jawi digunakan oleh syarikat milik orang Cina atau bukan muslim pada produk mereka seperti minyak masak, makanan dan lain-lain.

    “Malah produk itu juga menggunakan nama berunsur Melayu atau Islam dengan terang dan jelasnya. Ketara sekali sikap opportunis yang mungkin dihayati oleh pihak berkenaan.

    “Apa-apa sahaja yang menguntungkan, demi wang ringgit akan tetap dan terus digunakan walau apapun gambarannya, sama ada mengelirukan atau lain-lain.

    ReplyDelete
  7. Begitu gelagatnya, geng jilat juboq tak basuh gian eng, kepala dah penyet cuma tinggal 'kodek-kodek'ekor atau baruanya. Kepala pun dah tak bising lagi.Ha ha ha.

    ReplyDelete
  8. Pemimpin menggunakan dasar parti islam tapi munafik.
    Penat aku turun kl.pakai duit sediri ruu355.
    Sekarang dah jadi kerajaan kena stop dulu ruu355.sebab covid..sebab ekonomi dan akhor sekali jawab dlm parlimen
    hukum allah kena selari perlembagaan katanya. Dulu perlembagaan ni dikatakan sekular.
    Munapik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang baru ko sedar ye.dulu mcm berok ramai2 berkumpul kena kencing dek pak lebai

      Delete
  9. Yang sokong dap tidak munafiq.

    ReplyDelete
  10. Pelik sangat. Sokong dap tapi tidak munafiq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo sokong benda betul, Mmg la tak munafiq bahlol!

      Delete
  11. Betul sangat bila sokong ulamak eng guan dan siang kit, maka parti dap jadi parti yg boleh bawa penyokongnya ke syurga dan dijamin tidak munafiq. 100% penyokong dap tidak munafiq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya penyokong dua parti ni munapik la. Tu pun susah nk pikior ke.
      Sama je taraf dua parti ni dalam kancah politik.

      Delete
    2. Ni la mentaliti walaun Lembu ternakan PAS. Sembang tahap syurga neraka. Fakta dah mmg out. Bila org lain yg x sehaluan bagi fakta, terus mati akal. Apa lg, modal maki je la.

      Delete