Saturday, August 15, 2020

Perjanjian UAE-Israel Adalah Khianat. -Erdogan

 Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, seorang Muslim yang juga penyokong kuat hak Palestin sudah lama mengkritik dasar Israel di Tebing Barat. Foto AFP Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, seorang Muslim yang juga penyokong kuat hak Palestin sudah lama mengkritik dasar Israel di Tebing Barat. Foto AFP

ISTANBUL: Turki mengecam perjanjian antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di mana negara Yahudi berjanji untuk menangguhkan peluasan wilayahnya di tanah Palestin sebagai pengkhianatan hipokrit terhadap perjuangan Palestin.

"Walaupun berusaha untuk menunjukkan seolah-olah berkorban untuk Palestin, UAE mengkhianati perjuangan Palestin untuk memenuhi kepentingannya yang sempit.

"Sejarah dan ingatan masyarakat yang tinggal di rantau ini tidak akan dilupakan dan tidak akan pernah memaafkan tingkah laku hipokrit ini," kata kementerian luar negeri Turki dalam satu kenyataan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, seorang Muslim yang juga penyokong kuat hak Palestin sudah lama mengkritik dasar Israel di Tebing Barat.

Beliau menuduh beberapa wilayah Arab pada Januari lalu melakukan 'pengkhianatan' dengan menyokong rancangan perdamaian Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang kontroversi.

Kementerian luar negeri mengatakan, pihaknya begitu bimbang bahawa UAE, melalui tindakan unilateralnya akan menghentikan Inisiatif Damai Arab yang dibangunkan oleh Liga Arab dan disokong oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). - AFP

Hibur Hibur Sikit

6 comments:

Anonymous said...

Adakah UAE juga terlingkung dalam arah akan terbitnya tanduk syaitan?

Harap ada yang ALIM dapat mengulas!

Anonymous said...

bukan tanduk setan mme setan pun

Anonymous said...

Orang puteh berbondong2 datang kenegara ni!

Mereka dah mula pakai separuh bogel ditepi2 pantai dan dipadang pasir?

Anonymous said...

Selain Tun didesak letak jawatan Perbalahan kroni siapa yang ambil alih PLUS punca PH pecah. Hapuskan tol

Konflik dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkait rancangan Dr Mahathir Mohamad untuk menerima bidaan syarikat konglomerat Maju Holdings mengambil alih PLUS Malaysia Bhd disebut oleh Bloomberg sebagai salah satu sebab gabungan politik itu berpecah minggu lepas.

Cadangan itu ditentang oleh DAP “berikutan rekod lampau Maju Group dan hubungan rapatnya dengan Mahathir”.

“Akhirnya Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan masa itu menolak semua bidaan ke atas PLUS dan menstruktur semula konsesi tersebut untuk mengurangkan kadar tol lebuh raya, bukan menghapuskannya,” kata laporan itu.

Pada Januari, Putrajaya membuat keputusan untuk tidak menjual lebuh raya sepanjang lebih 800km yang dimiliki oleh PLUS, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), lebuh raya ELITE dan jambatan Pulau Pinang.

Sebaliknya Mahathir mengumumkan bahawa PLUS akan kekal dengan 2 pemiliknya, iaitu dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional yang menguasai 51% melalui UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki 49% kepentingan, sementara kadar tol dikurangkan sebanyak 18% dengan jaminan tiada kenaikan untuk tempoh 30 tahun lagi.

Akhirnya rakyat jadi mangsa, sistem gatery yang tidak efficiant, lembab dan sesak disemua laluan keluar masuk tol.

Sistem gatery lorong smart tag yang tidak efficent dan out dated. Kerajaan ada dana yang sangat besar seperti yang dinyatakan oleh menteri Kewangan Zafrul di sidang parlimen.

Tak perlukan bon samurai atau bon panda. Ternyata Tun dan Lim Guan Eng penipu.

Hapuskan tol..!!

Anonymous said...

Dapig pun proxy yahudi. Hanya liberal jer yg percaya kat dapig dan sanjong dapig. Kerana apa. Kerana ada kesusaian jiwa antara liberal dan dapig.

Anonymous said...

Kejayaan hadi awang setelah dilantik duta bertaraf menteri timur tengah. Tak bersuara dan dpt saham Kejayaan menyatuakan uae-israel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails