Saturday, August 15, 2020

Israel tetap ‘komited’ pelan milik-paksa Tebing Barat, Palestin.

 

BAITULMAQDIS, Palestin: Pegawai dari parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata pada Khamis bahawa Israel tetap ‘komited’ terhadap pelan pemilikan paksa Tebing Barat, lapor agensi berita Xinhua.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus Presiden Donald Trump dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohammed bin Zayed Al Nahyan mengatakan Israel bersetuju menangguhkan rancangan pemilikan paksa di wilayah Tebing Barat yang diduduki, sebagai balasan untuk memulihkan hubungan dengan UAE.

Shlomo Karhi, anggota parlimen parti Likud, memberitahu  Saluran 12  televisyen Israel, pelan pemilikan paksa itu masih ada dan ia akan berlaku.

Laman berita Ynet melaporkan seorang pegawai kanan Likud berkata Rumah Putih meminta Israel ‘untuk menangguhkan sementara’ pelan itu, tetapi Israel tetap ‘komited’ dengan rancangannya.

Pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan mengesahkan Perdana Menteri ada ‘mengadakan perbincangan melalui telefon’ dengan Trump dan putera mahkota UAE, tanpa memberi butiran lanjut. Netanyahu dijangka mengeluarkan kenyataan menerusi saluran televisyen berhubung kesepakatan itu.

Trump menulis di Twitter ‘perjanjian damai bersejarah’ dicapai antara Israel dan UAE. 

Kemudian Netanyahu di Twitternya sekadar menulis ‘hari bersejarah’. Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mana-mana negara Teluk.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hubungannya dengan negara-negara ini semakin hangat di tengah-tengah kebimbangan mengenai pengaruh Iran. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails