Mangsa mengakui berbogel dalam satu panggilan video kepada seorang wanita. -Ini gambar lain.
Padah wanita berbogel dalam panggilan video
KL: Polis menahan reman dua individu yang dipercayai terlibat dalam pemerasan ke atas seorang wanita membabitkan satu video bogel di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek lelaki berusia 27 tahun dan wanita berusia 30 terbabit ditahan semalam selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 22 tahun pada 9 Ogos lalu.
“Mangsa membuat laporan polis bahawa dia menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang wanita meminta bayaran RM10,000 sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video bogel mangsa.
“Mangsa mengakui berbogel dalam satu panggilan video kepada seorang wanita melalui aplikasi mesej TAM TAM sebelum ini,” kata Nik Ezanee dalam kenyataan hari ini.
Katanya kedua-dua suspek direman tiga hari dan kes disiasat menurut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
-- BERNAMA
5 comments:
Bini orang pun dia nak sapu..
Siapa orang tu?
Bang non ker? Ada report baru untuk bang non. Kepimpinan pas bersih, cuma khadam dap suka buat fitnah seperti lazim. Dulu, kini dan selamanya pakar fitnah.
Motar snake la. Kote sang ulama tak mengenal mangsa..haha
Kuat khadam buat fitnah. Belajarlah jadi baik.
Yang ni kelakar..kah355
Post a Comment