Cadangan perketat perkongsian agama di media sosial
IPOH: Kerajaan sedia memperhalusi cadangan memperketatkan peraturan berhubung perkongsian di media sosial yang menjurus kepada pandangan bertentangan dengan ajaran agama Islam, terutama oleh golongan Liberalisme dan murtad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, bagi tujuan itu pihaknya sedia bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Kita telah berbincang tapi untuk perkara itu, kita perlu lebih tepat lagi dan mengadakan perjumpaan lebih kerap untuk memperhalusi pelbagai isu dan sudut-sudut lain mengenai perkara ini,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Asli Daerah Kinta, di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 60 orang dalam kalangan masyarakat Orang Asli Ulu Kinta memeluk agama Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah yang dipimpin Zulkifli.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata pihaknya juga bersedia mengadakan sesi dialog dan berbincang secara harmoni dengan golongan Liberalisme dan murtad agar masing-masing lebih memahami serta menghormati antara satu sama lain.
“Insya-Allah kita akan cuba mengemukakan sebuah jawapan apa-apa yang berkaitan dengan kekeliruan tentang Islam selain memberi pencerahan dan penerangan kepada masyarakat. Apa-apa kemusykilan, Insya-Allah kita akan jawab,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata pihaknya akan terus membimbing golongan mualaf menerusi dakwah yang dilaksanakan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Seramai 45 mubaligh Islam telah dilantik MAIPk dan 57 Penggerak Masyarakat Orang Asli di bawah lantikan JAKIM yang jumlahnya 102 orang akan terus membantu membimbing mualaf ini,” katanya.
Katanya pendakwah itu akan ditugaskan di setiap perkampungan orang Asli di seluruh daerah di Perak dan akan dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan negeri.
Seorang saudara baharu, Apar Bengal, 71, dari Kampung Pos Dipang, Sahom, Kampar berkata dia telah mengkaji mengenai agama Islam sejak 10 tahun lepas sebelum terbuka hati untuk mengenali dan memeluk agama itu.
“Saya juga sebelum ini telah mempraktikkan ibadah berpuasa sekurang-kurangnya 15 hari pada setiap bulan Ramadan.
“Saya sendiri berminat untuk memeluk agama Islam dan empat orang anak saya juga sudah lama memeluk agama ini selain saya sendiri sering dijemput dalam majlis-majlis agama” katanya. – BERNAMA
Kalau macam ni bertambah kasih dan sayang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
ReplyDeleteBeliau kelihatannya dilihat jauh lebih baik dari bekas menteri KHADAM DAP terdahulu?
Nasib baik la mufti jd menteri agama. Kalo lebai mangkuk yg jadi, dah berbakul2 kena sumpah seranah..silap2 blh terencat akal. Haha355
ReplyDeleteJika menteri agama yg dulu dari ph, hancur islam dibuatnya. Promote liberal lagi.
ReplyDeletePuak murtad dan puak munafik liberal adalah sangat berbahaya kepada umat Islam kerana mereka berusaha untuk menyesatkan umat Islam dengan menghalalkan yang haram dan mengharapkan yang halal.
ReplyDeleteMaka kita tidak terkejut melihat mereka bersekongkol dengan parti kafir harbi DA-Pigs menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam.
Alhamdulillah kerajaan PN telah melantik mufti menjadi menteri agama supaya hak Islam dan hak umat Islam boleh dibela dan dilindungi.
Mu jahat pula diperalatkan oleh parti kafir harbi DA-Pigs untuk menindas Islam dan umat Islam, melingkupkan tabung umat Islam dan membela puak munafik liberal, membenarkan puak kafir harbi menggunakan masjid dan menegakkan ketuanan kafir harbi.
Perbezaan yang sangat jelas.