(Dari kiri) Anthony Chin, Brolin Nicholson dan Julian Tan menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sekama pada Ahad.
3 ahli DAP lapor polis gesa pemimpin PAS disiasat berkait komen kitab Injil
PETALING JAYA: Tiga ahli DAP Sarawak membuat laporan polis menggesa Ahli Parlimen Pasir Puteh daripada PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh disiasat di bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya di Dewan Rakyat baru-baru ini yang mendakwa kitab Injil dipinda.
Julian Tan, Brolin Nicholson dan Anthony Chin membuat laporan itu di Balai Polis Sekama di Kuching, Sarawak.
Nicholson yang juga pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat mengapa Zawawi enggan memohon maaf kepada penganut Kristian bagi mengelakkan perkara sama berulang kepada agama lain.
“Jika beliau ingin melakukan dialog, saya bersedia berdialog dengan beliau dan meminta beliau tidak hanya berdialog dengan ahli Parlimen saja, tetapi kami juga bersedia untuk berdialog bersama beliau,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau turut mencabar Zawawi menunjukkan bukti dakwaannya melalui bukti bibliografi, arkeologi dan ujian dalaman yang kerap digunakan sejarawan untuk menentukan kesahihan sesebuah teks purba.
“Jika benar Zawawi mempunyai PhD (doktor falsafah) dalam perbandingan agama, beliau seharusnya tahu 2 kaedah ini digunakan untuk membuktikan kesahihan sesebuah teks purba.
“Soalan yang saya ingin tujukan kepada Zawawi ialah jika benar kitab Injil telah dipesongkan, di mana ia telah dipesongkan? Siapa yang memesongkan kitab Injil tersebut dan pada tahun bila ia diubah atau dipesongkan? Kerana bagi orang Kristian, kitab Injil ialah sahih dan tidak diubah.
“Adakah Zawawi hanya membuat kenyataan berdasarkan cakap-cakap yang tiada bukti kukuh tanpa betul-betul mengkaji kitab Injil orang Kristian?”
Rabu lalu, Zawawi membuat kenyataan kontroversi itu di Dewan Rakyat ketika membahaskan rang undang-undang pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi menambah hukuman buat pemandu mabuk.
Ketua ulama PAS itu dilaporkan berkata, semua agama tidak mengizinkan penganutnya meminum arak, tetapi Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) meminta beliau membetulkan faktanya kerana agama lain seperti Kristian, membenarkan penganutnya minum arak, tetapi tidak sampai tahap memabukkan.
Zawawi bagaimanapun bertegas “sebelum kitab Injil dipesongkan”, agama Kristian tidak membenarkan penganutnya minum sedikit arak pun.
Beliau juga enggan memohon maaf dan berkata penganut Kristian “tiada hak tersinggung” dengan kenyataannya.
Sementara itu, Malay Mail memetik Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii yang menemani 3 ahli DAP Sarawak itu membuat laporan, berkata lebih baik membuat laporan polis daripada menggesa pihak berkuasa melarang Zawawi dan pemimpin PAS lain memasuki Sarawak.
Katanya, PAS kini boleh mempengaruhi semua dasar negara melalui kerjasamanya dengan Umno dan PPBM dalam Muafakat Nasional, blok politik terbesar di dalam negara, yang mampu menjejaskan semua rakyat. (FMT)
20 comments:
MUDAH UNTUK DIJAWAB SOALAN PENGIKUT DAP INI
OLD TESTAMENT DAN NEW TESTAMENT ITU APA..!?
KENAPA ADA DUA VIRSION PADA KITAB INI
ITULAH PERBEZAAN YANG NYATA DARI SUMBER YG SAMA
BANYAK PERBEZAANNYA ZAKIR NAIK BOLEH BERI BANYAK FAKTA PERUBAHAN BIBLE DAN INJIL...
Injil adalah salah satu kitab yg diakui olh agama Islam. Elok lapor polis sikap dap yg timbulkan kacau bilau dan ganggu kepercayaan orang Islam.
Depa tu geng mabuk. Kerajaan mesti tegas dengan isu mabuk. Semua yg baik dari pasmereka tetap bangkang.
Walaupun kehilangan kaki kiri separas buku lali, pesara tentera dari Kampung Setek, Kok Lanas dekat sini reda dengan kecacatan yang dialami akibat terkena jerangkap samar ketika operasi memburu komunis 44 tahun lepas. Nekya Nor, 66, berkata dari satu segi, dia juga bersyukur kerana insiden itu menyelamatkan 14 lagi anggota kumpulannya yang terlibat dalam Operasi Daoyai Musnah di Gubil, Kedah pada 1976.
Saki baki komunis ada dalam dapig.
Aku mencabar puak DAP berbahas dengan aku berkaitan isu bible ini secara terbuka di atas pentas di hadapan umat Islam dan puak kafir secara live.
Jika pemimpin DAP bersetuju, Aku boleh aturkan perbahasan terbuka ini.
DAP ada beranikah ?
Tajuk pemandu mabuk.
Artikel citer psl zawawi.
Anak hasyim dah sewel ke??
Buat apa debat dgn ko. Ko bodoh.
Ya..baik langgar Sop kuarantin
RBA 10:34 ternakan parti kafir harbi biaDAP takut berdebat tentang isu tersebut.
RBA cuba sembunyikan ketakutannya untuk berbahas dengan memaki hamun
Hoi RBA simpanlah sedikit kebodohan kamu untuk keturunan kamu. Jangan dedahkan semua kebodohan kamu.
http://rec.or.id/article_767_Pernahkah-Yesus-berkata-di-dalam-Alkitab:--Akulah-Tuhan,-Sembahlah-Aku
link bukti injil diubah... apa lagi yang DAP meroyan
Ulama PAS hanya berani goda isteri orang saja...
Mana RUU 355 dan HUDUD?
Jika HUDUD ada, pasti selesai masalah pemandu mabuk.
Old Testament dan New Testament bukan dua versi yang berbeza – tapi Part 1 and Part 2. Kalau tak tahu, jangan sebut.
Ada yang bersimpati bilamana mendapat tahu satu dari 3 tuhan2 mereka telah MATI aka meninggal dunia, satu2nya tuhan yang telah meninggal dunia?
Tuhan pun boleh mati dibunuh oleh orang Yahudi? Kesian!
Agama yang dibawa Baginda Nabi Isa ni melarang pengikutnya memakan BABI!
Tapi rata2 mereka pemakan BABI nombor satu? Kelakar betol!
Di England, orang2 puteh sekarang pun sudah tidak lagi pergi gereja sehingga banyak gereja2 yang diubahsuai menjadi masjid atau menjadi rumah2 kediaman!
Sekarang mereka menghalalkan pula perkahwinan sesama jenis? Kelakar betol?
Alexiers,
(1) Mengapa kandungan OT bertentangan dengan NT ?
(2) Mengapa kandungan antara kitab-kitab NT saling bertentangan ?
Kedua2 OT & NT dikatakan ditulis dalam bahasa Hebrew?
Adakah mereka2 ini di Malaysia membaca kitab tersebut didalam bahasa Hebrew atau bagaimana?
Orang2 Islam Allah preserve pelihara kitab Al Quran sehingga kiamat tetapi tidak kepada kitab2 lain.
Khadam cerdik ka atau dap yg cerdik.
Takda modal. Fitnah selalu. Kesian jugak. Nanti jumpa geng2 dap lepas mati.
Tp ramai lobai pas kena bayar saman fitnah.
Post a Comment