Sunday, August 30, 2020

Rasuah&Covid 19, Rakyat Israel Desak Benjamin Netanyahu Letak Jawatan.

 Penunjuk perasaan enggan beredar ketika diminta bersurai oleh pihak berkuasa dalam demonstrasi antikerajaan di hadapan kediaman Perdana Menteri Israel di Baitulmaqdis bagi mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meletak jawatan. - Foto AFP Penunjuk perasaan enggan beredar ketika diminta bersurai oleh pihak berkuasa dalam demonstrasi antikerajaan di hadapan kediaman Perdana Menteri Israel di Baitulmaqdis bagi mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meletak jawatan. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Ribuan rakyat Israel melancarkan tunjuk perasaan bagi mendesak Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meletak jawatan.

Tunjuk perasaan yang berlangsung di luar kediaman rasmi Perdana Menteri itu susulan Netanyahu yang dituduh dengan kes salah laku rasuah selain gagal mengendalikan krisis COVID-19.

Baitulmaqdis menjadi lokasi utama tunjuk perasaan menyaksikan peserta berkumpul di pintu masuk bandar itu dan berarak ke kediaman rasmi Netanyahu.

Mereka berarak sambil mengibarkan bendera Israel dan bendera hitam sebagai simbol gerakan 'Enough with Division' dan 'This is not politics, this is crime' seperti terpampang di plakad dibawa penunjuk perasaan.

Terdapat juga tunjuk perasaan dalam kumpulan kecil berlangsung di beberapa kawasan di Israel termasuk di kediaman peribadi Netanyahu dekat bandar Caesaria.

Bagaimanapun, Netanyahu menepis desakan mengundurkan diri sambil mendakwa tunjuk perasaan itu berpunca daripada pengikut berhaluan kiri termasuk dicetuskan media.

Kerajaan gabungan Netanyahu selamat seketika selepas perjanjian dengan 'perdana menteri gantian', Benny Gantz yang juga pesaing dan rakan gabungan utamanya.

Israel pada awalnya mampu mengawal penularan COVID-19 ketika fasa pertama pada musim bunga, namun pembukaan semula ekonomi terlalu pantas Mei lalu mengakibatkan lonjakan kes mendadak.

Negara Yahudi itu bergelut dengan jumlah jangkitan yang mencecah 113,000 kes dan kematian pula semakin hampir dengan 1,000 kes.

Antara yang menyertai tunjuk perasaan itu adalah pemilik perniagaan, peniaga kecil, usahawan terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19 di negara itu.

Turut terkesan adalah kadar pengangguran di negara itu yang melebihi 20 peratus.

Tahun lalu, Netanyahu didakwa atas kesalahan rasuah, penipuan dan pecah amanah dalam tiga siasatan rasuah. Kes itu turut meningkatkan momentum tunjuk perasaan kali ini.

Ramai penunjuk perasaan mendesak Netanyahu tidak lagi berkhidmat sebagai perdana menteri ketika beliau didakwa dengan kes salah laku yang serius. - AGENSI

Hibur Hibur Sikit

7 comments:

Anonymous said...

Kat malaysia, rakyat desak menteri lebai Q7 letak jawatan. Buat boddow je mcm anjing mca.

Anonymous said...

Apa motif ibnu bawa keluar Berita ni? Nak minta Khairudin letak jawatan @ nak desak gerombolan yang rasuah letak jawatan?

Anonymous said...

Tahniah abah. Kita mengorak langkah ke arah lebih sejahtera. Tinggal dungu2 khadam dap yg tak sudah2 caci maki lebai2. Biarkan mereka ditakok lama macam atok yg dah lalai dan nyanyuk. Falsafah politik atok sudah hanyut ditelan zaman. Retorik pejuang yg konsepnya pujawang.

Anonymous said...

Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings telah dijual oleh kerajaan ph kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta.

Harga jualan hotel 4 bintang 400 bilik di atas tanah hakmilik bebas terletak di kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur ini bukan pada harga baik dan hanya pada harga rizab sahaja.

Anonymous said...

La pa bingung, hukuman di Malaysia sekarang bersumberkan al-quran (HUDUD).....
Terima kasih PAS bawa HUDUD.

Anonymous said...

Kalo lembu2 ternakan pasumno masih blm hadam artikel. Blogger ni sindir menteri Q7

Anonymous said...

Sindir orang liberal tiada makna. Perosak aqidah dan akhlaq.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails