WRIT saman pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff kepada 10 orang pemimpin DAP, 10 orang pemimpin Amanah dan dua buah portal telah dikeluarkan secara serentak oleh mahkamah pada 28 Julai lalu.
Menurut Kamarul Zaman, writ saman itu membuktikan bahawa beliau tegas dalam tindakan untuk menyaman kesemua mereka yang didakwa telah memfitnahnya di media sosial dan artikel dalam talian sejak tahun 2017
“Kepada mereka yang mempermain-mainkan tindakan saya menyaman 10 pemimpin DAP, 10 pemimpin Amanah dan dua portal berita, sukacita saya maklumkan bahawa writ saman terhadap mereka telah dipohon dan dikeluarkan oleh mahkamah secara serentak pada 28 Julai lalu,” kata Kamarul Zaman,
Pemimpin DAP yang menerima writ saman tersebut adalah Lim Kit Siang, Teresa Kok Suh Sim, Chong Chieng Jen, Wong Kah Woh, Lim Lip Eng, P. Ramasamy, Syerleena Abdul Rashid, Arifin S M Omar, Abdul Aziz Isa Marindo dan Mohd Farid Bin Mohd Azmi.
Manakala pemimpin Amanah yang menerima writ saman daripada Kamarul Zaman adalah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, Khalid Abdul Samad, Mohamed Hanipa Maidin, Zolkharnain Abidin, Jamzuri Ardani, Mohd Fitri Bin Asmuni, Wan Anwar Wan Ibrahim, Siti Fatihah Salahuddin, Abdul Rahman Abdul Talib dan Hussin Jan.
Dua portal berita yang disaman adalah Dateline Media Group Sdn Bhd dan wartawan portal itu Arif Atan serta MKini DotCom Sdn Bhd dan wartawan portal tersebut, Steven Gan.
“Kepada semua defendan, sukalah saya ingatkan bahawa saya tidak akan sama sekali merasa gentar mahupun berundur walaupun anda semua adalah diwakili oleh para peguam yang mempunyai nama-nama besar,” kata Kamarul Zaman.-SM
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 24 -H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO
Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
15 comments:
Terbaik dan mantap Dr Kamarul Zaman Yusoff ! Kita sentiasa menyokong tuan kerana keberanian tuan mendedahkan kebenaran.
Jangan persenda pas. Jangan persenda umno. Yg penting jangan persenda orang melayu. Kepada atok tua dan atok muda dan kelompok pan, jangan persenda orang melayu.
Mantap..lenyapkan umno pas bersatu
Kes fgv, melayu tipu melayu
Ni prof kangkung. Baru kena jeling dgn atok dah jadi ayam berak kapur!
Keh3
Dia boleh saman orang tapi orang tak boleh saman dia, cepat2 mohon maaf!! Kepala hangguk dia le....ini proff kangkong!!
Rba marah org dia kena saman
RBA menyalak histeria kerana boss dan media propaganda mereka kena saman. RBA menyalak bukit Woof 1000 Kali , bukit tak runtuh, RBA pula yang tergolek sawan babi.
Dalam seribu melayu ada sorang melayu yg korup. Macam dalam majoriti melayu sokong melayu, ada segelintir sokong dap dan khianat kepada bangsa sendiri.
Dlm 1000 dap ada berpuluh yg Islam. Tp abis suma dikapirkan lebai.
Tp dlm PN ada 2 Mca, abis suma pasumno jadi khadam Mca. Hahaha355
So ruu355 sm hudud apa citer?
Fitnah lagi
Tapi yg teruk lagi ada yg ikut kafir semata mata nak jadi pm. Dan dapat sokong dari pan yg keluar pas kerana nak ikut kafir dan tentang ruu355.
Org tua umur 93 hadir terus tertunduk, terdiam & ada peminat? Kihkihkih..lawaknya. kebenaran bukan dgn takutkan sape2, tak kira umur, jawatan, dan segala galanya..sampaikan walau 1 ayat. Kesian sgt2 kepada peminat dr kamarul tu
Najib tak tipu melayu ke? Sampai sekarang tak berenti menipu bangsa sendiri
Post a Comment