KUALA LUMPUR: Dakwaan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa pemberian kontrak secara rundingan terus adalah lumrah dalam kerajaan telah dibidas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim.
Kata Amzad, ianya satu kejutan besar apabila 101 kontrak berjumlah RM6.61 bilion yang secara purata setiap satunya sekitar RM65 juta itu berlaku dalam tempoh kurang dua tahun di mana ia bukan lagi lumrah, tetapi adalah satu perkara luar tabie.
Menurut beliau, berbanding kerajaan sebelum itu yakni BN yang melaksanakan konsep rundingan terus dan lain-lain, tetapi Pakatan Harapan setiap kali bertemu rakyat menyatakan tiada lagi kontrak rundingan terus, sebaliknya tender terbuka.
“Ini satu perkembangan yang sangat mengejutkan. Sebab di dalam Manifesto Pakatan Harapan sebelum ini menyenaraikan antara perkara yang menjadi prinsip di dalam pentadbiran di bawah Pakatan Harapan (adalah) tiada lagi rundingan terus, semua mesti melalui open tender.
“Yang mana kalau kita ingat perbahasan yang lalu banyak disasarkan kepada terutama sekali kontrak-kontrak yang diberikan kepada kontraktor-kontraktor kelas F orang Melayu.
“Rakyat mengharapkan lebih-lebih lagi bila kerajaan berkata mereka telah menukar konsep baru (kepada) rundingan terus. Sekurang-kurangnya kalau ada pun kita boleh terima kalau ada satu ataupun dua, ada tiga yang berasaskan kepada kecemasan. Mungkin yang itu kita boleh terima,” hujahnya.
Lebih luar tabie tempelak Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini, apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menafikan Guan Eng mengenai hal tersebut yang tidak pernah dibawa apatah lagi diluluskan Kabinet.
Tegas Amzad, perkara sebesar itu tidak sepatutnya tidak dibawa ke pengetahuan Kabinet dan sekiranya kenyataan Dato’ Seri Azmin itu disebut secara salah, sudah tentu beliau sedia berdepan akibat dari tindakan undang-undang.
Beliau turut menyatakan bahawa jumlah sebesar itu dalam tempoh masa kurang 22 bulan menimbulkan persoalan sangat serius jika dibandingkan dengan kerajaan sebelumnya di mana mungkin terdapat unsur yang boleh menjejaskan negara.
Malah ujarnya, isu ini jauh lebih besar dan memerlukan penjelasan berbanding pelbagai isu yang cuba dialihkan kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 25/8/2020
PROJEK 6.61B: RILEK JE MENTERI KEWANGAN LONDEHKAN LIM GUAN ENG DI DEWAN.ANWAR BANGUN CELAH TAPI KENA
17 comments:
Dengar kabar zaman Umno BN dulu projek Direct Nego tak sampai 101 projek pun nilai tender pun dah lebih dari 6.01 billion. Cuba bro Ibnu Hisyam check
Betul tu. Terutama masa atok jadi pm. Atok pegi mana ada ringgit jer kat matanya. Tikar sejadah tak ujud. Bila tiada atok dalam umno, harap umno berubah untuk bangunkan islam dan bumiputera.
Masa BN direct nego banyak di lakukan masa 22 taun Atok jadi PM, bukan direct nego ajer, bailout beratus billion lagi tu... hang pa bayangkan yang kedai roti pun depa bailout...
22 bolan = 101 direct nego , klu 22 tahun haaah soalan matematik ni walaun unta cer kira jawapanya..!?
ex PM cipta sejarah wey.mana ada PM yg kena pi court sampai didapati salah.last2 12 tahun coming soon Sg Buloh.kikikiki.Errr,ex PM ni dulu dia Party mana?saja tanya.Tunggu apa Banduanku.hahaha
Zahid pon nk dekat 47 kes.semua pasai duit.Dah kaya lg nk kaya.last2 mendapat la.dia Party mana ya?saja tanya..kikiki
Party Pak Lobai dapat 100k.Seronok gila.MCA dapat 58juta,rilek ja.hahaha
Mana muka Jilat Juboq GE nak sorok?? Hiiiiiiiiiii
RM6 bilion kontrak: Kantoi Menteri Kewangan enggan dedah penerima
Oleh: Redzuan RF8 MediaAugust 25, 2020
Adakah Menteri Kewangan Tengku Zafrul cuba meniru taktik Noh Omar yg sebelum ini Noh Omar kantoi tidak berani nak dedahkan secara telus terperinci berkaitan jawatan GLC di zaman PH.
Kini Menteri Kewangan Tengku Zafrul cuba dakwa PH sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion TANPA MENDEDAHKAN SECARA TERPERINCI DI DALAM DEWAN RAKYAT.
Bila diminta senaraikan perjelaskan satu persatu 101 projek tersebut Noh Omar & Azeez Rahim cuba mengganggu…
Jangan pula nanti beliau cuba mengelak atau tidak berani mengeluarkan senarai penuh dan akhirnya isu ini senyap begitu saja spt kes NOH UDANG TUDUH PH BERKAITAN JAWATAN DLM GLC… NAMPAK TAK !!
๐ง๐๐๐จ๐๐๐ ๐๐ก๐๐.. Setelah disemak dgn mantan KSP ketika PH menjadi Kerajaan Persekutuan, Tan Sri Ahmad Badri bin Hj Zahir tidak tahu menahu mengenai RM6.61 billion dibayar kpd 101 buah syarikat. Sedangkan kuasa membayar pd tgn KSP dan bukan Menteri.
Jelas Kerajaan PN melalui Tg Zafrul telah BERBOHONG dalam Parlimen demi utk kaleh isu Kantoi Menteri PAS gagal kuarantin diri..
Kesalahan Berbohong dalam parlimen adalah kesalahan serious ‼️
Projek rundingan terus zaman PH adalah dari ๐ ๐๐ก๐๐๐ & ๐๐๐ก ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐น๐ถ๐ฏ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ป๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ.
Ini telah mengikut kriteria yang dibenarkan dan amalan standard iaitu:
Untuk keperluan yang mendesak.
Mestilah satu syarikat sahaja.
Syarikat tu mesti bumiputera dan layak.
๐ ๐ข๐ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ถ ๐๐ฎ๐ธ ๐ฑ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ท๐ฒ๐ธ ๐ฟ๐๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ก, ๐ฃ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ก? Biar kita tengok sama-sama
Amzad ni bijak sangat ker?..
Perbelanjaan projek dan perolehan bagi ATM dan bencana...
Nak tunggu mati baru nak bagi terus?..
121 projek infradtruktur runding terus yg di luluskan oleh BN dikluarkan era PH..
Tak bising pon
Tak ada atok najib dan 6 jahanam menyamun ..
Jumlah 72 tahun.
Najib kena penjara dan denda zahid merajuk kerana giliran dia akan tiba..
Zahid terus tak nak sokong PN lagi
Kikikk..
Kena desak zafrul letak jawatan...
Umum dlm parlimen mcm kat kedai kopi..
Main petik je angka 6 bilion. Tanya projek apa, xnak jawap.
Rafizi dlu siap bongkar kes 1mdb, solar, nfc dll. Termasuk dedah dokumen berkaitan. Smpi dia pulak kena dakwa.
Kang aku ckp zafrul ni bingai, melompat plk anjing Pasumno.
Apa2 pun di bawah menteri duit dap, malaysia dalam bahaya terutama bila ada operasi bumi hangus anjuran dap yg menyasarkan muslim dan bumiputra. Atok pun nak pindah bilion rm lagi, belum selesai. Oleh itu perlukan lagi jawatan pm atau anaknya jadi pm.
Operasi bumi hangus?? Tlg Jelaskan..
Ke ko main petik jgk mcm zafrul bingai tu??
Post a Comment