Thursday, August 13, 2020

Mainan video ciptaan anak tempatan

 

JOM KREATIF

KUALA LUMPUR: Syarikat pencipta permainan video tempatan, Metronomik bakal melancarkan permainan video sulungnya di peringkat antarabangsa berjudul ‘No Straight Roads’ pada 25 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Metronomik, Wan Hazmer Wan Abd Halim berkata permainan video ciptaan anak tempatan itu berkonsepkan muzik dan menampilkan pelbagai ciri Malaysia termasuk penggunaan seni dikir barat.

“Permainan video ini mengisahkan kumpulan kugiran rock yang mencipta muzik tulen menentang empayar Muzik Dansa Elektronik (EDM).

“Banyak unsur Malaysia diketengahkan dalam permainan video ini antaranya wayang kulit, lagu dikir barat dan disertakan dengan sari kata Bahasa Malaysia. Malah suara pelakon yang digunakan dalam permainan video ini juga anak tempatan,” katanya.

Wan Hazmer berkata demikian dalam program Temu Minda: ‘No Straight Roads’ Dalam Kerjaya Kreatif bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, sebagai moderator program itu yang disiarkan menerusi saluran televisyen RTM 1 malam tadi. 
 
Permainan video itu boleh didapati menerusi PlayStation 4, Nintendo Switch dan Xbox One. 

Dalam program itu, Wan Hazmer turut menekankan kepentingan anak muda menerokai bidang permainan video dalam usaha meletakkan bakat dan karya Malaysia setanding di peringkat antarabangsa. 

Saifuddin ketika menutup program itu turut mengakui bidang permainan video mempunyai masa depan yang cerah dan perlu diterokai lebih ramai belia.

“Kita mahu lihat kemajuan ekonomi kreatif semua bidang, daripada tradisi sampai paling terkini dan sangat menarik apa yang kita boleh peroleh tentang media baharu seperti permainan video antara industri kreatif terkini tetapi ada unsur tradisi diterapkan. Itu sesuatu sangat membanggakan,” katanya. – BERNAMA

Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik:  1 Hingga 3 E-Buku IH-10: Siri 1
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-53: Siri 2
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-68: Siri 3
E-Buku IH-123: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4) 

Hibur Hibur Sikit

3 comments:

Anonymous said...

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, langkah menyatukan kaum Melayu melalui usaha bergabung dengan Umno sebenarnya telah dilakukan sejak tahun 2011 lagi.

Bagaimanapun beliau menyalahkan dengan mendakwa ada di antara pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dahulunya berada di dalam Pas, tidak bersetuju dengan langkah tersebut.

“Saya yang mengusahakan penyatuan umat Melayu sejak 2011 lagi.

“Memang ramai dalam Pas yang tak setuju masa itu termasuk yang berada dalam PAN (AMANAH) sekarang. Alhamdulillah sekarang berhasil,” kata orang kanan Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu menerusi satu komen di facebook.

Sebelum ini, Pas menafikan sekeras-kerasnya andaian yang mengatakan parti itu akan bergabung dengan parti Umno.

Pada 2015, Pas menyifatkan isu yang digembar gembur mengaitkan parti itu akan bekerjasama apatah lagi bergabung dengan Umno. Ia hanyalah impian DAP semata-mata dan bukannya impian Pas.

Malah, Pas pada 2018 sekali lagi mendakwa tuduhan berkenaan sebagai fitnah dan ianya adalah rekaan jentera Pro-DAP sejak tahun 2007 lagi untuk memberi persepsi buruk kepada mereka.

Bagaimanapun semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mendedahkan usaha untuk Pas bekerjasama dengan Umno telah dimulakan sejak tahun 2015 lagi khasnya sebaik sahaja beliau jadi Setiausaha Agung parti.

Beliau berkata, Muafakat Nasional (MN) yang menggabungkan Pas dan Umno perlu dipertahankan sampai bila-bila sebagai benteng kekuatan orang Melayu di negara ini.

“Usaha ke arah penyatuan Melayu dimulakan sejak 2015 selepas saya diamanahkan sebagai Setiausaha Agung Pas, usaha itu atas arahan Presiden,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Pas Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKB BRI semalam.

Anonymous said...

Penafian
Dulu
Macam org gila

Anonymous said...

Hanya puak kafir harbi roket dan khadam munafik liberal mereka yang suka mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk melaga-lagakan parti Islam dengan parti Melayu dan memecah-belahkan dan melemahkan kaum Melayu Islam kerana musuh Islam tahu perpaduan umat Islam akan menghalang cita-cita jahat musuh Islam untuk berkuasa dan menindas agama Islam dan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails