Sunday, August 09, 2020

Selamatkan negara, angkat kepemimpinan Melayu, Islam

 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Selepas sekian lama bercakaran, kumpulan 'songkok hitam' dan 'kopiah putih' akhirnya dapat mencari titik persamaan. Serang menyerang berganti kemesraan, kutuk mengutuk tidak lagi kedengaran. PAS dan UMNO menggerakkan kerjasama sehingga tertubuhnya Muafakat Nasional (MN) yang kemudian berjaya bertapak di Putrajaya. Walaupun teras kerajaan sekarang masih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), kerjasama PAS dan UMNO itu dilihat strategi bijak untuk menambat hati kaum majoriti di negara ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkongsi sejarah dan perkembangan PAS dengan wartawan BH, Nazura Ngah dan Mohd Iskandar Ibrahim termasuk pakatan dengan pelbagai organisasi siasah lain seperti DAP dan PKR yang kini menjadi seteru serta siapa musuh politik parti itu sekarang.

S: PAS kini dalam keadaan tiada 'musuh politik total' kerana sudah bersama dua parti mewakili Melayu. Apakah ini turut mengubah pengisian politik PAS?

J: Tidak mengubah, malah memperkasa politik PAS kerana dalam kefahaman orang Melayu, orang Melayu itu Islam, Islam itu orang Melayu. Walaupun Islam itu lebih luas daripada lingkungan bangsa Melayu, tetapi inilah kefahaman orang kita dan ini memudahkan lagi perjalanan kita untuk meletakkan Islam Melayu memimpin kerana dalam politik Islam, mestilah orang Islam yang memimpin dan kaum yang mendominasi dalam masyarakat. Macam dulu, dominasi ialah orang Arab Quraisy. Apabila jumlah orang Islam bertambah berbanding kaum lain, berubah kepada bangsa Kurdish, Turkish. Maka dalam realiti tempat kita, ia adalah alam Melayu yang mana jumlah umat Islamnya seramai 300 juta (negara Islam). Di Malaysia, Melayu termasuk Bumiputera, Bumiputera itu rumpun Melayu. Rumpun Melayu mewakili hampir 70 peratus penduduk. Oleh itu, mereka kelompok dominasi yang besar dan patutnya mereka memimpin negara. Maka, sebab itu pendekatan gabungan parti Melayu Islam sangat penting. Oleh kerana Islam bercirikan 'ad-din', lebih luas daripada perkataan religion, dengan itu kita menerima kewujudan masyarakat majmuk. Mesej Islam itu ialah kepada seluruh manusia, bukan satu kaum saja, bukan satu agama saja, tetapi termasuk penganut pelbagai agama. Ini dilakukan Nabi Muhammad SAW ketika menegakkan Islam, berhijrah ke Madinah, membabitkan penyatuan orang Islam sendiri, iaitu Muhajirin dan Ansar, menjadi kaum yang bersatu. Kita berjaya membuktikan konsep 'ad-din' untuk semua dan akhirnya kaum lain masuk Islam.

S: Jadi, pihak manakah dianggap musuh (politik) ketika ini. Adakah Parti Amanah Negara (AMANAH), iaitu serpihan PAS sendiri atau DAP?

J: Kita tidak mahu menentukan (menyebut) nama, tetapi siapa saja yang anti-Islam, sama ada secara 'total' atau Islamofobia, dia- lah yang menjadi musuh. Orang boleh berubah, manusia boleh berubah, parti pun boleh berubah. Hari ini dia menentang, esok dia sokong, tetapi prinsip dan konsepnya ialah siapa yang anti-Islam ataupun berfahaman salah terhadap Islam, yang menghalang cita-cita Islam untuk memimpin, merekalah musuh kita, termasuk orang Melayu sendiri. Kita berpengalaman dengan DAP dalam masa panjang sejak 1990-an. Apa yang berlaku ialah DAP banyak campur hal orang Islam walaupun Perlembagaan menyatakan hak orang Islam boleh melaksanakan ajaran, syariat mereka. Orang bukan Islam ada hak sendiri, ini ada dalam Perlembagaan. Namun, setiap kali kita nak laksanakan agenda Islam walhal untuk orang Islam saja, DAP menentang. Apa yang menarik ialah termasuk kalangan yang mahu sokongan bukan Islam ini, turut terikut sama.

S: Suatu ketika dulu, ada pemimpin PAS menyebut mahu 'melelong' kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya, tetapi kini PAS sendiri menjadi sebahagian daripada Putrajaya (kerajaan). Apa yang mematangkan politik PAS?

J: PAS tidak memisahkan pemimpin dan ahli kerana kita ada agenda tarbiah yang mengeratkan hubungan antara pemimpin dan ahli. Dalam parti kita ada walak, baiah, kesetiaan. Banyak amalan politik Islam yang kita perkenalkan kepada ahli. Ini mewujudkan suasana yang dilihat oleh masyarakat dan PAS boleh membuat keputusan dengan mudah berbanding parti lain dalam semua keadaan. Ini boleh dilihat dalam kenyataan pimpinan, ia dapat dikawal dengan lebih baik berbanding parti lain. Ini sangat positif. Pemimpin berubah tetapi dasar parti tidak berubah.

S: Berdasarkan pengamatan dan pengalaman politik Datuk Seri, bila agaknya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal diadakan. Adakah sudah ada perbincangan antara parti dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya agihan kerusi?

J: Saya menyokong PRU-15 dalam masa terdekat berdasarkan keadaan kerajaan kini yang tidak kukuh, berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan, yang mana sokongan kepada kita amat meningkat. Berdasarkan keadaan ini, PRU-15 mesti diadakan segera. Perbincangan (peringkat) dasar sudah dibuat. Kita bersetuju pada dasarnya semua parti dalam komponen kita, pertama pastikan pertandingan dua penjuru, kedua calon Perdana Menteri adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Cuma di mana tempat bertanding (kerusi) perlu dibincangkan lebih terperinci. Perbincangan ini membabitkan semua. Lebih awal perbincangan dengan MN, tetapi ini semua membabitkan PN, sebab MN tidak membabitkan Sabah dan Sarawak, berbeza dengan PN yang merangkumi semua.

S: Bagaimana Datuk Seri melihat politik Sabah. Adakah PAS berpeluang meraih sebarang kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN)?

J: PAS sudah wujud di Sabah dan pernah bertanding di Sabah. Keberadaan PAS di Sabah tidak perlu dipertikaikan lagi, cuma bagaimana perbincangan rakan-rakan dalam PN. Itu saja. Apa yang penting bagi PAS ialah pastikan (pertembungan) dua penjuru dan pastikan kita menang di Sabah.

S: Dalam pertemuan dengan Muhyiddin selaku Presiden BERSATU dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Presiden UMNO baru-baru ini, adakah dasar dua penjuru itu dipersetujui kedua-dua pemimpin ini.

J: Ini (dasar dua penjuru) sudah diputuskan dalam program parti PN. Semua sudah bersetuju dalam perjumpaan bulan lalu. Ia masih terpakai. Keyakinan saya, ia masih terpakai sebab yang buat keputusan adalah pimpinan parti, bukannya peringkat kawasan, cawangan.

S: Apa lagi yang dibincangkan pada pertemuan itu. Adakah termasuk tarikh mengadakan PRU?

J: Lebih kepada menyelamatkan negara. Mesti diselamatkan dengan (mengangkat) kepemimpinan orang Melayu dan Islam. Ini perjuangan kita, orang Melayu Islam mesti memimpin negara. Kedua, untuk mencapai itu, mestilah berlaku pertandingan dua penjuru. Itu (mengadakan PRU dalam tempoh terdekat) adalah satu daripada cadangan (saya). Cadangan saya yang terdekat adalah buat secepat mungkin. Kena tanya Perdana Menteri (jangka waktu), tetapi kita sudah bersedia, kita sudah arahkan semua parti (sekutu) untuk buat persediaan kerana pilihan raya bila-bila masa.

S: Kes Datuk Seri Najib Razak dikatakan menjadi turning point UMNO membuat keputusan tidak menyertai PN secara rasmi. Apa pandangan Datuk Seri?

J: Apa yang menarik dalam kes Najib adalah ia dibawa ke mahkamah dan tunggu keputusan mahkamah, malah ada kes yang perbicaraannya masih berjalan. Ini berbeza dengan Pakatan Harapan (PH). Kes Lim Guan Eng sebagai contoh, dihentikan dan kes lain juga, sebaliknya (kes Najib) kita teruskan dan memegang kepada kaedah Islam, orang yang dituduh tidak boleh dianggap bersalah (sehingga diputuskan di semua peringkat mahkamah).

S: Adakah Datuk Seri melihat kes membabitkan pemimpin dan bekas pemimpin UMNO boleh memberi kesan kepada imej MN dan PN, khususnya dalam menghadapi PRU-15?

J: Insya-Allah tidak akan memberi kesan dan paling penting, kita tidak mencampuri keputusan mahkamah berbanding PH yang campur tangan keputusan mahkamah. Kita harap rakyat boleh faham. Kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad sangat menarik supaya rakyat faham bahawa mahkamah tidak diganggu. Ini satu kenyataan yang menarik. Sepatutnya rakyat membaca kenyataan ini dan bukan membaca tanpa ilmu pengetahuan.

S: UMNO mahu memperkasakan MN. Apa pula pendirian PAS?

J: Apa yang penting ialah kerjasama dalam kerajaan. Ini sangat penting, kerjasama dalam kerajaan sudah berlaku. UMNO mengiktiraf kerajaan PN dan mereka beri sokongan, mereka memberi undi dalam pemilihan Speaker (Dewan Rakyat) baru-baru ini. Ini penting, ini asas kerjasama. Di Semenanjung, kita memperkasakan MN. UMNO sudah menerima semua pihak dan BERSATU amat positif dalam perkara ini. Untuk sampai pada peringkat lebih luas, (kita) perlu kepada PN. Kita tidak boleh paksa Sabah dan Sarawak kerana mereka dalam keadaan tersendiri. PAS tidak mahu berpisah dengan UMNO, tidak mahu berpisah dengan BERSATU, tidak mahu berpisah dengan Sabah dan Sarawak.

S: Dalam aspek ini, PAS dilihat seolah-olah menjadi 'tukang bagi sijil halal' kepada isu membabitkan pemimpin UMNO?

J: Kita memegang konsep orang dituduh tidak bersalah selagi (kes) tidak selesai di mahkamah. PAS pernah mengunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau dipecat Tunku Abdul Rahman dan PAS menjemput Dr Mahathir berucap di pentas PAS dalam pilihan raya di Kapar pada 1969. Tengku Razaleigh (Hamzah) juga PAS kunjungi. (Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga PAS lawat dia walaupun mahkamah sudah buat keputusan. Kes Najib lain sebab ia masih dalam proses mahkamah, tak pergi lagi ke lembaga pengampunan (Mahkamah Rayuan), jadi tak boleh kita hukum dia.

S: Apakah nilai politik tradisi PAS seperti ceramah di kampung masih relevan dalam keadaan maklumat kini berada di hujung jari?

J: Kedua-duanya penting, secara online berjalan baik, ceramah, kuliah masih berjalan. Kita kena sedar tidak ramai masyarakat kita yang mahir teknologi maklumat, masih ada di kawasan pedalaman yang tiada kemudahan, sebab itu aktiviti lama mesti diteruskan.

S: Adakah kepentingan kedua-dua medium itu sama rata atau lebih kepada ceramah?

J: Itu dilihat kepada tempat tertentu, macam di Kuala Lumpur, pusat bandar, perlu kepada teknologi maklumat terkini. Kawasan seperti di Hulu Terengganu, Gua Musang, Baling, itu perlu kepada keadaan yang sama (konvensional). Kita kena sedar, sebahagian besar pengundi kita berada di luar bandar yang mewakili 70 peratus pengundi PAS.

S: Berdasarkan sejarah, situasi paling selesa bagi PAS adalah bergerak sendirian kerana pelbagai kerjasama dan gabungan sebelum ini tidak bertahan. Apa pula jaminan dengan kerjasama dalam MN?

J: Kita tidak pernah rugi dalam kerjasama. Sejak 1950-an, PAS bekerjasama dengan Parti Negara dan kita berjaya menawan Terengganu dulu, kemudian Kelantan. Di Terengganu (PAS jalin) kerjasama dengan Parti Negara, PAS dapat 15 kerusi, Parti Negara dapat empat kerusi dan UMNO dapat enam kerusi. PAS beri kerusi Parlimen Kuala Terengganu Selatan kepada Datuk Onn Jaafar (Parti Negara). Datuk Onn kalah bertanding di Johor, jadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu Selatan. PAS bagi kepada Datuk Onn, PAS tidak rugi. PAS menyelamatkan tokoh negara yang besar. Datuk Onn jadi Ahli Parlimen sehingga meninggal dunia, pengundi Johor tak terima dia. PAS terima dia. PAS tak rugi walaupun (calon pilihan raya) bukan dari parti kita, yang penting pimpinan orang Melayu. Kemudian kerjasama selepas 13 Mei. Pada 1973, PAS sertai kerajaan campuran yang mana kita berjaya membangkitkan kefahaman Islam di semua institusi, di semua lapangan rakyat. Kita berjaya timbulkan kesedaran Islam walaupun kita kalah, tetapi Islam berkembang. Ini sangat menarik walaupun kita tak berjaya melaksanakan Islam pada peringkat kerajaan kerana kelemahan yang berlaku, tekanan mencengkam. Apabila kita menang (PRU) 1990 di Kelantan, kita jalin kerjasama dengan Semangat 46 (Parti Melayu Semangat 46). Kita berjaya meningkat pada PRU 1999 sehingga (meraih) 27 kerusi Parlimen dan bertahan di Kelantan, kita ambil Terengganu. Itu kerjasama dengan PKR dan DAP. Kedah hampir kita nak menang ketika itu. Pada 2008, kita memimpin Kedah dan Perak walaupun kita minoriti di Perak, PAS tidak rugi. Sebab itu (sebarang) kerjasama ini tidak merugikan kita. Apa yang penting bukan PAS saja, sebaliknya orang Melayu dan rakyat itu penting. Diharapkan MN lebih memberi manfaat kepada rakyat dan negara dengan menunjukkan kepemimpinan berintegriti.

S: Apa persepsi PAS terhadap DAP sekarang yang semakin ramai dianggotai anak muda Melayu?

J: Itu PRU-14. Pengaruh media sosial, pengaruh manifesto yang tidak dilaksanakan, janji dimungkiri, contohnya harga minyak turun 24 jam, pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan tol akan dihapuskan. Semua ini tidak berjaya dibuat dan banyak mereka berpusing balik. Ini (pengaruh DAP semakin kurang) terbukti dalam PRK yang berlaku selepas itu.

S: Adakah MN, PN berusaha menarik golongan muda, mungkin dengan menetapkan kuota untuk kerusi ditandingi calon muda. Adakah PAS sendiri akan meletakkan lebih ramai calon muda pada PRU nanti?

J: Ini peranan Muslimat PAS, Wanita UMNO, Wanita BERSATU dan Pemuda PAS, UMNO serta BERSATU. Kita boleh menentukan kerusi, yang penting kerusi itu boleh menang, bukan (sekadar) letak orang saja. Kalau tak menang, kita ada kerajaan teknokrat, lantik (orang muda) jadi Senator, ahli majlis dan macam-macam lagi. Bagi PAS, kita tak tentukan ikut peratusan, kita letak calon boleh menang, pengaruh besar. Kalau banyak muda, mudalah, kalau banyak ulama, profesional, kemudian kita tambah dengan pelantikan selepas itu.

S: Dalam politik, fitnah dilihat semakin berleluasa. Bagaimana PAS melihat situasi ini?

J: Kita anggap fitnah asam garam perjuangan. Sebagai orang Islam, fitnah mengajar kita bersabar. Dengan kesabaran, orang yang buat fitnah, jadi insaf, kita selamatkan dia. Kita juga diajar, orang fitnah kita, kita dapat pahala, dia dapat dosa. Makin banyak fitnah, makin banyak pahala kita dapat.

S: Bagaimana pencapaian atau penilaian menteri PAS dan kerajaan negeri ditadbir PAS. Apakah saranan Datuk Seri untuk penambahbaikan?

J: Walaupun pada masa singkat kita ambil alih kerajaan, banyak perkara positif dan saya amat berpuas hati berdasarkan mereka turun ke lapangan, bekerja dan berdasarkan jawapan di Parlimen. Ia sangat berbeza ketika zaman PH yang mana mereka hanya jawab, semua salah kerajaan dulu. Yang penting, menteri PAS menjawab dengan tindakan. (BH)

Selamatkan negara, angkat kepemimpinan Melayu, Islam

18 comments:

Anonymous said...

Menamakan awal perdana menteri tiada adab dalam islam - bharian 2017

Kami namakan tan sri muhyidin sbg PM utk pru15- 2020

Munafik...munapik...
Camna la masa mati dia nnti kat kubur mesti tersiksa kan..?hehe

avanza5990 said...

wow angkat kepimpinan melayu isle. rasuah dijunjungi ka. belasah hasil negara disanjungi ka. saja tanya, jangan marah. mampoih lagu. patut british senang2 jajah tanah malaya. dah tau umat melayu camni ler..........bagi ambik buat lembu kenyang.

Myshah said...

Baik la kau risaukan diri kau dalam kubur nanti.

shamy ardha said...

Semua pemimpin MelayuIslam rasuah ke.Pemimpin bukan Melayu yang bukan Islam tak ambil rasuah ke ,tak bagi rasuah ke suci murni kentut wangi ke!Bengong bertingkat tingkat.

Anonymous said...

dulu gulai kawah seketul daging babi,haram,sekarang gulai babi pun makan sekawah :) :)

Unknown said...

Dedak dah 'TER'telan, ape hukumnye?

Unknown said...

Dedak dah TERtelan .. Ape hukumnye ostad?

Anonymous said...

Dulu mulut berbuih berceramah kita menentang umno sebab mengekalkan perlembagaan sekular.

Sekarang puak ni cakap ruu355 hukum hudud mesti kena ikut perlembagaan baru boleh on. Hukum allah kena follow perlembagaan.
Camna masa mati puak ni mesti sedih kongsi neraka dgn dap mca mic kan..kan.hehe

cik minah said...

Meroyan lagi geng jilat juboq tak basuh gian end.. Kesian.

Anonymous said...

Atok nak jadi pm kali ke 3. Wow! Gila kuasa tahap gaban. Apa nak jadi dengan atok. 22 tahun jadi pm tak puas lagi ke? Makin menggila dan terus menerus menyerang ulamak. Mungkinkah atok jelmaan sang ....

Anonymous said...

Bukankah pakatan hancing pimpinan gonna end telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dengan alasan manifesto bukan kitab suci ?

Bukankah ini sifat munafik ? Munafiqun ... munafiqun

Camna la masa mati puak ini dan RBA ternakan mereka nanti kat kubur mesti tersiksa kan..?

ha ha ha ha 355x ....

Anonymous said...

RBA 9:30 ternakan parti kafir harbi roket adalah kepala bapak rasis yang telah menghina kaum Melayu Islam.

Puak munafiqun sahaja sokong puak kafir harbi menghina Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Pakatan kafir harbi-munafik liberal adalah seperti sekawah sup campuran daging babi dan daging biawak Komodo. Tetap haram dan bernajis berat.

Anonymous said...

Dulu pakatan hancing pimpinan gonna end mulut berbuih berceramah berjanji mahu hapuskan tol, turunkan harga minyak, hapus atau tangguh bayaran hutang PTPTN, menyediakan 1 juta kerja dengan RM2500, meringankan beban rakyat ... bla .... bla .... bla ... jika pakatan hancing berjaya memerintah negara.

Malangnya apabila sudah berjaya , pelbagai janji menjadi air kencing yang sangat hancing. Rakyat hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja.

Anonymous said...

Dedak cap roket dah TERtelan, maka RBA menjadi bodoh berlapis-lapis.

Anonymous said...

Ruu355 dah jadi bahan jenaka lembu2 ternakan Pasumno..siap buat gelak lg..
Ha ha 355x

Anonymous said...

Aku tak nak tanya penganut pasumno. Aku nak tanya lebai2 mangkuk pujaan walaunta bahlol.
HUDUD & RUU355 APA CITER?

Anonymous said...

Cuba list kan siapa ulamak yg diserang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails