Sunday, August 09, 2020

Lepas Lapor, 'identiti saya bocor kepada sindiket perjudian'..

 MOHD Asri Hamid. Foto/NSTP MOHD Asri Hamid. Foto/NSTP

'Siapa lagi saya mahu harap, kalau bukan polis'

KUALA LUMPUR: Selepas membuat pendedahan rakaman video tentang kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, semalam, Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, mengharapkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, membanteras kegiatan berkenaan.

Dalam satu rakaman kenyataan balas yang dimuatnaik di Facebook petang tadi, Mohd Asri mendakwa dia sudah membuat pelbagai laporan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan berkenaan.

"Bukan saya tidak pernah maklum kepada polis, saya pernah pergi terus kepada Unit Perjudian di Bukit Aman dan Jabatan Integriti Pematuhan Standard Bukit Aman, tapi tiada sebarang tindakan susulan.

"Malah, apabila saya melaporkan maklumat mengenai kegiatan perjudian di kawasan itu, saya dapati identiti saya bocor kepada sindiket perjudian," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook Jackell Jack.

Mohd Asri berkata, selepas memaklumkan tentang kegiatan perjudian, tiba-tiba salah seorang lelaki berbangsa Cina dipercayai ahli sindiket judi memanggil pekerjanya dan mempersoalkan tindakan dia sebagai majikan memaklumkan tentang aktiviti premis perjudian.

"Tidak lama selepas kejadian itu, sindiket berkenaan kemudian membuka dua premis mesin judi di mana salah satunya terletak di sebelah kedai saya.

"Justeru, dengan siapa lagi saya nak mengadu, dengan siapa lagi saya nak berharap kalau bukan polis," katanya.

Dia turut memuji tindakan Abdul Hamid, yang segera memberikan kenyataan pantas untuk menyiasat segala dakwaannya.

Asri juga turut menjelaskan masalah yang timbul dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan itu, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Bayangkan masa baru habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka penguatkuasa MBSA datang kedai saya keluarkan saman dan sita barang saya tapi itu saya tak kisah, kerana adat dan lumrah mana-mana peniaga.

"Tetapi mereka sanggup biarkan peniaga warga asing yang menjual rokok seludup serta tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan premis perjudian. Adakah itu adil," katanya.

Rakyat Malaysia turut terkesan dari segi ekonomi terutama semasa PKP. (BH)

Lihat:

4 comments:

Anonymous said...

Kita mohon SPRM menyiasat kes ini secara telus. Kerajaan sepatutnya melindungi orang yang memberi maklumat dan menyiasat maklumat yang diterima secara telus.

Mana pemuda PAS, UMNO dan Bersatu ? Mengapa diam membisu ? Rakyat sedang memerhatikan pemimpin anda.

Kita merasa sudah tiba masanya Malaysia menubuhkan versi FBI di negara kita sendiri.

Anonymous said...

Eloklah pihak polis segera siasat dan tangkap taukeh2 cina judi haram tersebut dengan segera!

Kenapa pula sipelapur pula menjadi mangsa!

Anonymous said...

Kedai2 judi haram taukeh2 cina, rumah2 pelacuran, hari ini kena serbu esok lupa mereka akan buka semula, hari ini tutup minggu depan mereka buka semula.

Tak perlulah natizen nak mengajar pihak polis kerana kami tahu anda lebih sedia maklum!

Jadi kenalah jadi bijak dari segi tindakan dan undang2! Kalau undang2 cap ayam jadi macam tu lah sorong papan tarik papan!


Anonymous said...

Sapa menteri KDN zaman PN? X tau buat keje ke?
Menteri KDN zaman PH dah tebiat nak mampus. Kes adib kantoi. Kes lps pendatang bawa covid under imigresen pun jahanam. Pastu blh pulak lebai2 malang angkat jd PM. Berapa punya lahabau daa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails