Monday, August 17, 2020

Bekas ahli Al-Maunah dibebaskan, dapat pengampunan Agong

 Awie memeluk kakak dan anak saudaranya sebaik sampai di rumah. - NSTP/Ahmad Rabiul Zulkifli Awie memeluk kakak dan anak saudaranya sebaik sampai di rumah. - NSTP/Ahmad Rabiul Zulkifli

KUALA BERANG: "Sejak semalam saya tidak dapat tidur kerana terlalu gembira kerana mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pembebasan," kata Awie, 49, (bukan nama sebenar) ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 24, di sini, hari ini.

Anak kelahiran Kuala Berang itu menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Ma'unah pada 2000.

Awie mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong sekali gus dibenarkan bebas kira-kira jam 10.30 pagi dan dijemput ahli keluarga terdekatnya.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya perkenankan doa saya sepanjang 20 tahun menjalani hukuman penjara. Lapan tahun menjalani hukuman di Penjara Kajang dan 12 tahun di Penjara Marang.

"Hukuman ini banyak memberi pengajaran kepada saya dan bersyukur banyak ilmu agama dan kemahiran yang dipelajari sepanjang menjalani hukuman di penjara. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam urusan pembebasannya.

"Jutaan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong yang memberi perkenan dan membolehkan saya keluar daripada penjara. Banyak perubahan yang berlaku, saya sekarang sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang banyak berubah.

"Seperti kejutan budaya pun ada apabila melihat perubahan dan pembangunan di negeri ini sekarang maklumlah 20 tahun terkurung di penjara," katanya.

Selain itu, beliau juga akan tetap meneruskan rutin membaca al-Quran seperti di penjara kerana itu amalan yang memberi ketenangan kepadanya.

"Rutin harian saya membaca al-Quran pada setiap hari, paling kurang dua kali sebulan khatam. Saya akan cuba bahagikan masa untuk meneruskan amalan harian saya dipenjara itu seperti biasa," katanya.

Sebelum ini media pernah melaporkan Awie menjalani hukuman penjara seumur hidup mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Maunah pada 2000.

Awie berkata, dia reda dengan ketentuan Tuhan dan mengambilnya secara positif dan penuh hikmah.

"Pada mulanya tertekan juga sehingga boleh menjadi gila cuma bernasib baik kerana masih mengamal agama, solat dan membaca al-Quran. Amalan agama saja yang boleh membuatkan hati saya tenang dan menerima segala takdir yang ditetapkan Allah dengan hati yang terbuka.

"Selama 20 tahun dia terpaksa beraya di penjara dan berkemungkinan akan beraya di penjara sepanjang hayat sekiranya tidak mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong. (BH)

2 comments:

Anonymous said...

Maunah ni zaman atok pm 4. Zaman in juga insiden menyayat baling.

Anonymous said...

Geng Al-Maunah dihukum gantung, dipenjara seumur hidup!

Apa cerita geng Tamil Elam yang sudah bersarang disini?

Harap tiada amalan double standard? Bertindak lah segera!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails