Tuesday, August 04, 2020

Cadang dakwa semula 12 suspek bunuh Adib

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu, dengan disusuli beberapa cadangan.

Rujukan semula kes itu antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Adib pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ketika memperincikan perkembangan kes itu berkata, cadangan lain yang turut dikemukakan ialah membuka semula inkues untuk siasatan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara.

"Ini akan dibuat mengikut peruntukan Seksyen 339(2) Kanun Tatacara Jenayah. Siri tindakan ini susulan keputusan yang dicapai Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September lalu.

"Mahkamah memutuskan punca kematian Adib bukan disebabkan kemalangan, tetapi perbuatan jenayah oleh dua orang atau lebih suspek.

"Berdasarkan keputusan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan selari arahan Jabatan Peguam Negara dan kumpulkan bukti yang ada untuk kemukakan semula kepada pihak pendakwaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pada 13 Julai lalu dilaporkan berkata masih tiada saksi yang dipanggil memberi keterangan benar-benar melihat Muhammad Adib dipukul.

Abdul Hamid berkata, semua keterangan yang diperoleh pihaknya bersifat dengar cakap dan pendapat.

Bagaimanapun katanya, usaha mengenal pasti pelaku jenayah masih dijalankan. (BH)

Cadang dakwa semula 12 suspek bunuh Adib


Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

15 comments:

Anonymous said...

Buka jangan tak buka. DAP dulu bawa mudharat. Yg tertuduh pun boleh bebas tanpa bicara. Kes mabuk bersepah masa dap sebab pemimpin dap pun suka minum arak. PAN boleh jadi rakan karib alias khadam dap.

Anonymous said...

SEMUA SALAH DAP

Jabatan Net Negara

Gomen Johor tiada DAP
Gomen Melaka tiada DAP
Gomen Pahang tiada DAP
Gomen Ganu tiada DAP
Gomen Kelantan tiada DAP
Gomen Kedah tiada DAP
Gomen Perak tiada DAP
Gomen Perlis tiada DAP
Gomen Wilayah tiada DAP
Gomen Pusat tiada DAP

MELAYU TETAP MISKIN GAK.
JUDI TETAP WUJUD GAK.
ARAK TETAP ADA GAK.
HUDUD TAK NAMPAK JLN GAK
RUU355 TETAP KENCING GAK

TANG MANA YANG PAS DOK BAGI ALASAN SEMUANYA SALAH DAP TU....?

🤣🤣🤣

Anonymous said...

Masa PN ada 9 kes kematian sb pemandu mabuk.
Salah dap gak
Memang celaka dap 😂

Unknown said...

Memang budak bodoh tak tau befikir rupanya hang ni

Anonymous said...

Penyokong penjual agama tak tau ke yg parti pas dgn dap sama taraf je. Malah sama je dgn umno mca mic ppbm warisan dll. Masing2 kalau nk buat undang2 mesti bertuhankan perlembagaan.
Kehkeh.

Anonymous said...

DAP dah senyap..tinggal tggu DUP aje bila nk saman fitnah hehehe

Unknown said...

Anonymous 2:26

Kenyataan hang bukan setakat bodoh tapi siap dengan unsur fitnah, boleh tanggung ke dosa menfitnah ni? Bila masa pas kata DAP punca kemiskinan di melaka, kelantan, Terengganu etc?

Kau cakap plak lagi kalau nak buat undang2 pas mesti bertuhankan perlembagaan... Kau jangan sebarang cakap, tuduhan mcm ni seolah olah kau kata kami tolak alquran dan hadis dengan kata lain kau anggap kami kapirr...berat tuduhan kau ni...sedara mara atau adik beradik kau takde yg sokong pas ke? Fikir sikit bila nak tulis

Anonymous said...

Wah RBA Kuli DA-Pigs menulis komen 10:39 bodoh berlapis-lapis untuk kencing orang ramai.

Fakta:

MELAYU TETAP MISKIN GAK sebab towkay kafir memonopoli ekonomi.

JUDI TETAP WUJUD GAK sebab parti kafir harbi roket sokong industri dosa besar.

ARAK TETAP ADA GAK sebab parti kafir harbi roket sokong industri dosa besar.

HUDUD TAK NAMPAK JLN GAK
sebab parti kafir harbi roket sokong industri dosa besar dan menentang, menfitnah dan memburuk-burukkan hukum Hudud.

RUU355 gagal kerana sebab parti kafir harbi roket sokong industri dosa besar dan menentang, menfitnah dan memburuk-burukkan hukum RUU355 dan menghasut rakyat membenci RUU355 !

Anonymous said...

Bukankah DAP sokong industri dosa besar dan menyokong festival arak terbuka dll? Memang RBA celaka !

Anonymous said...

RBA 2:26 ternakan parti kafir harbi adalah RBA bahlol kerana cuba menyamakan pas dengan dap.

Hoi RBA bahlol, sejak bila dap menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan dap ? Simpanlah sedikit kebodohan kamu untuk keturunan kamu sendiri.

Ha ha ha ha 10000x

Anonymous said...

Yaa..mari meratip rba dap kapir..ulang sejuta kali.
Bodoh betul anjing PASUMNO! Kah355

Anonymous said...

Wah anjing parti kafir harbi roket meroyan menyalak histeria sejak bossnya tumbang baham tanah ! Tak cukup tulangkah ???
Ha ha ha ha ha 3550x ....

Anonymous said...

Pembetulan fakta pertama Komen 9:38 AM :

Sebilangan orang Melayu masih (bukan TETAP) MISKIN sebab peniaga kafir masih menguasai ekonomi. Sebilangan orang Melayu telah menjadi kaya raya kerana mereka berjaya memecahkan penguasaan orang kafir ke atas ekonomi.

Malangnya RBA 10:39 telah menghina dan menfitnah kaum Melayu.

Anonymous said...

Fitnah lg..makhluk2 bingai pasumno dan lebai dan fitnah berpisah tiada

Anonymous said...

Jika tidak fitnah, itu bukan RBA. Pakatan Hancing pimpinan gonna end dan fitnah adalah kembar Siam yang tidak boleh berpisah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails