Bukit St Paul.. Via JomJalan
PERTUKARAN NAMA BUKIT ST PAUL KE BUKIT MELAKA DITENTANG MCA, INI CERITANYA
Sejarah takkan terubah walaupun kita dah tukar nama sesebuah kawasan tu. Begitulah kesimpulan Institut Warisan Melaka (INSWA) berkenaan usaha nak tukar semula nama Bukit St. Paul menjadi Bukit Melaka.
Bila kita cakap pasal sejarah ni, satu-satunya yang kita kena berhati-hati adalah tafsiran fakta. Kalau sekadar nak tukar nama ataupun pindah lokasi; kedua-dua benda ni adalah normal dalam usaha kita nak pelihara sejarah sendiri.
Bila kita cakap pasal sejarah ni, satu-satunya yang kita kena berhati-hati adalah tafsiran fakta. Kalau sekadar nak tukar nama ataupun pindah lokasi; kedua-dua benda ni adalah normal dalam usaha kita nak pelihara sejarah sendiri.
Tapi ada pulak yang berkeras nak bantah penukaran nama tu…
Melaka memang dah bandar bersejarah dan lokasi warisan negara, penukaran nama tu tak salah pun
Baru-baru, muncul cadangan nak tukar nama Bukit St Paul tu kepada Bukit Melaka daripada Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan harapan ia dapat kembalikan semula fakta sejarah yang sebenar selepas beratus tahun telah jadi warisan legasi penjajah dengan penggunaan nama “St. Paul” tu.
Mengikut Perzim, penukaran nama tersebut jugak baik sebab ia takde kaitan dengan mana-mana agama dan bangsa. Kalau diikutkan dari catatan lama, nama asal Bukit St. Paul tu adalah Bukit Melaka. Ia telah dilaporkan dalam catatan penulis Portugis bernama Eredia, dan jugak pernah tertulis dalam Sulatus Salatin yang merupakan kitab penting sejarah Melayu.
Namun begitu, cadangan penukaran nama ni dibantah MCA. Kata Nurman Mohd Baroldin yang merupakan Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA);
"Siapalah MCA yang nak mempertikaikan usaha Perzim sedangkan apa yang dilakukan berdasarkan fakta sejarah. Tapi kalau ia dicampurkan emosi, keagamaan dan lain-lain yang akan mempengaruhi, mereka akan membantah.
Seharusnya perkara ini dipandang secara positif. Apabila kita positif dan berpegang pada sejarah tanpa mengira kaum kita pasti bersetuju untuk kembalikan nama Bukit Melaka,”-Seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 25 Julai'
Kawasan Bukit St. Paul.. -Via Asia for Visitors
"MCA pulak mempertahankan pengekalan nama Bukit St. Paul atas sebab nama tu dah popular dan diiktiraf antarabangsa. Dikhuatiri pulak kalau ditukar namanya, ia akan menukar sejarah jugak. Bantahan ni jugak bersandar pada sebab-sebab tersendiri yang difikirkan oleh MCA Kota Melaka. Kata Naib Pengerusinya, Datuk Ronald Gan;
Sejak dahulu lagi nama Bukit St Paul sudah digunakan. Jadi, tiada keperluan untuk mengubah sejarah yang tercipta sejak sekian lama. Ini bukan isu perkauman atau bangsa, tapi kita nak generasi akan datang tahu mengenai nama bukit yang sudah wujud sekian lama ini.
“Perlu faham, dakwaan yang mengatakan nama Bukit St Paul bukan untuk mengagungkan gereja juga adalah tidak tepat memandangkan gereja di atas itu hanya tinggal rangka bangunan sahaja dan bukannya tempat ibadat,”- Seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 24 Julai
Tengah tunggu laporan penuh, ada yang kata kenyataan MB Melaka hambar sambil beri ‘peringatan’ pada MCA
Pertikaian mengenai cadangan penukaran nama tu mendapat perhatian ramai pihak. Susulan wujudnya bantahan dari Perzim dan MCA, MB Melaka macam nak kurangkan sikit ketegangan tu dengan menyatakan bahawa cadangan tu masih diteliti lagi. MB Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali kata cadangan tu perlu diteliti lagi dengan lebih mendalam serta kena wujud perbincangan oleh pelbagai pihak.
Bagi mereka yang macam tak puas hati pulak, diorang siap kata kenyataan MB Melaka ni hambar sangat sebab dilihat tak cerminkan rakyat yang mahukan perubahan kepada tempat bersejarah. Kami rasa takde masalah nak tukar nama kalau disertai dengan sebab-sebab yang masuk akal. Korang rasa macam mana? Patutkah nama tempat-tempat bersejarah ni ditukar?
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..
2 comments:
Banyak tempat di perak telah kembali ke nama asal sebelum kedatangan penjajah. Penjajah tak perlu tukar sejarah asal negara ini. Bila british merompak negara ini dalam bentuk penjajahan, mereka tukar juga nama tempat sempena nama yg menjajah. Selepas merdeka eloklah ditukar supaya generasi muda tahu asal usul negara ini ialah tanah melayu yg punya nama nama tempat yg juga kemelayuan. Buang saja nama peninggalan british, dan kembali semula ke jati diri melayu.
Penjajah British mengimport pendatang asing ke Tanah Melayu untuk menolong penjajah British menjarah kekayaan dan sumber alam untuk dilarikan ke England.
Post a Comment