Wednesday, August 05, 2020

PENJANA mampu kurangkan jumlah pengangguran


KUALA LUMPUR: Pasca pandemik Covid-19 menyaksikan penguncupan ekonomi yang menyebabkan pengurangan tawaran pekerjaan yang mendadak, peningkatan pengangguran dan kehilangan pekerjaan.

Berdasarkan kajian, satu dari lima rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan disebabkan wabak pandemik Covid-19.

Namun, tindakan kerajaan mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sedikit sebanyak mampu mengurangkan jumlah pengangguran dalam negara.

“Saya menyambut baik usaha kerajaan bagi mengurangkan jumlah pengangguran antaranya melalui PENJANA di mana tiga daripada lima skim di bawah PENJANA khusus untuk tangani pengangguran.

“Berdasarkan jawapan Menteri Sumber Manusia hari ini, seramai 5,390 orang telah berjaya ditempatkan di bawah program “Place and Train” yang merupakan salah satu daripada lima skim tersebut.

“Manakala empat yang lainnya adalah Upskilling and reskilling, SME Development, B40 Development dan Gerak Insan Gemilang,” kata Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir (gambar di atas) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, langkah kerajaan yang menyekat kemasukan pekerja asing mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Langkah kerajaan dengan memberhentikan kemasukan pekerja asing sehingga hujung tahun ini sekaligus menambah peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

“Ia merupakan salah satu langkah bijak dalam menangani isu pengangguran,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Shaharizukirnain menegaskan agar semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya dalam menyokong dasar dan langkah kerajaan dalam mengurangkan isu pengangguran dengan menyambut segala peluang yang disediakan sebaik mungkin.- HARAKAHDAILY 4/8/2020

Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails