Tuesday, September 01, 2020

10 asas hala tuju negara -Tan Sri Muhyiddin

 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bergambar dengan peserta selepas selesai Majlis Penutupan Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional di Universiti Malaya. - Foto Fathil Asri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bergambar dengan peserta selepas selesai Majlis Penutupan Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional di Universiti Malaya. - Foto Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menetapkan 10 asas penting bagi menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, asas itu merangkumi hala tuju ekonomi, pendidikan, agenda Melayu, reformasi sektor kesihatan, integriti, keselamatan dan ketenteraman awam, perpaduan serta pendigitalan negara.

"Asas ini ditetapkan kerana kerajaan PN ini tidak mempunyai apa-apa manifesto atau akujanji yang biasanya dibentangkan kepada rakyat semasa kempen pilihanraya. Tanpa manifesto, saya fikir agak sukar untuk saudara-saudari menilai pencapaian kerajaan.

"Dalam tempoh enam bulan ini, kerajaan PN meletakkan beberapa asas penting yang akan menjadi hala tuju bagi tempoh akan datang," katanya menutup Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN)- Pencapaian, Harapan dan Cabaran anjuran Pertubuhan Intektual Negara (PINTAR) di Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, asas pertama dari segi ekonomi, kerajaan sedang memberi tumpuan kepada usaha memulih dan merancakkan semula ekonomi negara pasca COVID-19 menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

"Sepertimana yang berlaku di negara lain, sektor ekonomi di negara kita terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Namun, ekonomi negara sedang menunjukkan tanda-tanda pemulihan setelah hampir semua sektor ekonomi dibuka semula. InsyaAllah, sekiranya trend pemulihan ini berterusan, negara kita dijangka akan mencatat pertumbuhan positif pada tahun hadapan," katanya.

Muhyiddin berkata, asas kedua, kerajaan PN akan terus memberi tumpuan kepada usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memastikan hasil kemakmuran negara dikongsi secara adil dan saksama seluruh warga negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, status sosial dan wilayah.

"Dalam konteks ini, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan menjadi paksi dasar dan program ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional," katanya.

Asas ketiga pula, kata Muhyiddin, kerajaan PN akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Agenda Bumiputera sebagai agenda nasional.

"Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi, kerajaan telah menubuhkan Majlis Kemakmuran Bumiputera yang dipengerusikan oleh saya sendiri;" katanya.

Keempat, tegas Perdana Menteri, kerajaan PN akan memberi tumpuan kepada usaha pendigitalan Malaysia menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

"Kelima, memastikan Malaysia mempunyai jaminan makanan yang mencukupi akan menjadi salah satu teras utama pentadbiran kerajaan PN manakala asas keenam ialah kerajaan PN akan meneruskan komitmen kepada usaha membanteras rasuah menerusi pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional.

"Selain itu, usaha-usaha reformasi institusi akan dilaksanakan demi mewujudkan sebuah pentadbiran yang kompeten, telus dan berintegriti;" katanya.

Asas ketujuh, kata Perdana Menteri, kerajaan akan berikan keutamaan sektor pendidikan demi melahirkan modal insan negara yang berkemahiran, berpengetahuan dan berbudi pekerti mulia.

"Oleh demikian, kualiti guru, pensyarah, kurikulum dan infrastruktur pendidikan akan terus dipertingkatkan. Sektor pendidikan negara kita mesti bersedia untuk mendepani pelbagai cabaran baharu termasuk meningkatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran secara maya," katanya.

Kelapan, Perdana Menteri berkata, kerajaan beri tumpuan untuk reformasi sektor kesihatan dan pandemik COVID-19 menguji kualiti dan kesiapsiagaan sistem kesihatan negara.

"Alhamdulillah, kejayaan Malaysia menangani penularan wabak COVID-19 membuktikan negara kita mempunyai sistem kesihatan yang baik. Namun, saya percaya masih banyak ruang-ruang yang boleh diperbaiki," katanya.

Kesembilan, katanya, ia berkaitan aspek keselamatan dan ketenteraman awam akan diberikan keutamaan oleh kerajaan Perikatan Nasional. Rakyat mesti berasa selamat untuk tinggal di negara ini.

"Usaha-usaha untuk mengurangkan kadar jenayah, mengawal sempadan negara daripada diceroboh, memelihara kedaulatan wilayah, memerangi keganasan dan menangani masalah pendatang asing tanpa izin akan diberikan keutamaan oleh kerajaan; dan ke-10, perpaduan kaum dan keharmonian antara masyarakat berbilang agama akan terus dipupuk dan dipertahankan," katanya (BH)

Hibur Hibur Sikit

7 comments:

Anonymous said...

TANGKAP DAN DAKWA TUN LIM GUAN ENG TOMMY TOMAS SEGERA

Pertubuhan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan NGO-NGO Islam mengingatkan ahli-ahli politik berhenti mencampuri urusan politik dalam perundangan negara.

Ini termasuk amalan pendakwaan terpilih di dalam badan perundangan negara.

Pengerusi Biro Politik MPM, Shahbudin Embun berkata, sekiranya sistem perundangan negara dikawal oleh ahli birokrat.

Malah katanya, sistem perundangan negara merupakan Badan Perundangan dan Sistem Kehakiman Negara yang sepatutnya bebas dari sebarang campur tangan politik (Separation Of Power). Bila Executive campuri urusan Legalslatif kesalahan dalam Perlembagaan Negara

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara bahawa kuasa politik mencampuri urusan mahkamah secara terang-terangan,” ujarnya dalam sidang media khas di Wisma Majlis Perundingan Melayu di sini, petang tadi.

Beliau berkata demikian susulan pendedahan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dato’ Takiyuddin Hassan pada 10 Julai lalu di Dewan Rakyat berhubung dua pemimpin Pakatan Harapan (PH)dan seorang bekas pemimpin PH dipercayai menyalahgunakan kuasa sewaktu menjadi kerajaan.

Mereka adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dikatakan terlibat dalam campur tangan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun 2018.

Menurut Takiyuddin, terdapat beberapa pucuk surat diminitkan oleh Tun, Guan Eng dan Tommy kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membatalkan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Berhubung perkara itu, Shahbudin dari MPM, UMMAH dan NGO-NGO Islam berhasrat menyerahkan satu memorandum khas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 19 Ogos depan.

Beliau juga memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan salahguna kuasa yang membabitkan tiga individu bekenaan tanpa rasa gentar dan pilih kasih.

Katanya turut menegaskan sekiranya berlaku salahguna kuasa tindakan pendakwaan hendaklah dilakukan dengan segera.

“Perdana Menteri pada waktu itu diberi kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia menggunakan kedudukannya untuk mengatasi arahan atau peruntukan undang-undang iaitu mempunyai kepentingan dalam sesuatu perkara,” kata Mohd Zai.

Justeru itu katanya, perkara ini hendaklah disiasat mengikut Sesyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 2009 iaitu salahguna kuasa

“Jadi kita akan serahkan kepada SPRM supaya perkara ini disiasat tanpa terpilih dan disiasat dengan telus,

Anonymous said...

Ko dah report polis dan sprm?

Anonymous said...

20 hala pun sapa kisah
dah lama dah islam berkuasa tapi hukum hudud tak jalan jugak
pkmb pas dah kuat apa lagi tunggu
ekonomi islam sisah islam berhukum mesti ngan hukum Allah
ynag diperinthakan olihNYa

jangan ingkar nnati bnayak bala mari lagi

Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu.
Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya.
Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran.
Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

kalau takut amal perintah Allah ni jnagan harap ada keadilan

Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

nak tolong ornag jangan harap sokongan haraplah keridaan Allah
dah lama dah pakat hidup sebagai orang Islam tak kan tak paham paham lagi

Anonymous said...

Kepada
September 1, 2020 at 10:17 PM
September 1, 2020 at 10:26 PM

Ada sekoq lagi geng jilat pungkok tak basuh gian end..
Ha ha ha

22 bulan perintah menipu saja.. Inilah akibatnya, ikut group Jilat juboq tak basuh, habis keturunan keluarga jadi jauh dari agama, jadi rosak. Kini terpaksa kuncu-kuncunya meroyan. Dan teruskan meroyan, hina ulama. Terus ulang-ulang tuduhan basi, idea baru dari tokey kulupnya dah habis, tak laku lari.

Memang puak-puak munafik atau anti Islam ada sepanjang zaman.. Ya, kita tahu, masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian end meneruskan hasut ganggu.. Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian end.

Kesian, masih jadi barua DAP lagi. Kesian. masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian end, barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, budak kampung dan babi-babi buta tu..

Bertaubatlah.. tak besar mana umpan mata kail dedak itu. Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua.. DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat, peluluq juboq tak basuh si kulup gian end. hi hi hi . Tak malu muka tembok pungkok babi..

Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Mereka bangga disebut macam tu.
huuuuu. manusia berjiwa hamba manusia..
Hai manusia....... kembalilah kepada Tuhanmu.... Tuhan Maha Penerima taubat!!

Anonymous said...

Eng guan dan tommy kaki mabok. Jangan2 atok pun kaki mabok jugak. Anak cucu kuat mabok mungkin ikut jejak langkah atok. Atok bukan ulamak. Jadi apa atok buat, ikut suka hati atok jer. Atok tak terikat dengan hukum hakam agama. Sunnah pun atok tak ikut. Sebab atok bukan ulamak. Hentam keromo jer atok memerintah. Politik wang, politik yahudi, politik kambing hitam itu kepakaran atok. Dah selangkah ke alam barzakh pun, atok masih nak berpolitik.

Anonymous said...

Ni mana dtg anjing lebai 10.44. Woi lebai mangkuk. Ni anjing ko terlepas dekat2 sini..mari dtg ikat.

Anonymous said...

Bagus MN, PN ni, ekonomi berkembang pesat sekarang, bukan macam 22 bulan dibawah DAP yang bergitu merosakkan, hutang menimbun, ekonomi merundum, aset2 dijual dilelong kepada kaum kroni, banyak syarikat2, kedai2 dan kilang2 ditutup, ekonomi ranap dibawah DAP!

Perkara pertama yang mereka lakukan adalah menghapuskan kuasa2 raja Melayu menerusi badan2 dunia!

Cukup memudaratkan!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails