Friday, August 28, 2020

BERSATU Terima B/Melayu, UMNO Diminta Undur Dari Kabinet PN. -Ku Li.

 Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah. Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ku Li gesa pemimpin UMNO undur segera dari Kabinet

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengeluarkan kenyataan menggemparkan, apabila meminta pemimpin UMNO dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera berundur daripada jawatan masing-masing.

Gesaan itu dibuat berikutan pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menerima bukan Melayu sebagai ahli parti.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berkata pengumuman BERSATU dengan sendirinya menghilangkan kelayakan parti itu sebagai anggota Pakatan Melayu Islam yang didukung Muafakat Nasional.

"Kita, UMNO tidak pernah menjadi anggota kerajaan PN, hanya kita memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan ini untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara.

"Dengan berlakunya perubahan diumumkan oleh BERSATU, wajar ahli-ahli UMNO yang menganggotai Kabinet sekarang berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan PN sekarang ditubuhkan pada 29 Februari lalu, atas dasar sokongan beberapa parti politik iaitu BERSATU, UMNO dan PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), MCA dan MIC.

Penubuhan kerajaan itu berlaku apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP, BERSATU dan Parti Amanah Negara (AMANAH) hilang sokongan suara dalam Parlimen berikutan tindakan BERSATU keluar daripada PH.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac dan membentuk kabinetnya pada 10 Mac.

BERSATU diterima masuk Muafakat Nasional yang dianggotai oleh UMNO dan PAS pada 13 Ogos dan Muhyiddin menyatakan persetujuan menyertai gabungan itu pada 18 Ogos.

Dalam kenyataan satu muka surat itu, Tengku Razaleigh berkata, ahli-ahli UMNO berkenaan perlu bertindak cepat (keluar daripada Kabinet) bagi membolehkan UMNO menumpukan perhatiannya kepada penyelesaian masalah golongan muda mencari pekerjaan dalam keadaan negara menghadapi pandemik COVID-19.

Seramai sembilan Ahli Parlimen dari UMNO berada dalam Kabinet PN sekarang iaitu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad; Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Turut menjadi anggota pentadbiran kerajaan ialah tujuh anggota Parlimen dari UMNO iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said; Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Mutalib; Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainal Abidin. - BERNAMA

Hibur Hibur Sikit

6 comments:

Anonymous said...

Ini Nasihat untuk penjilat Juboq Tak Basuh.
Ha ha ha

Inilah akibatnya, ikut group Jilat juboq tak basuh, habis keturunan keluarga jadi jauh dari agama, jadi rosak. Kini terpaksa kuncu-kuncunya meroyan. Dan teruskan meroyan. Terus ulang-ulang tuduhan basi, idea baru dari tokey kulupnya dah habis, tak laku lari.


Memang puak-puak munafik atau anti Islam ada sepanjang zaman.. Ya, kita tahu, masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian end meneruskan hasut ganggu.. Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian end.

Kesian, masih jadi barua DAP lagi. Kesian. masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian end, barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, budak kampung dan babi-babi buta tu..

Bertaubatlah.. tak besar mana umpan mata kail dedak itu. Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua.. DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat, peluluq juboq tak basuh si kulup gian end. hi hi hi . Tak malu muka tembok pungkok babi..

Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Mereka bangga disebut macam tu.
huuuuu. manusia berjiwa hamba manusia..
Hai manusia....... kembalilah kepada Tuhanmu.... Tuhan Maha Penerima taubat!!

Anonymous said...

Anon. You need to see psycho docter. What a twisted mind. Islam tak ajar kita begitu.
GO and read quran. No baca translation sekali.

Anonymous said...

Sebenarnya, itulah penyakit lu. Pegi lah belajar lagi.. Jilat juboq tak basuh geng..
hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Anonymous said...

Yeah Al-Quran forbids us from supporting kepala bapak kafir harbi biaDAP who always insult , defame and degrade Islam and Muslims.

Al-Quran teaches us to be kind to Muslims and tough to kafir harbi who are the enemy of Islam.

Anonymous said...

Correction for comment 11:44:

Al-Quran teaches us to be kind and gentle to Muslims and got tough on kafir harbi who are the enemy of Islam.

Anonymous said...

Teruk sgt ko dah kena badi DAP ni. Baik bawa berubat. Sikit hari lagi, arwah la ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails