Sunday, August 23, 2020

PRK DUN Slim: Sokongan Melayu, Cina, India, PN Bakal Menang Besar...

Lima setiausaha agung yang menyokong Perikatan Nasional berkongsi pentas, dari kiri Datuk Chong Sin Woon (MCA), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (BERSATU), Tan Sri Annuar Musa (BN), Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) dan Datuk M Asojan (MIC) di Dewan Serbaguna Felda Trolak Utara. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam

PRK Slim: 5 setiausaha agung parti berkongsi pentas

TANJUNG MALIM: Lima setiausaha agung parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat julung kalinya berkongsi pentas bagi menterjemahkan semangat Muafakat Nasional (MN) dan PN dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, malam tadi.

Program itu menampilkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)), Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Datuk Chong Sin Woon (MCA) dan Datuk M Asojan (MIC).

Yang turut hadir calon BN bagi PRK DUN Slim, Mohd Zaidi Aziz.

Ceramah yang diadakan di Dewan Serbaguna Felda Trolak Utara, antara lainnya menyentuh isu kerjasama parti PN demi kepentingan negara dan rakyat.

Hamzah berkata, perjuangan yang dibawa adalah untuk kepentingan rakyat tidak mengira bangsa.

"Kita akan terus bersatu dan penyatuan ini bukan untuk parti tetapi untuk kepentingan rakyat seluruh negara tidak mengira bangsa dan masa depan kita bersama.

"BERSATU telah bersetuju menyertai Muafakat Nasional. Jemputan ini kita terima kerana mereka ikhlas, dengan adanya muafakat yang lebih besar ini akan menentukan kejayaan bukan pada pilihan raya ini tetapi mana-mana pilihan raya selepas ini," katanya.

Takiyuddin pula berkata, kerjasama itu adalah petanda kesepakatan antara semua parti dan menzahirkan tekad dan niat pemimpin untuk terus membela rakyat.

Justeru katanya, penyokong PAS digesa keluar mengundi calon BN supaya kemenangan dapat diraih dalam PRK itu.

Sementara itu Annuar berkata kesediaan UMNO dan PAS bergabung membentuk gabungan yang lebih besar terutama dengan BERSATU berjaya menyelamatkan negara.

Katanya, kerajaan baharu yang terbentuk di bawah kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan gabungan pengalaman anggota Kabinet berjaya mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Asojan berkata, pemerintahan di bawah PN ketika ini membuktikan negara dibawa ke arah kecemerlangan terutama ketika diuji dengan wabak COVID-19.

Sin Woon pula menyifatkan sejarah tercipta apabila lima setiausaha agung berkongsi pentas demi merealisasikan impian rakyat di negara ini yang mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan mampu mendukung masa depan negara.

Katanya, sokongan semua kaum iaitu Melayu, Cina dan India dalam PRK DUN Slim bakal memberi kemenangan majoriti yang lebih besar, apatah lagi dengan adanya hubungan pemuafakatan PN dan MN sudah tentu mampu menstabilkan politik negara. (BH)

Hibur Hibur Sikit

8 comments:

Anonymous said...

BAGAIMANA AT TAKIRI DI KOMPAUN PADA 7 OGOS ,SEDANGKAN ISUNYA DIBANGKITKAN PADA 18 OGOS?
Ramai rakyat Malaysia terkejut dengan kenyataan Kementerian Kesihatan yang menyatakan kompaun RM1,000 telah pun dikeluarkan kepada Datuk Khairuddin pada 7 Ogos 2020 dan beliau telah pun menjelaskan bayaran kompaun ini.
Soalan saya ialah, saya bangkitkan isu berkenaan Datuk Khairuddin tidak mematuhi perintah kuarantin 14 hari selepas pulang dari Turki di Dewan Rakyat pada 18 Ogos 2020, selama ini Ketua Pengarah Kesihatan hanya berkata Kementeriannya tengah menyiasat pelanggaran perintah kuarantin oleh menteri tersebut.

Anonymous said...

Penulis masih mimpi....tak tengok video Zaharin Yassin sang Kelembai yg lebih relevan...

Anonymous said...

Sebenarnya puak Pee H merasa malu, sakit hati dan dengki dan mencipta fitnah terhadap:

(1) Kuala Nerus kerana Kuala Nerus berjaya menjadi menteri yang bijaksana Dan berjaya sekolahkan puak Pee H.

(2) kerajaan PN kerana PN berjaya mencegah covid-19 dan menjaga kebajikan rakyat di waktu PKP.

Sebaliknya kera Jaan Pee H sibuk mengimport puak China Komunis bersama covid-19 masuk ke Msia pada waktu covid-19 sedang merebak di negara China komunis. Bukankah ini tindakan bunuh rakyat Msia ?

Malangnya tahi yg ditinggalkan oleh Pee H terpaksa dibersihkan oleh kerajaan PN.

Anonymous said...

RBA adalah kepala bapak hipokrit kerana tidak mempersoalkan tindakan kera Jaan Pee H membebaskan

(1) pemimpin DA-Pigs yang terlibat dalam pertubuhan pengganas Hindu LTTE dari dakwaan mahkamah.

(2) gonna end dari dakwaan mahkamah.

(3) dll

Anonymous said...

Atakiri lobai Q7 berjaya ulang tayang idea minum sawit....tak de kepandaian sendiri..

Ahli MT umno Puad gergasi pon kecam mp Pas kuala Nerus...

Darjat menteri tinggi disisi undang2 kera jaan Tebuk Atap...rule oleh law tebuk atap..

PN malas kutip kluster tabligh....tabkigh bawak covid keseluruh negara hingga india...


PN berjaya cegah covid?...kikikik...

Mcm2 kluster baru....kluster tawar masan sivagangga muda tua...

Anonymous said...

Dah pandai salahguna kuasa
Tak lama lagi korup..

Anonymous said...

Jika RBA 1:03 ternakan parti kafir rasis DA-Pigs mahu mendedahkan kebodohan puak DA-Pigs sendiri pun agak-agaklah, simpanlah sedikit kebodohan kamu untuk keturunan kamu. ������

(1) Rakyat telah lama makan minyak sawit yang terkandung dalam makanan bergoreng dll maka idea minum minyak kelap sawit telah dicetak rompak oleh puak DA-Pigs.

(2) Negara pimpinan kerajaan baharu bersifat demokrasi maka rakyat bebas bersuara. Malangnya DA-Pigs dan RBA menyalah-gunakan demokrasi untuk menfitnah parti Islam dan parti Melayu dan kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu.

(3) Kerajaan tebuk atap adalah lebih baik dari KERA jaan jam ban Pee H yang kencing amanat rakyat dengan pelbagai janji palsu kerana kononnya manifesto bukan kitab suci.

(4) Kerajaan PN telah berjaya merawat dan mengawal kluster tabligh yang wujud kerana KERA jaan Pee H beri kebenaran untuk puak tabligh berkumpul di waktu covid-19.

(5) RBA menyalak histeria kerana mengidap penyakit mental kronik sejak Pee H tumbang baham tanah. Kasihan.. ������

Anonymous said...

Ya setuju KERA jaan jam ban Pee H dah pandai salahguna kuasa dan semakin korup dengan pelbagai skandal seperti skandal ban glo, tero wong, Jual aset negara dan aset umat Islam dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails