Monday, August 17, 2020

Langkawi diisytihar hab coklat negara

 Mohd Khairuddin (dua dari kiri) tertarik melihat biji koko yang belum diproses pada Majlis Penutupan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan dan Pelancaran Hab Coklat Langkawi. Foto NSTP/Hamzah Osman Mohd Khairuddin (dua dari kiri) tertarik melihat biji koko yang belum diproses pada Majlis Penutupan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan dan Pelancaran Hab Coklat Langkawi. Foto NSTP/Hamzah Osman

LANGKAWI: Kerajaan bersetuju mengisytiharkan pulau peranginan ini sebagai hab coklat negara, selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai 'Raja Coklat' di rantau Asia.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata langkah itu juga diharap dapat mempertingkat pembangunan sektor hiliran koko negara serta menarik lebih ramai pelancong ke Langkawi.

"Langkawi menerima masuk sejumlah besar pelancong dari seluruh dunia dan ia sesuai untuk menjadi pemangkin kepada promosi produk coklat buatan tempatan.

"Konsepnya adalah kita menyediakan rangkaian niaga setempat yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk pembuatan dan penjualan coklat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan dan Pelancaran Hab Coklat Langkawi di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Pengajian Tinggi negeri, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam negeri, Dr Robert Ling Kui Ee.

Mohd Khairuddin berkata, sebagai nilai tambah kepada hab itu, sebuah Muzium Coklat akan dibangunkan syarikat swasta dengan kerjasama kerajaan negeri.

"Projek itu masih dalam proses perbincangan dengan tapaknya telah dikenal pasti di kawasan berhampiran produk pelancongan popular SkyCab.

"Muzium ini akan mempamerkan sejarah pembuatan coklat dan produk asas koko yang berjaya dihasilkan negara ini," katanya. (BH)

Hibur Hibur Sikit

3 comments:

Anonymous said...

"Fakta 28 Frbuary 2020, bukti Mahathir yang nyanyuk dan lidah bercabang"

Dinamakan sebagai “rahsia 28 Febuari” Rais mendedahkan, pada tarikh tersebut, Mahathir memberitahunya dia hanya ada 66 akuan bersumpah ahli Parlimen.

Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum kemudiannya hendakkan semula jawatan itu.

Dakwaan kenyataan Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tersebut dipetik dari Mingguan Malaysia. Dusta apa lagi Tun hendak nafikan..!?

28 Februari lalu, Mahathir memberitahunya beliau(Tun) hanya mendapat 66 perakuan Akuan Bersumpah (SD)

“… fakta yang dipersembahkan kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Kalau dengan keadaan itu, katanya, biarlah Tan Sri Muhyiddin terus jadi Perdana Menteri.

“Selesai…!! Saya (Rais) keluar bilik itu dan kemudian menyampaikannya kepada Muhyiddin melalui emissary (wakil) yang terdekat.

“Malang, keesokannya juga Dr. Mahathir dilaporkan hendak semula jawatan Perdana Menteri,” katanya.

Sehubungan itu, Rais mengakui beliau hilang cara logik untuk berinteraksi malah seolah-olah mati akal dengan perubahan mengejut Mahathir.

“Itulah bukti bahawa Dr. Mahathir boleh tukar pendirian atas sesuatu hal yang begitu penting. “Mula-mula setuju melepaskan posisi Perdana Menteri kepada Muhyiddin. Kemudian beliau tukar pendirian.

Fakta apa lagi yang walaun unta nak nafikan lepas ini.

Tun ingat mungkin ada orang akan pujuk, rayu dan menangis macam 22 tahun masa undur diri dari Presiden UMNO dolu dolu..!?

Boleh jalan lah Tun..!! Mohon berambus dan sila meninggal..!!

Anonymous said...

L'kawi jadi Hub Coklat
Dewan Ulama jadi Hub "nodai" bini orang

Anonymous said...

Dewan ulama tempat berbicara berlandaskan hukum. Bukan sembrono.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails