Mohd Zaidi tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. - Foto Hazreen Mohamad
TANJUNG MALIM: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, 43, tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Beliau tiba di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malam di sini, pada jam 8.55 pagi.
Calon Bebas yang mewakili kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, pada jam 8.59 pagi.
Calon Bebas yang mewakili kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. - Foto Hazreen Mohamad
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai. Pengundian ditetapkan pada 29 Ogos.
Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
PRK Slim adalah PRK ke-12 selepas PRU Ke-14 dan yang kedua buat Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac lalu.(BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana Calon PH atau Pakatan Harapan? Pandai baling batu sembunyi taangan? Takut kepada kenyataan?
Pastikan ahli pas dan bersatu kibarkan bendera BN demi memenangi prk nanti. Pastikan calon umno parti keramat orang melayu diangkat sebagai pemimpin. Ini kewajipan kamu.
ReplyDeleteIngat kibarkan bendera BN seperti dalam majlis perasmian dan arahan presiden kami dato seri zahid hamidi.
Parti keramat melayu pasti menggegarkan tanahair. Apapun yg berlaku semua parti serpihan umno akan kembali mengangkat martabat umno. Pas, bersatu telah kembali. Insyaallah org melayu dalamnpkr akan kembali!
Hidup umno!
Yaa .wajib sokong penyamun! Haha355
Delete